Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Proton Akan Perkenalkan Pakej R3?
Auto Terkini

Proton Akan Perkenalkan Pakej R3?

Abang HirataBy Abang Hirata01/01/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JENAMA R3 Motorsports (Race, Rally, Research) memang gah dalam kalangan peminat kereta Malaysia. Produk pertama divisyen permotoran Proton itu yang dihasilkan untuk pengguna umum ialah Satria R3 edisi terhad.

Pada masa sama, R3 turut mengeluarkan pelbagai produk prestasi kepada mereka yang mahukan lebih kuasa dan ciri aerodinamik. Jika disoroti, R3 menyokong hampir semua model Proton seperti Waja, Gen2, Savvy, Neo, Inspira, Prevé dan Suprima.

BACA >>> Legasi Proton Satria R3 dalam Kenangan, Bukti Pencapaian Automotif Tempatan

Produk perdana yang pernah dikeluarkan R3 ialah Satria Neo R3 Lotus Racing (2010), dijual pada harga RM115,000 dan kini menjadi buruan peminat kereta kerana bukan saja sukar ditemui, tetapi juga mempunyai nilai jualan semula tinggi.

Walaupun R3 tidak lagi aktif menawarkan produk dan model prestasi, tetapi divisyen itu kekal cemerlang dalam dunia permotoran. Saban tahun ada saja kejayaan yang dicapai dan paling terbaharu adalah meraih tempat pertama dan kedua dalam perlumbaan enduran Sepang 1000KM (S1K).

BACA >>> Proton R3 Menang Lagi Sepang 1000KM (S1K), Tahun Ketiga Berturut-Turut!

Prestij dan reputasi R3 sentiasa melekat dalam minda kalangan peminat model prestasi Proton dan ini boleh dilihat di dalam ruangan media sosial. Sementara prestasi keseluruhan Proton semakin baik, apa pula rancangan mengenai R3?

Dalam artikel daripada laman web media Zhejiang Geely Holding Group, Ketua Pereka Proton, Azlan Othman berkongsi tentang pakej aksesori untuk kenderaan Proton.

Azlan berkata, Proton memang sedang cuba meluaskan pilihan aksesori kepada pelanggannya yang akan ditawarkan bermula varian asas hingga premium. Menurutnya, ada tiga pakej utama bakal diperkenalkan, iaitu Lifestyle, R3 Sports dan PROTON Design.

AZLAN OTHMAN

Pakej Lifestyle akan menumpukan kepada keselesaan dan kemudahan keluarga, manakala PROTON Design untuk gaya lebih classy yang menggunakan fabrik khas sentuhan pereka selebriti. Akhir sekali, R3 Sports adalah pakej naik taraf prestasi hingga 30 peratus menerusi penambahan kuasa dan ciri aerodinamik.

Agaknya, model manakah yang akan menerima pakej menarik tersebut? Adakah melibatkan produk Proton sedia ada seperti Iriz, Saga, Persona dan X70, ataupun model baharu seperti X50?

BACA >>> Kilang Proton di Karachi Siap Keluarkan Kereta 2021!

Auto Terkini Azlan Othman Ketua Pereka Proton Proton Proton Motorsports Proton R3 Proton R3 Motorsports r3 Sepang 1000KM (S1K)
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny – Diskaun 69% Sempena Merdeka

    27/07/2026

    1 Comment

    1. TunFcK on 26/10/2020 16:26

      Iriz please!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.