• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Pandu Uji / #PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

#PanduUji: Geely Boyue | 14 Sebab Kenapa Kami Suka Bakal SUV Pertama Proton Ini

May 1, 2018 By Abang GYL 24 Comments

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


TAHUN lalu, saya berpeluang memandu uji bakal Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) pertama Proton, Geely Boyue ketika melawat pusat operasi Geely di bandar Hangzhou, China.

Minggu lalu, sekali lagi saya bersama rakan media lain dari Malaysia dijemput ke salah satu kilang pemasangan Boyue di Bao ji. Kali ini, kami berkesempatan melihat sendiri proses pemasangan Boyue. Dan sekali lagi juga kami diberikan peluang memandu uji Boyue versi 2018 yang kali ini tampak lebih anggun dengan perubahan luaran. Begitu juga teknologi disematkan, lebih canggih berbanding versi terdahulu.

Boyue bakal menjadi SUV pertama Proton yang akan diperkenalkan hujung tahun ini selepas Geely menjadi rakan strategik asing, tahun lalu. Kini, selepas kali kedua memandu uji SUV itu, saya secara peribadi berpendapat Boyue ialah pilihan paling tepat untuk dibawa masuk ke pasaran tempatan.

Malah, saya juga berpandangan kita sepatutnya berbangga kerana bakal menerima salah satu SUV paling menarik, canggih dan pada masa sama akan dijual pada harga paling mampu milik jika mahu dibandingkan pesaing lain.

BACA >>> Trivia Geely - Gergasi Automotif China - yang Perlu Anda Tahu

pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
Pandu uji SUV Proton Boyue 2018_PanduLaju (33)
pandu uji suv pertama proton boyue

KENAPA BOYUE PILIHAN TEPAT SEBAGAI SUV PROTON?

Kenapa? Berikut reviu saya tentang Boyue:

1. Sah, Proton bakal memperkenalkan Boyue versi 1.8L TGDi dengan transmisi automatik 6-kelajuan sebagai nadi utama SUV pertama nanti.

2. Enjin turbo mampu menjana kuasa 181hp (5,500rpm) dan tork 285Nm (1,500-4,000rpm) dengan fungsi mod ECO dan SPORT!

3. Walaupun berbadan besar, daya kilas atau tujahan kuasa yang terhasil nyata mencukupi. Hantaran kuasa cukup responsif, terutama ketika pedal diinjak agresif. Proses menukar gear pula rasa lancar.

4. Paling penting, ruang kabin cukup senyap dengan tahap kebisingan enjin dan desiran angin minimum walaupun dipandu laju. Olengan badan juga stabil apabila mengambil selekoh.

5. Jika ditambah lagi talaan pengendalian dan casis Proton, saya yakin SUV ini akan beraksi lebih bertenaga.

6. Khabarnya, SUV yang bakal dilancarkan nanti akan menggunakan Boyue versi 2018. Ini bermakna, SUV Proton kelak akan tampil lebih macho dan maskulin (tengok sendiri gambar).

7. Paling saya suka ialah rekaan luaran. Kalau lihat dari sisi, bahagian belakang mirip Range Rover Evoque. Lampu depan dan belakang jenis LED, manakala panel meter ialah versi digital penuh.

8. Bab kualiti, memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Apa boleh dikatakan, kualiti kenderaan China sudah mampu berdiri setaraf jenama global. Kualiti produk dan pemasangan Boyue kini sudah berada pada tahap membanggakan.

9. Aksesori dan komponen digunakan Boyue sangat mengagumkan. Tiada lagi istilah kualiti 'cikai' yang kerap dikaitkan dengan kenderaan China. Silap haribulan lebih baik daripada beberapa jenama global lain.

10. Bukan senang mahu mengubah persepsi umum tentang jenama buatan China. Sebabnya, kita sekian lama dihidangkan dengan cerita dan perkongsian pengalaman buruk tentang produk buatan China. Tetapi percayalah, produk buatan China yang dilihat pada Boyue ini jauh berbeza.

11. Buktinya, saya sudah sentuh, belai dan siap ketuk lagi (biasalah Malaysian style) bahagian luar dan dalam Boyue. Kualiti diberikan memang mengejutkan. Kalau masih tidak yakin, tunggu saja masuk Malaysia nanti dan duduk saja dalam kabin. Jangan pula belum pegang dan tengok, tetapi sudah kecam macam-macam.

