Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Polis Cari 5 Marsyal Halang Lalu Lintas untuk Konvoi Lapan Kenderaan Parti Politik
Auto Terkini

Polis Cari 5 Marsyal Halang Lalu Lintas untuk Konvoi Lapan Kenderaan Parti Politik

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju10/11/20221 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


POLIS memburu lima individu bermotosikal yang berlagak marsyal konvoi dengan menghalang lalu lintas untuk memberi laluan khas kepada lapan kenderaan sebuah parti politik di Negeri Sembilan.

Ini susulan satu video tular penunggang menghalang pengguna jalan raya lain di kawasan persimpangan lampu isyarat Taman Desa Dahlia di Senawang.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Deputi Komisioner Ahmad Dzaffir Yusoff berkata;

Pada jam 6.47 petang Isnin lalu, tular satu rakaman berdurasi 33 saat mengenai sekumpulan penunggang motosikal menghalang dan mengganggu kelancaran lalu lintas serta pengguna jalan raya lain yang melalui jalan itu.

“Video itu merakamkan aksi lima penunggang motosikal membawa bendera parti politik dan menahan kenderaan di simpang empat lampu isyarat di lokasi.

“Ia bagi memberi laluan lapan kenderaan dipercayai daripada parti politik sama. Kejadian itu mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.”

BACA >>> Video Mat Motor Jadi Marsyal Trafik untuk Konvoi Skuter
BACA >>> Marsyal Konvoi ‘Eksyen’ Jadi Polis Kena Cekup, Seorang Berpangkat Datuk

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2022/11/Polis-Cari-Konvoi-Marshall-1.mp4

Polis kini sedang mengesan semua pemandu dan penunggang yang terbabit dalam insiden tersebut;

Tindakan mereka sebagai marsyal dengan menahan dan mengawal kenderaan melalui lampu isyarat adalah satu kesalahan mengikut Seksyen 21(1) Akta Polis 1967.

“Tindakan undang-undang boleh diambil mengikut Seksyen 94 Akta Polis 1967. Individu yang melakukan suatu kesalahan di bawah akta ini boleh dikenakan denda tidak lebih RM500 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

“Mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu mengabaikan arahan dan isyarat lalu lintas, hukuman individu yang melakukan kesalahan apabila disabitkan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak lebih RM2,000,” katanya.

Ahmad Dzaffir turut mengingatkan semua parti politik supaya tidak melanggar undang-undang jalan raya ketika dalam tempoh berkempen pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

BACA >>> Polis Cari Marsyal Konvoi ‘Eskyen’ Jadi Polis di Port Dickson
BACA >>> Marsyal Konvoi Tiada Kuasa Kawal Trafik, Boleh Kena Tindakan Undang-Undang
BACA >>> Parkir Lorong Kecemasan Lebuh Raya: Polis Panggil Ketua Kelab Datang Mengadap
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!

SUMBER: Berita Harian

Ahmad Dzaffir Yusoff Marshall Kovoi Marsyal Senawang Parti Harapan Pilihan Raya Umum Ke-15 Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Pilihanraya Umum Polis Seremban PRU 15 Taman Desa Dahlia Viral
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz G-Class Cabriolet 2027 Dedah Video, Foto Acah – Buat Kali Pertama dengan 4-Pintu

    28/07/2026
    Spyshot BMW S 1000 RR 2027
    Auto Terkini

    #Spyshot: BMW S 1000 RR 2027 Dikesan Jalani Ujian Litar, Rekabentuk Serba Baharu?

    28/07/2026
    Tiket F1 di Sepang ada harga Madani
    Auto Terkini

    PMX Dedah Tiket F1 di Sepang Ada Harga Madani!

    27/07/2026
    Suzuki meterai MoU FLUX |
    Auto Terkini

    FLUX Tawar Suzuki Fronx, Jimny Diskaun 69 Peratus Sempena Merdeka

    28/07/2026

    1 Comment

    1. clerk aje on 10/11/2022 16:06

      mana bro pilot bila anda diperlukan

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Honda Vario 160 2026
    Roda2

    Honda Vario 160 2026 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam27/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Auto Terkini

    #Perbandingan: Jetour T1 1.5 TGDi 2WD vs 2.0 TGDi XWD – Mana Satu Lebih Berbaloi?

    By Syafie27/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Autotainment

    #TahukahAnda: Tentang Nombor Plat Malaysia yang Mungkin Anda Tidak Tahu

    By Admin PanduLaju28/06/20211
    Nissan GT-R NISMO 2020
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apakah Rahsia Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan?

    By Abang Hirata28/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.