Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Legasi Proton Satria R3 dalam Kenangan, Bukti Pencapaian Automotif Tempatan
Roda4

Legasi Proton Satria R3 dalam Kenangan, Bukti Pencapaian Automotif Tempatan

Han OthmanBy Han Othman24/11/20191 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


DIVISYEN prestasi Proton, R3 dimaklumkan menutup operasi pada penghujung Mei 2017. Bagaimanapun, divisyen itu masih beroperasi seperti biasa,  tetapi lebih menumpukan kepada sukan permotoran dan bukan lagi produk komersial.

Sentuhan R3 nyata berbisa apabila memenangi perlumbaan enduran Sepang 1000KM (S1K) tiga kali berturut-turut pada 2017, 2018 dan 2019 menerusi model Iriz R3 dan Saga R3.

Jadi sempena memperingati legasi ditinggalkan R3 dalam arena automotif tempatan, kami tampilkan model-model komersial edisi khas hasil talaan divisyen tersebut yang kita sedia maklum sinonim dengan jentera hot-hatch Proton Satria.

BACA >>>  Proton R3 Tamatkan Operasi, Kekangan Bajet Jadi Punca Penutupan

1. PROTON SATRIA R3 (2004)

Proton Satria R3 ialah hot-hatch edisi terhad talaan R3 yang dihasilkan 150 unit sahaja pada 2004. Satria R3 dibangunkan berasaskan model penumpang, Satria generasi pertama (yang sebenarnya dijenamakan semula daripada Mitsubishi Mirage Cyborg). Modifikasi Stage 1 ke atas enjin 4-sebaris 1.8L itu (enjin sama seperti Satria GTI), menghasilkan kuasa setinggi 140hp dan tork 168Nm dengan transmisi manual 5-kelajuan.

Berbanding Satria GTI, model R3 ini menampilkan casis kimpalan sirat berganda (double stitch welded), di mana frem kereta dikimpal dua kali bagi meningkatkan ketegaran struktur. Sistem suspensi depan dan belakang menggunakan topang pendakap atau strut brace. Satria R3 turut ditambah pengedap bunyi supaya lebih senyap dan beg udara pemandu (pada masa itu penggunaan beg udara belum mandatori di Malaysia). Berat kereta pula diringankan kepada 995kg. Naik taraf lain ke atas sistem suspensi adalah termasuk spring dan peredam uprated, bar anti-oleng tipis, dan profil pengendalian rendah (lower ride height).

Brek juga diubah suai dengan membekalkan ciri nyahaktif Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), manakala brek cakera asal jenis lelubang (depan) dan solid (belakang) digantikan dengan brek cakera DBA (Disc Brake Australia) jenis tebuk silang atau cross-drilled di keempat-empat tayar. Pad brek jenis M1144 pula dibekalkan Mintex Racing dari Britain.

BACA >>> 150 Pemilik Proton Satria R3 Diburu!

WARNA HITAM SAHAJA

Berbanding GTI, luaran Satria R3 dibezakan dengan rim aloi 16-inci Advanti. Walaupun masih bersaiz sama seperti GTI, versi R3 menggunakan rekaan rim 5-jejari dengan kemasan gunmetal dan tayar Yokohama Advan AD07. Lampu utama jenis smoked dan spoiler pula menggunakan material gentian karbon.

Ruang dalamam Satria R3 menampilkan roda stereng 3-jejari MOMO Tuner, tombol gear gentian karbon, trim efek-titanium dan kerusi Recaro SR4. Semua model R3 berwarna Incognito Black (hitam) dengan strip signatur, merah dan perak di sisi badan kereta, manakala trim upholsteri daripada fabrik hitam dan merah.

Satria R3 turut memperkenalkan pakej naik taraf enjin Stage 2 dan Stage 3 yang melibatkan modifikasi ekstrem ke atas casis dan trenkuasa. Bagaimanapun, bahagian gentian karbon R3 khabarnya kerap menjadi mangsa kecurian hingga membuatkan si pemilik jentera itu memilih menggantikan ia dengan spoiler GTI. Spoiler asal dipasang pada acara atau hari tertentu sahaja.

2. PROTON SATRIA NEO R3 (2008)

Sebagai penerus legasi kejayaan Satria R3, Proton menampilkan pula Satria Neo R3 (2008), iaitu model Satria generasi ke-2. Kali ini menggunakan enjin sendiri, 1.6L Campro berkuasa 135hp bersama ciri pengendalian lebih mantap dan menyeronokkan.

Naik taraf lain dilakukan ialah rim sport 16-inci, suspensi lowered talaan Lotus, sistem brek dipertingkat, kerusi Recaro ringan dan roda stereng MOMO. Hanya 50 unit dihasilkan dan masih mengekalkan Incognito Black (hitam) sebagai warna rasmi R3 berserta pelekat khas Race.Rally.Research sepanjang sisi badan kereta.

