• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Gred Baharu RON95 Mula Dijual Januari 2020, Lebih Kualiti!

Gred Baharu RON95 Mula Dijual Januari 2020, Lebih Kualiti!

December 12, 2019 By Azhan O Leave a Comment

FacebookTwitter


GRED petrol RON95 berkualiti tinggi dengan spesifikasi standard bahan bakar Eropah EURO4M (E4M) akan mula diperkenalkan di stesen minyak seluruh negara bermula tahun depan - Januari 2020.

Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Muez Abd Aziz berkata, kualiti petrol E4M adalah setanding RON97 dan akan menggantikan standard E2 sedia ada.

Beliau berkata, pihak industri bersedia melaksanakan penjualan gred tinggi RON95 yang mana kerja-kerja peringkat depoh dan stesen minyak sudah dan sedang dijalankan. Menurutnya, tidak banyak negara mempunyai standard E4M dan antara negara yang menggunakan petrol gred itu ialah Britain dan Australia.

"RON95 E4M adalah tinggi kualitinya dan tahun depan pengguna akan dapat menikmatinya," katanya.

Muez berkata, antara kebaikan RON95 E4M adalah aspek penjagaan kualiti alam sekitar kerana penggunaannya dapat mengurangkan pengeluaran asap, manakala penjagaan enjin lebih bersih.

KPDNHEP mendapatkan kerjasama syarikat petrol seperti Shell, Petronas dan Petron bagi pelaksanaan inisiatif itu.

Muez berkata lagi, mana-mana syarikat yang didapati melanggar arahan tersebut boleh diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

BACA >>> RON95 Naik 1 Sen Setiap Minggu, Mula Tahun Depan

DASAR TEKNOLOGI HIIJAU NEGARA 2009

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebelum ini dilaporkan berkata pengenalan kualiti bahan api lebih tinggi adalah antara usaha mencapai matlamat Dasar Teknologi Hijau Negara 2009, iaitu mengurangkan pencemaran alam sekitar dan kesan ke atas kesihatan orang awam.

Matlamat itu juga menjadi janji ke-39 'Mengimbangi Pembangunan Ekonomi Dengan Perlindungan Alam Sekitar' dalam manifesto Pakatan Harapan, katanya.

Pada 18 Ogos 2014, Kerajaan bersetuju dengan pelaksanaan spesifikasi kualiti bahan api petrol EURO4M dan EURO5, iaitu: Petrol RON97 EURO4M (1 September 2015), RON95 E4M (1 Oktober 2018), Diesel EURO5 (1 September 2020) dan Petrol EURO5 (1 September 2025).

Namun pada 5 Oktober 2018, Saifuddin Nasution berkata, Kerajaan memutuskan menangguhkan tarikh pelaksanaan RON95 E4M ditangguhkan daripada 1 Oktober tahun itu ke 1 Januari 2020 supaya selaras dengan perubahan harga kos produk RON95 E4M dengan permulaan kerja peralihan kepada produk RON95 E4M di peringkat depoh dan stesen minyak.

BACA >>> RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol

SUMBER: Bernama

Artikel Berkaitan

FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Dasar Teknologi Hijau Negara 2009, Datuk Muez Abd Aziz, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, E4M, EURO4M, petrol, Ron95

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
    Bas Rapid KL Terbakar, 8 Penumpang dengan Pemandu Berjaya Selamatkan Diri
  • Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
    Triumph Tiger 900 GT Aragon Edition (2023) Tiba di Malaysia, Harga Mula RM81k!
  • Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
    Tesla Malaysia Buka Ibu Pejabat di Cyberjaya
  • Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran
    Pemandu e-Hailing Disyaki Penjahat Rupanya OKU Pendengaran

PANDU UJI

Pengalaman Pemanduan Bridgestone POTENZA Sport, Tayar Prestasi untuk Pemanduan Mantap!

BRIDGESTONE Tyre Sales Malaysia Sdn Bhd memperkenal siri tayar perdana … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Mazda CX-30 - Crossover Kompak Mewah Anggun dengan Pakej Keselamatan Terbaik

PADA awal Mac lalu, Bermaz Motor memperkenal kenderaan utiliti sukan … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Proton X90 dengan Suspensi yang Ditala Khas Ikut Kondisi Jalan Malaysia

SAYA berpeluang memandu uji kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi … [Baca Lagi...]

2014 – 2023 © PanduLaju.com.my
Managed service by XCII.my