Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Projek Honda Mokoku 模刻 – Bikin Miniatur Ikonik Jadi Pocketbike
Autotainment

Projek Honda Mokoku 模刻 – Bikin Miniatur Ikonik Jadi Pocketbike

ZYBy ZY05/01/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BAGI peminat motosikal, hobi mengumpul model skala kecil pasti tidak asing lagi. Apa pula perasaan anda kalau model itu bukan saja setakat dipamerkan, tetapi boleh juga ditunggang seperti motosikal biasa?

Maaf, masih belum ada lagi di mana-mana kedai permainan berdekatan, tetapi tidak mustahil produk sedemikian bakal muncul di pasaran tidak lama lagi.

Honda menerusi 模刻 PROJECT – (模刻 disebut Mokoku, bermaksud ‘Arca’) memberikan cabaran baru kepada pelatih jurutera rekabentuk untuk menghasilkan miniatur motosikal berasaskan super pocketbike 74Daijiro.

74Daijiro dipacu enjin 2-Lejang 40cc dengan menampilkan rekabentuk mirip superbike sebenar

Diketuai penyelidik kanan di Jabatan Kajian dan Penyelidikan (R&D) Pembangunan Rekabentuk Honda, Koji Yanaguna, tugasan itu secara kasar nampak mudah. Cabarannya, setiap pelatih mesti mengekalkan elemen asal motosikal Honda yang dipilih walau sekecil manapun perincian itu. Jadi, tidak hairanlah kenapa pocketbike di bawah ini sangat mirip ‘abang’ mereka jika dilihat seimbas pandang.

Koji Yanaguna (tengah) bersama peserta Honda 模刻 Project dan hasil karya mereka.

Menariknya, projek tersebut perlu dilaksanakan dalam tempoh singkat, iaitu 4 bulan saja bermula proses acuan hingga pengeluaran akhir yang dilakukan pelatih secara berseorangan.

Buat masa ini tiada maklumat sama ada pocketbike 模刻 PROJECT bakal direalisasikan dan dipasarkan besar-besaran. Namun, seperti mana-mana produk buatan Jepun, tidak mustahil idea dan konsep sebegini bakal berada di pasaran antarabangsa. Cuma bukan dengan lencana Honda, tapi ‘Made In China’.

GALERI

SUMBER: Young Machine

“模刻”PROJECT 74daijiro autotainment honda nr prototype honda pocketbike koji yanaguna nsr250r pocketbike Projek Mokoku rc143 rcb1000 roda2 vfr800p
ZY
  • Website

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
Auto Terkini

Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

24/07/2026
Aksesori

#TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

23/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.