Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton Dedah SUV Pertama, X70 Tampil Rekabentuk Unsur Malaysia
Roda4

Proton Dedah SUV Pertama, X70 Tampil Rekabentuk Unsur Malaysia

Han OthmanBy Han Othman07/09/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


AKHIRNYA penantian berakhir, Proton dengan bangga mempamerkan X70, kenderaan utiliti sukan (SUV) pertama keluaran pengeluar nasional itu kepada pihak media tempatan dalam sesi pratonton khas di Pusat Reka Bentuk Proton, Shah Alam.

Proton X70 direka dengan menggabungkan cita rasa rakyat Malaysia dengan mendapat sentuhan pasukan rekabentuk diketuai Naib Presiden Eksekutif Rekabentuk Geely, Peter Horbury. Dalam bidang rekabentuk, Horbury memiliki pengalaman 40 tahun dan cukup disegani dalam industri automotif.

BACA >>> #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

Malah, beliau penah menyandang jawatan Naib Presiden Rekabentuk di Volvo Car Corporation dan antara individu penting yang bertanggungjawab merevolusikan semula jenama Sweden itu ke peringkat global.

Menjelaskan tentang rekabentuk Proton X70, Ketua Rekabentuk Proton, Azlan Othman berkata, siluet yang dipadukan bersama garis badan penuh energi diilhamkan daripada bentuk otot dan kelincahan seekor kucing.

“Lebih tepat lagi, bentuk itu menggambarkan famili kucing besar, ‘Harimau Malaya’ yang memberikan kesan momentum mara ke depan. Ia dapat dikaitkan dengan rekaan lampu depan dan lampu siang (DRL), direka seakan sepasang ‘mata’ harimau yang mampu membuatkan kelibat SUV ini mudah dikenali di mana-mana,” katanya.

BACA >>> Inilah Reaksi Tun M Apabila Ditunjukkan Demo Arahan Suara Bakal SUV Proton

REKABENTUK INFINITE WEAVE


Ada beberapa perubahan pada garisan luaran yang jelas membezakan Proton X70 dan model asal Geely. Azlan dan pasukan perekabentuk nyata mampu menghasilkan sentuhan unik tersendiri bercirikan Malaysia. Paling ketara, rupa gril depan yang menurut Azlan diilhamkan daripada busur yang melambangkan unsur tangkas, pantas dan ringan

Tidak lupa juga lambang Proton di tengah gril yang dibingkaikan di tengah tiga bar hitam mendatar. Jika dilhat lebih terperinci, rekaan bar menampil corak motif ulangan yang diilhamkan daripada seni ketukangan dan warisan semula jadi Malaysia.

BACA >>> Apakah Rahsia di Sebalik Nama Proton X70?

“Kami masukkan unsur unik yang ada di Malaysia dan menerapkannya dalam rekabentuk sebagai menghargai keunikan dan kekayaan persekitaran, tradisi dan warisan kita. Daripada seni ketukangan lampau, kami bangunkan dan kembangkan seni ukir kayu tradisional menjadi motif rekabentuk dipanggil Infinite Weave,” jelas Azlan.

Melihat ruang kabin, jelas terserlah unsur premium seperti kemasan kulit Nappa, aksen aluminium dan skrin sentuh yang menyerlah elemen kemewahan, perincian ketukangan dan teknologi. Garisan dalaman elegan diilhamkan daripada kombinasi permukaan gelap dan terang, dengan tambahan sentuhan Malaysia menerusi patenInfinite Weave pada gril pembesar suara dan hendal pintu sebelah dalam.

Harga? Masih lagi dirahsiakan. Proton langsung tidak memberikan sebarang bayang mengenai harga SUV ini.

SIRI JELAJAH AWAM MULA 19 SEPTEMBER

harga Proton X70 SUV Malaysia
Proton X70 SUV Malaysia

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Abdul Rashid Musa berkata, sesi pratonton Proton X70 tidak hanya dibuat bersama media. Proton turut merancang mengadakan siri jelajah pratonton bertemu pelanggan di 7 bandar utama Malaysia yang akan bermula 19 September hingga 4 November ini.

Siri jelajah ini bertujuan membuka peluang kepada orang ramai, pihak perbankan dan insurans, termasuk pelanggan korporat berpotensi menyaksikan sendiri dengan lebih dekat model X70 sebelum SUV itu dilancarkan secara rasmi hujung tahun ini.

“Sesi pratonton bermula 19 September dan kami mensasarkan mendekati hampir 6,000 orang. Itu hanya sebahagian kecil pembeli berpotensi yang kami sasarkan.Tetapi kepada mereka yang sudah yakin mahu beli SUV baharu Proton, kami akan mula buka tempahan X70 pada 8 September ini dengan deposit RM1,000 setiap satu unit,” katanya lagi.

BACA >>> Saya Sudah Pandu Uji, SUV Proton Ini Kereta yang Bagus dan Berkualiti Tinggi – Tun M

GALERI
Geely Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton PROTON Holdings Berhad Proton X70 SUV SUV Proton
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Roda4

Bentley Torcal Didedah Sebagai SUV Elektrik Baharu, Debut 23 September Ini

08/07/2026
Roda4

Dacia Striker 2027, Bukti Kereta Mampu Milik Tak Perlu Nampak Murah!

08/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026

2 Comments

  1. Wan Hasenah Wan Muhamed on 08/09/2018 11:38

    Saya mmg berminat dgn SUV X70. Ada brapa jenis harga yang bersesuaian Spectnya. Thanks

    Reply
    • nurussalam aziz on 13/11/2018 10:16

      Info dari salesman Proton.

      1) X70 Standard 2WD
      Color available: Snow White, Amor Silver
      Interior : Black Fabric
      Features: 6 Airbags, 17 Inches Rim, Fabric Seat, Reverse Camera
      *Tentative Price : RM8X,800

      2) X70 Executive 2WD
      Color available: Snow White, Amor Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown
      Interior : Black Leatherette
      Features: 6 Airbags, 18 Inches Rim, Leather Seat, 360 Camera
      *Tentative Price : RM9X,800

      3) X70 Executive AWD
      Car Color: Snow White, Jet Grey, Cinnamon Brown
      Interior : Black Leatherette
      Features: 6 Airbags, 18 Inches Rim, Leather Seat, 360 Camera
      *Tentative Price : RM1XX,800

      4) X70 Premium 2WD
      Color available: Snow White, Amour Silver, Jet Grey, Flame Red, Cinnamon Brown
      Interior : Brown Nappa Leatherette
      Features: 6 Airbags, 18 Inches Rim, Leather Seat, 360 Camera, Panoramic Roof, Advanced Driver Assistance System
      *Tentative Price : RM1XX,800

      Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.