Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Program Bantuan Banjir Honda Malaysia Tawar Diskaun Alat Ganti, Elaun Hingga RM1.5k
Auto Terkini

Program Bantuan Banjir Honda Malaysia Tawar Diskaun Alat Ganti, Elaun Hingga RM1.5k

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju23/12/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


HONDA Malaysia sebentar tadi mengumumkan Program Bantuan Banjir sebagai langkah membantu pemilik kenderaan jenama itu yang menjadi mangsa bencana alam tersebut.

Pengeluar itu menawarkan diskaun 25 peratus untuk alat ganti tulen kepada pemilik yang membeli kenderaan Honda daripada pengedar rasmi.

BACA >>> Perodua Tawar Bantuan Kepada Pemilik Jenama Itu yang Jadi Mangsa Banjir
BACA >>> Proton Umum Inisiatif Buat Pemilik Terjejas Banjir, Termasuk Cuci Enjin


Program bantuan banjir itu turut menyokong servis baik pulih kenderaan untuk pemilik Honda di kawasan ditenggelami air yang berlangsung hingga 31 Januari 2022.

Honda Malaysia juga menasihatkan pelanggan berkunjung ke premis pengedar rasmi Honda untuk proses penilaian dan servis pemeriksaan.

Honda Insurance Plus (HiP)

  • Pemilik Honda yang melanggan pelan Honda Insurance Plus (HiP) boleh menikmati pemeriksaan percuma (tertakluk syarat) untuk kenderaan masing-masing.
  • Pemeriksaan adalah untuk memastikan kenderaan mereka selamat dipandu dan berada dalam kondisi baik, khususnya selepas fenomena banjir.
  • Tambahan lain ialah khidmat tunda untuk kenderaan terjejas akibat banjir ke pusat pengedar Honda terdekat.
  • Pelanggan HiP juga layak menerima elaun banjir hingga RM1,500 (tertakluk syarat) untuk meringankan beban.
  • Honda Malaysia juga akan bekerjasama dengan syarikat insurans untuk mempercepatkan proses tuntutan kepada pelanggan terjejas.

Maklumat lanjut mengenai Program Bantuan Banjir dan HiP boleh diketahui dengan menghubungi Talian Khidmat Pelanggan Honda Malaysia di 1-800-88-2020 atau layari laman web Honda Malaysia.

BACA >>> Diskaun 15 Peratus Alat Ganti untuk Pemilik Subaru Terjejas Banjir
BACA >>> MMM Tawar Bantuan Kepada Pemilik Kenderaan Mitsubishi Yang Terjejas Akibat Banjir
BACA >>> “Hilux Hilux is the Way,” Tunku Azizah Teruja Trak Pikap Toyota Selamat Redah Banjir

Bantuan Banjir Honda harga kereta honda malaysia Honda Insurance Plus (HiP) Honda Malaysia
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.