Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perlu Tak Saya Panaskan Enjin Kereta Setiap Pagi?
Autotainment

Perlu Tak Saya Panaskan Enjin Kereta Setiap Pagi?

Han OthmanBy Han Othman24/08/20179 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


ANDA mungkin ada pengalaman melihat bapa anda panaskan enjin kereta setiap pagi sebelum dia keluar bekerja. Ada yang mengambil masa hingga 10-15 minit, siap masuk ke rumah untuk bersarapan dan baca surat khabar lagi.

Persoalannya, perlukah anda panaskan enjin kereta sebelum bergerak, terutama pada waktu pagi?

Inilah jawapannya…

Bermula era 1990-an dan ke atas, sistem pencucuhan kereta mula digantikan daripada karburetor kepada suntikan bahan api (fuel injection) elektronik, berupa sejenis peranti pintar kecil yang dimuatkan dalam enjin dan berfungsi mengarahkan injektor terbuka lama bagi menyuap lebih banyak bahan api ke dalam enjin ketika cuaca sejuk. Apabila enjin panas pula, injektor akan mengurangkan suapan bahan api. Ini bermakna sistem penggunaan bahan api bagi kereta moden hari ini lebih cekap dan menjimatkan.

Jadi, melainkan enjin kereta anda daripada jenis karburetor (itupun cuma perlu menunggu 1-2 minit), tempoh menunggu paling lama bagi enjin kereta moden ialah 30 saat! Ya, 30 saat sahaja.

Jika anda memanaskan enjin lebih lama daripada tempoh tersebut, anda sebenarnya sedang membazirkan minyak dan masa. Malah, turut mencemarkan alam sekitar dengan pelepasan gas berbahaya, iaitu karbon monoksida. Paling bahaya jika pemanasan dibuat dalam kawasan tertutup.

indikator-suhu-biru-pandulajudotcomdotmyKereta moden hari ini juga mula memaparkan indikator suhu berwarna biru pada panel meter. Sesetengah orang menasihatkan anda supaya menunggu sehingga indikator terpadam. Sebenarnya, tindakan itu tidak diperlukan pun dan tiada kena mengena dengan prestasi kereta anda sama ada sudah siap sedia untuk bergerak atau belum.

Jadi, boleh terus bergerak begitu saja?

Ya, anda boleh terus bergerak begitu saja. TETAPI, apa yang sepatutnya anda lakukan ialah mengelak memandu melebihi putaran enjin 3,000rpm.

BACA >>> Bagaimana Mengesan Tanda-Tanda Pam Air Kereta Rosak?

Inilah dinamakan suhu operasi (operating temperature) yang memerlukan anda menunggu hingga indikator suhu (berwarna biru) terpadam. Buat pengetahuan anda, suhu operasi boleh dicapai dalam keadaan kereta bergerak di bawah 3,000rpm tanpa perlu membiarkan enjin dihidupkan lama dalam keadaan statik. Malah, suhu operasi lebih cepat dicapai ketika kereta bergerak.

BAYANGKAN PELARI PECUT


Analoginya begini, bayangkan anda mahu berlari pecut. Anda boleh saja berlari laju tanpa memanaskan badan, tetapi tindakan itu hanya mendedahkan diri kepada kecederaan. Ini kerana tubuh anda memerlukan suhu operasi untuk bekerja pada tahap optimum.

Anda pilihan seperti berdiri setempat dan melakukan gerakan kecil yang tidak relevan (seperti yoga atau bertaichi) untuk memanaskan badan, tetapi mengapa buang masa? Anda sebenarnya boleh terus berjoging atau berlari-lari anak untuk segera mencapai tahap suhu operasi.

Samalah juga dengan situasi memanaskan enjin kereta! Ingat, jangan lebih 30 saat dan mula memandu dengan perlahan. Anda bukannya sedang berlumba!

BACA >>> 10 SILAP Penjagaan Kereta yang Biasa Dibuat

autotainment panaskan enjin rpm suhu operasi tidak perlu panaskan enjin setiap pagi tip
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026

9 Comments

  1. Hadi on 07/03/2017 09:16

    Kereta saya jadi tersedu-sedan kalau tak panaskan enjin bagi lama.

    Proton Saga FLX

    Reply
  2. Sylvesterviter on 07/03/2017 11:45

    Ble tnya ka? Proton saga blm pkai karberoter atau fuel injection?

    Reply
    • AO on 08/03/2017 07:44

      Kereta baru sekarang semua dah fuel injection. Kereta 80-an dan awal 90-an saja masih karburetor

      Reply
  3. Mas on 04/05/2017 23:08

    Kalau kereta kelisa…bila di on aircond…meter rpm akan naik dan akan bergegar…ape masalah kereta tu??bila air cond off…rpm stable dan gegaran berkurang…mohon pencerahan

    Reply
  4. budak budak on 20/01/2018 11:44

    panas kan engine sebab kita nak minyak engine tu naik ke block semula , sebab bila lama kita tak start , minyak akan turun dan mendap ke bawah , bila kita start kita akan buat minyak tu naik ke block , bayangkan minyak di block dh sikit dan piston berjalan dgn sedikit laju , sebab tu kita di sarankan panas kan engine kereta , bukan wajib , tapi di sarankan sebab kereta ni nk pakai lama

    Reply
    • Lyana on 14/02/2018 09:25

      Betul..panaskan la enjin tapi jangan melampau. Itu perihal minyak enjin ambil masa 1-2 minit jer. Bagi saya, saya lebihkan hingga hampir satu bar. Baru sedap memandu. Gear pun masuk smooth je.

      Macam mana dengan minyak gear? Ada rasa kelainan sedikit bila panaskan enjin dengan tidak tidak panaskan enjin? Saya rasa bersangkut paut juga.

      Nak jangka hayat enjin kereta lebih lama..panaskan la barang sekejap. Baru enjin boleh tahan dan mantap sampai 18 tahun beb!

      Reply
  5. Jimmy on 08/02/2018 19:22

    mengelak memandu melebihi putaran enjin 3,000rpm untuk selama berapa minit ya? berapa jauh km ya?

    Reply
  6. Man on 01/03/2018 16:40

    Rasanya sehingga indikator suhu tu terpadam…

    Reply
  7. aLCHeMiz on 23/03/2023 09:21

    Kalau nak cepat jumpa yang tulis artikel ni atau penjual/mekanik kenderaan tak perlu panaskan enjin kenderaan anda.
    (Kalau nak kaya jangan menipu…. tak berkat)
    Nota: Jangan percaya semua maklumat yang diberi untuk kepentingan sesuatu pihak/perniagaan.

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.