12. SUV Proton nanti akan didatangkan dengan pelbagai ciri teknologi terkini. Antaranya:

  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Amaran Lencong (LDW)
  • Pengesan Titik Buta (BSD)
  • Kawalan Suluh Tinggi Pintar (i-HBC)
  • Kamera 360º 3D
  • Penulen Udara Pintar (sama seperti Volvo)
  • Sambungan Internet 4G
  • Kawalan Jauh Telefon Pintar

13. Asasnya, semua teknologi di atas cuma boleh didapati pada kenderaan mewah. Tetapi, kini kita tidak perlu lagi berbelanja lebih untuk memiliki semua ciri premium tersebut.

14. Berapa harga? Pada masa ini, kami belum dimaklumkan berapa tanda harga diletakkan Proton. Tetapi, khabarnya harga bakal SUV itu nanti akan dijual pada harga berbaloi dengan spesifikasi ditawarkan.

pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
Pandu uji SUV Proton Boyue 2018_PanduLaju (28)
Pandu uji SUV Proton Boyue 2018_PanduLaju (31)
pandu uji suv pertama proton boyue

TUNGGU SAJA, JANGAN MAIN KECAM

Apapun, saya secara peribadi merasakan Boyue bakal jadi SUV paling dinanti-nanti ramai dan berpotensi laku keras. Saya pun sudah tidak sabar mahu pandu uji SUV ini di jalan raya Malaysia. Apatah lagi mahu tunggu dilancarkan penghujung tahun ini.

Bukan sengaja mahu memuji Proton, atau kualiti yang ada pada Boyue. Tetapi itulah hakikatnya. Segala apa yang kami katakan ialah bersandarkan pengalaman dan bukan bermain dengan persepsi dan sentimen. Segalanya mesti berfakta dan ada hujahnya.

Kalau produk itu bagus, sudah tentu ia bagus dan begitu juga sebaliknya. Suka atau tidak, terpulang kepada anda menilai. Sekian!

GALERI

pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue
pandu uji suv pertama proton boyue

Artikel Berkaitan

1.5k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini, Pandu Uji Tagged With: geely boyue 2018, harga suv proton, pandu uji proton boyue, pandu uji suv proton, proton boyue 2018, suv pertama proton

Comments

  1. Musang says

    May 2, 2018 at 9:23 AM

    Harga bwh 100k.. kompom meletup...jikalau nk menang pakai....

    Reply
    • Camprocps says

      May 2, 2018 at 10:30 PM

      Sumber dalaman dr rakan yg kerja didalam Proton, mmg mereka cuba jadikan harganya bawah 100k..

      Reply
      • Amran says

        May 3, 2018 at 7:55 AM

        Mesti lebih mahal dari suprima S. Itu yg pasti!

        Reply
  2. Rosalinda says

    May 2, 2018 at 2:56 PM

    berapa boot space?

    Reply
  3. Aqasha says

    May 2, 2018 at 8:18 PM

    Klu proton keluarkan 7 seater lg syok woo...aku dh start menabung utk duit muka ni...

    Reply
  4. Adham says

    May 2, 2018 at 9:50 PM

    Klu 7 seater aku ambik boyue ni. Klu 5 seater, aku ambik innova lah thn dpn..

    Reply
  5. What?? says

    May 5, 2018 at 11:53 PM

    Xfaham knape byk orang mahu version 7 seater. Lebih rela dapat sistem safety yg canggih drpd tempat duduk terakhir yg hanya dpt duduk budak-budak 5 tahun ke bawah.

    Reply
  6. NAS73 says

    May 8, 2018 at 12:17 AM

    Ikut pakej family bohhh... Apa pun sy setuju dgn bohhh

    Reply
  7. NAS73 says

    May 8, 2018 at 12:19 AM

    Kuang ajaq nye SUV.. Terpikat plak..

    Reply
  8. Arif says

    August 27, 2018 at 9:26 AM

    Tak sabar nak test drive.

    Reply
  9. BUJANG CHERING says

    August 30, 2018 at 12:51 PM

    Inilah kereta SUV proton geely yang saya tunggu tunggukan selama ini.Saya tak sabar untuk test drive SUV ini.Memang berbaloi untuk memilikinya.Saya sebagai rakyat Malaysia berbangga kerana tahap pencapaian kereta nasional dengan menampilkan SUV proton Geely.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
    Menteri: Ujian Sistem Bayaran Tol Lebuh Raya Guna Kad Kredit, Debit Bakal Bermula
  • Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
    Monopoli Puspakom Tamat Selepas Ogos 2024, Servis Pemeriksaan Kenderaan Dibuka untuk Semua
  • Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
    Skuter EV Blueshark R1, R1 Lite (2023) Lancar di Malaysia dengan Pakej Tukar Bateri di Petronas
  • Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi
    Mitsubishi Pindah Pusat 3S Baharu di Alor Setar, Buka Premis Baharu di Langkawi

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my