Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Aksesori»PETRONAS Sprinta Beri Impak Besar Terhadap Quartararo Sebagai Rookie Terbaik
Aksesori

PETRONAS Sprinta Beri Impak Besar Terhadap Quartararo Sebagai Rookie Terbaik

AryonBy Aryon14/01/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TAHUKAH anda formulasi minyak enjin motosikal dihasilkan PETRONAS Sprinta memainkan peranan penting dalam melonjakkan prestasi pasukan lumba MotoGP?

Segalanya dibuktikan pada ujian pramusim di Valencia apabila duo pelumba PETRONAS Yamaha SRT, Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli membuktikan kehebatan prestasi jentera Yamaha YZR-M1 apabila masing-masing mencatatkan keputusan masa kompetitif.

Malah, Quartarao meraih petak pertama (pole position) sebanyak enam kali dan tujuh podium sepanjang 2019 termasuk pusingan akhir di Valencia. Beliau juga pelumba kedua paling banyak merebut petak pertama musim lalu selepas juara MotoGP 2019, Marc Marquez. Ingat, Quartararo ialah rookie MotoGP 2019 yang kali pertama memegang hendal jentera kelas premier di bawah pasukan satelit.

BACA >>> Petronas Perkenal Minyak Enjin Sprinta dengan Teknologi UltraFlex, Harga Mula RM15

APAKAH RAHSIANYA?

Memang tidak keterlaluan untuk kita mengakui kejuruteraan dan produk bendalir PETRONAS memainkan peranan penting dalam melonjakkan prestasi jentera Yamaha walaupun itu bukan jentera pasukan pengilang (factory) yang mendapat kemas kini paling terbaik.

BAGAIMANAKAH PETRONAS SPRINTA DIBANGUNKAN?

Minyak enjin PETRONAS Sprinta sememangnya dibangunkan mengikut karakteristik YZR-M1 bagi meningkatkan prestasi dan ketahanan enjin selain memberikan kebersihan terbaik. Pembuatan minyak enjin Sprinta itu pula dihasilkan menggunakan minyak asas PETRONAS menerusi fasiliti penapisan minyak di Melaka dan disempurnakan dalam masa kurang setahun.

Pada GP Belanda musim lalu, selepas meraih petak pertama, Quartararo turut terlibat dalam barisan pembentangan pasukannya untuk mengumumkan gabungan PETRONAS Sprinta dengan PETRONAS Yamaha SRT, terdiri daripada Pengarah Urusan di Jabatan Pengurusan Jenama dalam Komunkasi Strategik Kumpulan, Noor Afiza Mohd Yusof; Ketua Kajian dan Penyelidikan (R&D) Penyelesaian Teknologi Bendalir, Dr Andrea Dolfi; Prinsipal PETRONAS SRT, Dato Razlan Razali dan Pengurus Pasukan PETRONAS Yamaha SRT, Wilco Zeelenberg.

BACA >>> RON95 E4M Siap Sedia Diisi di Semua Stesen Petronas Seluruh Negara

Noor Afiza berkata;

PETRONAS bermotivasi tinggi untuk memanfaatkan MotoGP bagi menunjukkan teknologi, produk dan orang kami. Apabila kami buat kali pertama memulakan projek membangunkan Sprinta, garis masa yang diberikan adalah dua tahun, tetapi dalam masa kurang setahun, kami sudah berjaya mengasimilasikan dua produk untuk motosikal – Tutela (minyak gear) dan Sprinta (minyak enjin).

“Kami bangga dapat sampai ke tahap pencapaian ini dalam tempoh singkat dan ada Fabio untuk raih petak pertama dan menamatkan perlumbaan di podium yang menjadikan debut PETRONAS Sprinta sangat istimewa!”

Razlan menambah;

PETRONAS  melakukan debut minyak enjin Sprinta untuk Yamaha YZR-M1 dan dihadiahkan petak pertama dan satu podium. Ini sokongan hebat untuk kepakaran teknikal mereka dan hadiah yang memang patut diterima atas sokongan yang mereka berikan kepada pasukan ini. Ini pasukan yang sangat gembira hari ini, tetapi kami kekal fokus untuk menambah baik dan berikan terbaik yang kami mampu.”

Wilco pula, yang juga bekas pelumba GP dengan rekod tiga podium berkata;

Pembakaran enjin MotoGP, RPM dan suhu sangat menakjubkan – sangat tinggi – dan untuk membangunkan minyak enjin prestasi tinggi dalam tempoh masa singkat yang mampu bekerja baik adalah sangat mengagumkan dan kami  sepasukan sangat gembira.

Bagi Dr Andrea Dolfi selaku ketua R&D berkata;

Ini ialah pengalaman yang menakjubkan buat kami kerana kami ditugaskan dengan garis masa ketat untuk memberikan keputusan penting. Kami bermula dengan Tutela kerana itu ialah produk yang paling kami ambil berat: kotak gear adalah  paling penting untuk keselamatan pelumba. Jika ada sesuatu rosak, ia kemungkinan besar boleh terkandas, patah dan pelumba boleh kemalangan ketika menunggang dalam kelajuan 300kmj.

“Kemudian lihat kepada prestasi diberikan dan ketahanan menerusi Sprinta. Ketahanan ialah elemen penting dalam sukan permotoran kerana tiada makna berlumba pantas dan ada banyak kuasa jika anda rosakkan enjin atau tidak dapat tamatkan perlumbaan.

“Kunci bagi kejayaan ini yang kami mula menikmatinya sekarang adalah hasil kolaborasi antara kami (PETRONAS) dan Yamaha.

Akhir sekali, Quartararo menjelaskan;

Quartarao berdiri di kanan sekali.

Kami dapat menyesuaikan diri dengan pantas untuk jentera ini dan di Qatar kami sudah rasa Yamaha dalam kondisi yang baik untuk pasukan ini. Saya fikir kami rasa selesa ada di sini, dengan semua rakan kongsi, orang sekeliling dan sokongan pakar seperti PETRONAS, ia seperti satu keluarga,  dan ini sangat penting dalam MotoGP.”

GALERI
Auto Terkini Fabio Quartararo MotoGP Petronas Petronas Sprinta Petronas Yamaha SRT Rookie MotoGP 2019
Aryon

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.