Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton DX Tawar Pengalaman Digital Automotif Pertama Malaysia, Dibuka di Quill City Mall!
Auto Terkini

Proton DX Tawar Pengalaman Digital Automotif Pertama Malaysia, Dibuka di Quill City Mall!

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize20/06/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON bersama syarikat dalam Kumpulan Proton, ACO Tech, yang juga dimiliki bersama Altel dan ECARX melancarkan pusat pengalaman digital automotif pertama negara, Proton Digital Xperience (Proton DX).

Pusat ini dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, dan terletak di Tingkat Bawah, Quill City Mall, 1018, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.

Proton DX ialah pusat untuk peminat kereta dan teknologi dari semua peringkat umur menikmati inovasi terkini dalam industri automotif selain berfungsi sebagai platform untuk pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) serta mencetus minat dalam bidang itu dalam kalangan generasi muda.

Sorotan utama Proton DX ialah Virtual Cockpit yang mana pengunjung boleh menikmati pemanduan maya dalam kubah seperti teater tertutup untuk mengalami mobiliti pintar.

Selain mempamerkan teknologi automotif terkini di pasaran, Virtual Cockpit juga berfungsi sebagai platform untuk pengalaman konseptual yang menggabungkan inovasi mobiliti masa depan.

Proton DX, yang berkeluasan 5,275 kaki persegi, menempatkan gabungan teknologi interaktif, masa lapang dan elemen gaya hidup untuk mencipta pusat pengalaman unik yang terdiri daripada enam zon.

Di Zon Aktiviti, pelawat boleh menikmati permainan deria gerakan yang merangsang secara individu atau bersama keluarga dan rakan-rakan.

Terdapat juga kafe dan barangan eksklusif untuk dibeli pengunjung sebagai cendera hati, tetapi barangan rasmi Proton hanya ada di pusat itu pada masa akan datang.

Perasmian disempurnakan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang. Turut hadir ialah Pengerusi Proton, Tan Sri Syed Faisal Albar, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong, Timbalan CEO Proton, Roslan Abdullah, CEO ACO Tech, Li Pu, dan CEO China Construction Bank Malaysia, Wang Qijie.

BACA >>> Proton Teroka Pasaran Mozambique, Perkenal X70 dan X50
BACA >>> Proton X90 Jual 257 Unit Sepanjang Mei 2023, SUV Segmen-D Nombor Dua di Malaysia!

ACO Tech Altel Auto Terkini ECARX Proton Proton DX Quill City Mall Virtual Cockpit
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    29/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    29/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Kini Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie29/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Roda2

    BMW M 1000 RR Limited Edition Isle of Man TT Sempena Ulang Tahun TT ke-115

    By Abang Hirata25/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    John Cena beli Honda Prelude
    Auto Terkini

    John Cena Tambah Koleksi, Beli Honda Prelude Baharu Ketika Hantar Servis FL5

    By Shazwan Hisam25/05/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Autotainment

    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)

    By Han Othman03/08/201957
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.