• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / RON95 E4M Siap Sedia Diisi di Semua Stesen Petronas Seluruh Negara

RON95 E4M Siap Sedia Diisi di Semua Stesen Petronas Seluruh Negara

December 25, 2019 By AO Leave a Comment

FacebookTwitter


PENGGUNA kini boleh mengisi RON95 gred E4M (Euro 4M) di semua stesen minyak Petronas seluruh negara, lebih awal daripada tarikh ditetapkan Kerajaan, iaitu bermula 1 Januari 2020.

Menurut kenyataan Petronas Dagangan Bhd (PDB), RON95 E4M mengandungi 50 bahagian bagi setiap sejuta sulfur yang juga 10 kali ganda lebih rendah daripada RON 95 spesifikasi Euro 2M.

BACA >>> Petronas Rai Kejayaan F1, Pasukan Pertama Juara Berganda 6 Kali Berturut-Turut

Malah, kandungan bahan benzena turut dikurangkan 30 peratus kepada 3.5 peratus, termasuk tekanan wap yang juga rendah sebanyak 7.0 peratus kepada 65 kilopascal, sekali gus menjadikan bahan api itu bersih untuk enjin dan alam sekitar.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir berkata, langkah peningkatan bahan api RON 95 kepada standard E4M di semua stesen minyak Petronas sudah dilaksanakan sejak awal Disember ini.

"Pelanggan tidak hanya menikmati pemanduan lebih lancar dan responsif, tetapi turut (menggunakan) bahan api lebih bersih yang sesuai dengan kenderaan moden hari ini bagi mengurangkan pencemaran udara. Ini turut memberi manfaat dari segi kesihatan dan iklim.

"Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive bagus untuk enjin dan alam sekitar," katanya.

Maklumat lanjut mengenai Petronas Primax dengan Pro-Drive yang patuh E4M boleh layari www.mymesra.com.my.

BACA >>> Gred Baharu RON95 Mula Dijual Januari 2020, Lebih Kualiti!

SUMBER: Bernama

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: auto terkini, Datuk Seri Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, Euro 4M, petrol, Petronas, Petronas Dagangan Bhd (PDB), Ron95, RON95 E4M, Stesen Minyak Petronas

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
    5 Punca Masalah Kereta Bergegar, Diagnosis Awal Jimatkan Wang dan Masa Anda
  • Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
    Apakah Maksud Kod & Simbol Tayar Motosikal Anda? Ketahui 20 Maklumat Rahsia Ini
  • Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
    Stereng Kuasa Elektrik (EPS) Rosak Mungkin Punca Memandu Rasa Berat, Tidak Stabil
  • Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)
    Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

PANDU UJI

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Inilah Reviu Jujur Abang Gan Pasal Proton X50!

 ABANG Gan baru saja memandu uji Proton X50 1.5TGD-i Flagship yang … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Hyundai Kona - SUV Jiwa Muda dengan Pakej Teknologi Mantap!

SEBELUM dilancarkan secara rasmi ke pasaran tempatan, saya baru-baru … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my