BACA >>> Trivia Geely – Gergasi Automotif China- yang Perlu Anda Tahu

3. PROTON SATRIA NEO R3 LOTUS RACING (2010)

Proton Satria Neo R3 Lotus Racing boleh saja dianggap model R3 paling ikonik dan unik kerana menjadikan Lotus sebagai aspirasi pembangunan, terutama aspek pengendalian. Dilancarkan pada 30 Mac 2010 dan hanya 25 unit dihasilkan pada harga RM115,000. Ia bukanlah harga mampu milik pada masa itu, tetapi boleh dianggap  berbaloi dengan ciri prestasi dan status edisi terhad yang dimiliki.

Model ini ialah versi prestasi bagi Satria Neo biasa yang diberikan lebih penambahbaikan berbanding saudaranya, Satria Neo R3. Jadi, rekaan luaran dan dalaman masih kekal sama, cuma gaya dan ciri yang berbeza.

Enjin 1.6L Campro ditala pasukan jurutera R3 dengan Sistem Pengurusan Enjin R3, aci sesondol R3 dengan aci aloi boleh laras dan sistem ekzos talaan R3. Jentera ini turut menggunakan Ambilan Udara Gentian Karbon R3 dan Sistem Penapis Udara K&N.

BACA >>> Proton Satria GTI Evo III – Model Legenda Sepanjang Zaman

LEBIH KUASA DAN TORK

Hasilnya, Satria Neo R3 Lotus Racing mampu menghamburkan kuasa 145hp, yakni peningkatan kira-kira 13.8 peratus berbanding Campro CPS normal (135hp) dan tork turut ditingkatkan kepada 168Nm. Kelajuan maksimum mencatatkan 220kmj, manakala pecutan 0-100kmj sepantas 9.2 saat. Nisbah gear turut ditala semula untuk dipadankan dengan kerja-kerja modifikasi enjin.

Casis dan pengendalian juga dinaik taraf menerusi penggunaan absorber spring atau coilover boleh laras Ohlins. Saiz rim masih dikekalkan, iaitu 16-inci jenama Advantis dengan tayar Bridgestone Adrenalin, manakala brek AP Racing dipadankan dengan pad dan kaliper berjenama sama.

Ruang dalaman pula mendapat kemasan aksen hijau yang menjadi warna trademark Lotus. Selain itu, beberapa penambahbaikan turut dilakukan pada punat tekan-mula, trim kulit Nappa hijau gelap dan set pedal aloi serta tombol gear.

4. PROTON SATRIA NEO CPS R3 (2011)

Hasil kerja tangan terakhir divisyen R3 ini diperkenalkan pada 2011 pada harga RM79,797, jauh lebih murah dan mampu milik berbanding Lotus Racing. Cuma ditawarkan dalam warna merah, Proton Satria Neo CPS R3 didatangkan dengan sistem navigasi 2-DIN yang pertama kali diperkenalkan pada model-model Proton.

Sebelum ini, beberapa model Proton seperti Persona dan Exora turut menawarkan unit navigasi, tetapi cuma unit GPS tunggal yang bercirikan stand-alone. Spesifikasi Satria Neo CPS R3 pula kekal sama dengan versi Lotus Racing.

Sebelum dilancarkan, model konsep Satria Neo CPS R3 terlebih dahulu melakukan debut di Tokyo Auto Salon pada 2011. Malah, syarikat alat ganti kereta Jepun, CUSCO itu turut mengimport Satria Neo CPS R3 dengan melengkapkan jentera tersebut dengan alat ganti prestasi sebelum dijual semula kepada pasukan rali mereka sendiri yang bertanding dalam Kejohanan Rali Asia-Pasifik (APRC) 2011, sekali gus menjadikan pasukan kedua yang menggunakan Proton Satria Neo bagi kejohanan berkenaan pada tahun sama.

hot-hatch Proton Proton R3 proton satria Proton Satria Neo CPS R3 Proton Satria Neo R3 Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Proton Satria R3 r3 Race Rally Research
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

05/06/2026
BYD Atto 3 2026
Kenderaan Elektrik (EV)

BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

05/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

04/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

04/06/2026

1 Comment

  1. Amran on 27/05/2017 17:28

    Iriz R3 pulak lepas ni

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata04/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

By Abang Hirata05/06/2026
Roda2

#MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

By Syafie04/06/2026
Aksesori

#MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

By Syafie30/05/2026
Aksesori

#MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

By Syafie29/05/2026
Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
Roda2

#MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

By Syafie03/06/2026
Auto Terkini

XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

By Syafie04/06/2026
Roda2

#MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

By Syafie29/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.