Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PKPP: Inilah 7 Aktiviti Dibenarkan 10 Jun Ini (dengan Norma Baharu)
Auto Terkini

PKPP: Inilah 7 Aktiviti Dibenarkan 10 Jun Ini (dengan Norma Baharu)

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju07/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


BERMULA Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada 10 Jun ini, lebih banyak kelonggaran akan diberikan kepada masyarakat Malaysia untuk menjalani aktiviti kehidupan seharian dalam norma baharu dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) secara berterusan.

Di bawah ini 7 perkara yang diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang boleh dilakukan sepanjang tempoh PKPP ini:

BACA >>> PKPP: Sudah Boleh Balik Kampung Bermula 10 Jun Ini!

1. Perjalanan rentas negeri dibenarkan kecuali di kawasan yang diisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Jadi, bagi mereka yang ingin menziarahi ibu bapa yang tinggal berjauhan di negeri lain bolehlah berbuat demikian. Dinasihatkan sentiasa jaga kebersihan diri, pakai penutup muka di tempat awam dan elakkan tempat yang sesak semasa pulang ke kampung.

2. Hampir semua aktiviti sosial, pendidikan, keagamaan, perniagaan, sektor ekonomi dan sebagainya akan beroperasi semula secara berperingkat dengan pematuhan sepenuhnya kepada SOP. Antaranya perkhidmatan gunting rambut dan salun, pasar terbuka, pasar pagi, pasar malam, pasar tamu, bazaria, medan selera, pusat penjaja, trak makanan dan gerai makan.

3. Aktiviti komersial melibatkan urus niaga jualan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan dibenarkan. Termasuk dalam senarai dibenarkan ialah:

  • Lawatan ke muzium
  • Persembahan muzik busking dalam premis
  • Dobi layan diri
  • Aktiviti perikanan rekreasi, termasuk kolam pancing komersial
  • Penggambaran filem
  • Mesyuarat dan bengkel

* Dibenarkan dengan syarat mematuhi SOP kesihatan dan mengoptimumkan ruang.

4. Beberapa jenis sukan dan rekreasi dibuka semula membabitkan:

  • Latihan persediaan pasukan permainan sukan.
  • Aktiviti sukan tidak melibatkan sentuhan badan seperti bowling, badminton, memanah, menembak dan lain-lain.
  • Aktiviti berkumpulan luar seperti kayuhan basikal dan konvoi motosikal.

Bagaimanapun, aktiviti sukan TIDAK DIBENARKAN ialah:

  • Pertandingan sukan atau permainan melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di stadium, sukan renang dan kolam renang awam.
  • Sukan bersentuhan seperti ragbi, gusti, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki.

5. Aktiviti pelancongan domestik dibenarkan. Boleh melancong dalam negeri dengan mengamalkan kebiasaan baharu. Bagaimanapun pelancongan ke luar negara tidak dibuka kerana sempadan negara masih ditutup.

6. Sambutan Hari Raya Aidiladha dan ibadah korban dibenarkan tertakluk kepada SOP pihak berkuasa agama Islam.

7. Beberapa aktiviti dan sektor dalam senarai negatif ketika PKPB akan dilonggarkan atau dibuka berdasarkan SOP ditetapkan. Misalnya, waktu operasi perniagaan akan kembali seperti biasa dengan pelaksanaan kebiasaan baharu yang melibatkan pemilik premis dan pelanggan.

Penjarakan sosial, penggunaan pelitup muka di tempat awam dan membasuh tangan menggunakan sabun atau sanitasi kuman adalah kebiasaan baharu yang mesti diamalkan.

BACA >>> Hero Modifikasi Xtreme 200R Jadi Ambulans Tangani Covid-19 di Kawasan Terpencil
BACA >>> Selepas Jepun, Honda AS Pula Ubah Suai Odyssey Hadapi Covid-19

Auto Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) PKPP Tan Sri Muhyiddin Yassin
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Vision BMW ALPINA, Garang dan Elegan Sekaligus, Era Baharu Bawah BMW Group

    16/05/2026
    Auto Terkini

    Ferrari HC25 – Roadster One-Off Dibuat Khusus Untuk Seorang Pelanggan

    16/05/2026
    Auto Terkini

    MV Agusta Brutale 1000 ABT, Seni Itali dan Kejuruteraan Prestasi Jerman, 130 unit sahaja!

    15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    15/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Roda2

    MODENAS Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.