Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Presiden Duterte Pertimbang Mansuhkan ‘Doble Plaka’, Kritik Kompaun Mahal Sangat
Auto Terkini

Presiden Duterte Pertimbang Mansuhkan ‘Doble Plaka’, Kritik Kompaun Mahal Sangat

AryonBy Aryon11/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PRESIDEN Rodrigo Roa Duterte mungkin membatalkan pelaksanaan Rang Undang-Undang RA11235 atau Akta Pencegahan Jenayah Motosikal, dipanggil ‘Doble Plaka’ yang mewajibkan penunggang motosikal memasang nombor plat bersaiz sangat besar.

Duterte berkata demikian ketika hadir pada acara Konvensyen Tahunan Persekutuan Kebangsaan bagi Kelab Motosikal Filipina ke-25 di Iloilo, Sabtu lalu.

“Saya akan cuba meyakinkan LTO (Pejabat Pengangkutan Darat) untuk kemungkinan memansuhkannya. Plat itu berbucu. Dengan impak seperti itu ia boleh menusuk helmet,” katanya sambil disambut tepukan gemuruh di Pusat Konvensyen Iloilo.

BACA >>> Penunggang Filipina Bantah Undang-Undang Nombor Plat Motor Terlajak Saiz

Duterte juga merancang menimbangkan pendekatan lain yang memudahkan identiti sesebuah motosikal dikenal pasti.

“Buat plat besar satu per empat di belakang sudah pun boleh dibaca. Apa yang penting ialah di belakang,” katanya yang turut mengkritik penalti berat dikenakan.

“50,000 peso (RM3,900) lebih daripada harga sebuah motosikal. Patut ada kompromi lebih baik. Saya OK dengan denda dalam 10,000-15,000 peso (RM800-1100),” kata Duterte lagi.

NILAI SEMULA

Duterte menandatangani Akta Republik No. 11235 pada 8 Mac lalu, yang dirangka untuk mencegah jenayah dilakukan penunggang motosikal dengan mewajibkan semua motosikal di Filipina dipasangkan plat nombor bersaiz besar.

“Saya tandatangan sebab saya percayakan polis dan tentera. Apa saja mereka sarankan, saya akan terima asalkan rasional,” katanya.

BACA >>> Presiden Duterte Lulus ‘Doble Plaka’, Semua Motor Wajib Pasang Nombor Plat Gergasi!

Menurut Duterte, beliau akan berbincang dengan Ketua Setiausaha LTO, Edgar Galvante dan Senator Richard Gordon yang bertanggungjawan mendrafkan Akta Pencegahan Jenayah Motosikal untuk mencapai penyelesaian lebih adil.

SUMBER: MotoPinas

Akta Pencegahan Jenayah Motosikal Auto Terkini Doble Plaka Filipina Presiden Duterte roda2 Rodrigo Roa Duterte Undang-Undang Jalan Raya
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Denza Z Diperkenal di Eropah, 1,604 PS, 0-100 KM/J Hanya 1.96s, Cas 10-97% 9 Minit!

    12/07/2026
    Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
    Auto Terkini

    Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

    10/07/2026
    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    Nissan Tekton 2027
    Roda4

    SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

    By Abang Hirata10/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    By Syafie08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.