Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Kilang Proton di Karachi Siap Keluarkan Kereta 2021!
Auto Terkini

Kilang Proton di Karachi Siap Keluarkan Kereta 2021!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju18/12/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Holdings Bhd (Proton) akan membina kilang pemasangan tempatan (CKD) di Karachi, Pakistan dengan pelaburan awal bernilai AS$30 juta (RM124 juta) dan pengeluaran dijadualkan bermula menjelang 2021.

Tapak pembinaan di Greenfield, Karachi dipilih sebagai lokasi kilang berkenaan yang akan dimiliki dan dikendalikan Al-Haj Automotive sebagai pengedar rasmi Proton di Pakistan.

BACA >>> Al-Haj Dapat Status ‘Greenfield’ untuk Insentif Pasarkan Kereta Proton di Pakistan

Pengarah Pelaburan dan Promosi Proton, Khalid Yusof berkata, kilang itu akan memasang beberapa model Proton dan mampu mencipta 2,000 peluang pekerjaan langsung dalam tempoh tiga tahun operasi dan anggaran lebih 20,000 peluang pekerjaan tidak langsung selepas siap dibina nanti.

Menurutnya, pembinaan kilang itu akan membantu Proton mencapai matlamat jangka panjang untuk menjual 400,000 unit kenderaan menjelang 2027.

“Kami harap pembinaan kilang CKD dengan kerjasama Al-Haj Automotive membolehkan kami mendapat kelebihan pengurangan cukai untuk kenderaan di Pakistan,” kata Khalid.

Khalid dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Ikram Mohammad Ibrahim adalah antara delegasi yang mewakili Malaysia pada majlis tersebut, manakala Pakistan diwakili Penasihat Perdana Menteri bagi Perdagangan, Tekstil, Industri, Pengeluaran dan Pelaburan, Abdul Razak Dawood.

Pengerusi Al-Haj Automotive, Alhaj Shah Jee Gul Afridi berkata, pihaknya akan mula menjual kereta Proton untuk pasaran Pakistan secepat mungkin dan pada masa sama membangunkan cawangan jualan, servis, alat ganti dan pusat servis (3S/4S) di negara itu.

“Kami akan menghantar unit model import sepenuhnya (CBU) dari Malaysia sebagai permulaan operasi di sini sebelum memasarkan unit CKD sebaik saja kilang mula beroperasi,” katanya.

BACA >>> Proton X70 Jadi Kenderaan Rasmi APEC 2020

ALHAJ Automotive Alhaj Shah Jee Gul Afridi Auto Terkini Imran Khan Khalid Yusof Kilang Proton di Karachi Proton Proton Holdings Bhd Tun Dr. Mahathir Mohamad
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    Mangsa Letupan Rakyat Malaysia Terima Pampasan RM80K Daripada Kerajaan Thailand

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Vespa Edizione Ottantesimo 2026
    Roda2

    Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

    By Abang Hirata02/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
    Auto Terkini

    Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

    By Shazwan Hisam30/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.