• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Presiden Duterte Pertimbang Mansuhkan 'Doble Plaka', Kritik Kompaun Mahal Sangat

Presiden Duterte Pertimbang Mansuhkan 'Doble Plaka', Kritik Kompaun Mahal Sangat

April 11, 2019 By Aryon Leave a Comment

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PRESIDEN Rodrigo Roa Duterte mungkin membatalkan pelaksanaan Rang Undang-Undang RA11235 atau Akta Pencegahan Jenayah Motosikal, dipanggil 'Doble Plaka' yang mewajibkan penunggang motosikal memasang nombor plat bersaiz sangat besar.

Duterte berkata demikian ketika hadir pada acara Konvensyen Tahunan Persekutuan Kebangsaan bagi Kelab Motosikal Filipina ke-25 di Iloilo, Sabtu lalu.

"Saya akan cuba meyakinkan LTO (Pejabat Pengangkutan Darat) untuk kemungkinan memansuhkannya. Plat itu berbucu. Dengan impak seperti itu ia boleh menusuk helmet," katanya sambil disambut tepukan gemuruh di Pusat Konvensyen Iloilo.

BACA >>> Penunggang Filipina Bantah Undang-Undang Nombor Plat Motor Terlajak Saiz

doble-plaka-protes-1
doble-plaka-protes-2
doble-plaka-protes-3

Duterte juga merancang menimbangkan pendekatan lain yang memudahkan identiti sesebuah motosikal dikenal pasti.

“Buat plat besar satu per empat di belakang sudah pun boleh dibaca. Apa yang penting ialah di belakang," katanya yang turut mengkritik penalti berat dikenakan.

"50,000 peso (RM3,900) lebih daripada harga sebuah motosikal. Patut ada kompromi lebih baik. Saya OK dengan denda dalam 10,000-15,000 peso (RM800-1100)," kata Duterte lagi.

NILAI SEMULA

Duterte menandatangani Akta Republik No. 11235 pada 8 Mac lalu, yang dirangka untuk mencegah jenayah dilakukan penunggang motosikal dengan mewajibkan semua motosikal di Filipina dipasangkan plat nombor bersaiz besar.

"Saya tandatangan sebab saya percayakan polis dan tentera. Apa saja mereka sarankan, saya akan terima asalkan rasional," katanya.

BACA >>> Presiden Duterte Lulus 'Doble Plaka', Semua Motor Wajib Pasang Nombor Plat Gergasi!

Menurut Duterte, beliau akan berbincang dengan Ketua Setiausaha LTO, Edgar Galvante dan Senator Richard Gordon yang bertanggungjawan mendrafkan Akta Pencegahan Jenayah Motosikal untuk mencapai penyelesaian lebih adil.

SUMBER: MotoPinas

135
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Akta Pencegahan Jenayah Motosikal, Auto Terkini, Doble Plaka, Filipina, Presiden Duterte, roda2, Rodrigo Roa Duterte, Undang-Undang Jalan Raya

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

PanduLaju.com.my

Pilihan Ramai

  • Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!
    Ducati Malaysia Lancar Multistrada V4 S (2021), Harga RM146k!

PANDU UJI

#PanduUji: Honda HR-V (2022) yang Bakal Jadi SUV Segmen-B Paling Win!!!

 KENDERAAN Utiliti Sukan (SUV) segmen-B dinantikan ramai, Honda HR-V … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Honda Civic FE (2022) yang Sedap Lain Macam!

 SOALAN paling kerap ditanya kepada abang, macam mana Honda Civic FE … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: 7 Fakta Asas Aprilia SR GT 200 (2022) Anda Perlu Tahu

APRILIA SR GT 200 (2022) yang diperkenalkan ke Malaysia Jumaat lalu … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my