• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Marsyal Konvoi 'Eksyen' Jadi Polis Kena Cekup, Seorang Berpangkat Datuk

Marsyal Konvoi 'Eksyen' Jadi Polis Kena Cekup, Seorang Berpangkat Datuk

December 7, 2021 By Aryon Leave a Comment

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS menahan dua marsyal konvoi motosikal kuasa tinggi yang datang menyerah diri di Balai Polis Trafik Port Dickson.

Menurut polis, dua suspek marsyal itu ialah lelaki berusia 45 dan 49 tahun dengan salah seorang berpangkat Datuk yang bekerja sebagai ahli perniagaan, manakala seorang lagi ejen insurans. Kedua-duanya dipercayai terlibat dalam rakaman video tular pada 6 Disember lalu jam 12.45 tengah hari dan 2.30 petang

Polis turut merampas dua motosikal besar dan beberapa barangan milik individu yang digunakan dua marsyal berkenaan seperti yang dirakam di dalam video tersebut.

Terdahulu, Polis Port Dickson mengeluarkan kenyataan sedang mengesan individu yang terlibat dalam video tular pada 5 Disember (Ahad) lalu yang dirakamkan mengarah sebuah kenderaan awam supaya memperlahankan kenderaan dan bergerak ke lorong kiri jalan supaya konvoi motosikal di belakang dapat melalui laluan tersebut.

Berdasarkan rakaman, konvoi itu datang dari Kuala Sg Baru Alor Gajah Melaka dan melalui kawasan Jalan Tg Agas Pasir Panjang Port Dickson.

Kes ini akan disiasat bawah Sek.21 Akta Polis 1967, Sek.48(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Halangan Lalulintas) dan Kaedah-Kaedah Lalulintas 167/59 (Kaedah 12(3)(A) (Kesalahan di garisan berkembar).

Menurut kenyataan polis, mana-mana marsyal tidak dibenarkan memberi sebarang arahan yang bertujuan menahan atau memberhentikan, atau melencongkan kenderaan tanpa kehadiran Pegawai Polis.

Pihak Polis tidak berkompromi dengan mana-mana ahli kumpulan yang berlagak sebagai polis trafik dalam mengawal lalu lintas yang mana boleh mendatangkan bahaya dan menyekat hak-hak bergerak di jalan awam."

Artikel Berkaitan

2.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Auto Terkini, Konvoi Motosikal Besar, Marsyal, Marsyal Konvoi, Marsyal Port Dickson, video tular

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?
    #Spyshot: Proton Sibuk Uji Saga Facelift Terakhir dengan Enjin Lebih Kecil?

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my