Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»#Perbandingan: Proton X50 Flagship vs Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH, Mana Lebih Berbaloi?
Roda4

#Perbandingan: Proton X50 Flagship vs Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH, Mana Lebih Berbaloi?

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam04/08/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Proton X50 Flagship vs Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH

SEGMEN kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen-B di Malaysia terus hangat menerusi pelancaran Proton X50 2026 serba baharu dan pendatang baharu dari China, Chery Tiggo Cross.

Kedua-dua model mensasarkan golongan pengguna urban yang mahukan gaya, prestasi dan teknologi terkini dalam satu pakej. Tapi, mana satu lebih berbaloi untuk dimiliki? Jom kita bandingkan. Kedua-dua model di bawah ini ialah varian perdana, iaitu Proton X50 1.5TD Flagship dan Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH.

Rekabentuk: Sporty vs Futuristik

All New Proton X50 2026 - Premium
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH

Proton X50 2026 mengekalkan DNA sporty menerusi sentuhan rekabentuk lebih segar dengan bampar baharu, gril ilham songket dan rim dwi-tona. Chery Tiggo Cross pula menampilkan rekabentuk futuristik urban dengan lampu siang (DRL) mendatar dan kemasan minimalis.

Jika anda sukakan gaya agresif, Proton X50 masih ada tarikannya, tetapi untuk gaya moden dan premium, Chery Tiggo Cross lebih menyerlah.

All New Proton X50 2026 - Flagship
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH

Proton X50 1.5TD Flagship memiliki dimensi panjang 4,380mm, lebar 1,795mm dan tinggi 1,609mm serta jarak roda 2,600mm.

Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH memiliki dimensi panjang 4318mm, lebar 1,830mm dan tinggi 1670mm, serta jarak roda 2610mm.

All New Proton X50 2026 - Flagship
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH

Di sini, Proton X50 lebih panjang 62mm dan lebih rendah 61mm daripada Chery Tiggo Cross. Namun Tiggo Cross lebih lebar 35mm, termasuk jarak rodak lebih panjang 10mm daripada X50.

Perincian dimensi di atas menunjukkan perbezaan luaran tidak begitu ketara yang mana profil Proton X50 lebih rendah dan panjang berbanding Tiggo Cross. Namun jarak roda yang cuma berbeza 10mm memberikan bayangan keluasan ruang kabin kedua-dua varian yang lebih kurang sama.

Prestasi Enjin, Teknologi

All New Proton X50 2026 - Premium
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH

Proton X50 1.5TD Flagship dikuasakan enjin 4-silinder 1.5L Turbo TDi dengan transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan yang memberikan output kuasa 178hp (181ps) @ 5,500rpm, dan tork 255Nm @ 2,500-3,500rpm untuk pemanduan lincah dan responsif.

Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH dikuasakan enjin aspirasi natural (NA) 1.5L dengan sistem hibrid, dan motor elektrik, serta dipadankan Transmisi Hibrid Dedikasi (Dedicated Hybrid Transmission, DHT) untuk output kuasa gabungan setinggi 300ps dan tork 430Nm!

Jika anda mementingkan penjimatan minyak dan pemanduan senyap,varian hibrid Tiggo Cross pilihan lebih sesuai (5.4 liter per 200km) berbanding X50 Flagship (6.4 liter per 100km)

Proton X50 Lebih Tangkas?

All New Proton X50 2026 - Flagship
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH

Walupun output Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH lebih berkuasa, tetapi berat kerb 1,565kg jauh lebih berat daripada Proton X50 Flagship (1,378kg). Ini bermakna X50 Flagship lebih ringan 187kg berbanding Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH.

Jadi tidak hairan, SUV Proton itu mampu memecut 0-100kmj sepantas 7.6 saat walaupun output kuasa lebih rendah daripada varian Chery hibrid (0-100kmj sepantas 8.9 saat, dengan mot Sport).

Ciri Keselamatan, Teknologi ADAS

Kedua-dua SUV dilengkapi Sistem Bantuan Pemandu Termaju (ADAS) lengkap seperti:

  • Brek Kecemasan Automatik (AEB)
  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA)
  • Kawalan Jelajah Adaptif (ACC)
  • Pemantau Titik Buta (BSM)

Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH sedikit ke depan dengan sistem kamera 540º dan saiz unit infotainment lebih besar dan sistem suara AI. Proton X50 1.5TD Flagship pula hadir ciri arahan suara ‘Hi Proton’ dalam Bahasa Melayu yang kali pertama diperkenalkan untuk pasaran tempatan (mungkin juga dunia).

Ruang Dalaman

All New Proton X50 2026 - Flagship
Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH

Kedua-dua model menawarkan ruang kabin luas untuk penumpang depan dan belakang. Namun Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH menang dari segi bahan premium seperti kerusi kulit Nappa, kluster instrumen digital penuh dan lampu ambien interaktif.

Proton X50 1.5TD Flagship lebih ringkas, praktikal dan mesra pengguna dengan sistem infotainment GKUI dipertingkat.

Harga

Berikut perbezaan harga antara Proton X50 Flagship dan Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH:

Proton X50 2026

  • Flagship: RM113,300
  • Harga promosi (Gempak Deal – Diskaun RM4,000 untuk 10,000 tempahan terawal): Executive: RM85,800; Premium: RM97,800; Flagship: RM109,300

Chery Tiggo Cross Hybrid CSH

  • Dilancarkan pada 9 Julai lalu pada harga RM99,800

Ya, Proton X50 lebih mampu milik, tapi Chery Tiggo Cross hadir dengan pakej teknologi dan kuasa lebih mantap. Sesuai jika anda pembaca sedia membayar lebih untuk pengalaman hibrid premium.

Pilih Ikut Gaya Hidup

Mahu gaya sporty, prestasi turbo, jenama tempatan dan harga kompetitif? Proton X50 1.5TD Flagship untuk anda. Mahu teknologi moden, prestasi hibrid ayng menjimatkan, kabin lebih mewah dan ciri pintar? Chery Tiggo Cross 1.5 Hybrid CSH pilihan bijak.

Kedua-dua SUV ada kelebihan masing-masing. Pilihlah ikut keperluan, gaya hidup dan bajet anda. Tepuk dada tanya selera.

Cherry Tiggo Cross Chery Tiggo 8 CSH Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Perbandingan Proton X50 dab Chery Tiggo Cross Proton X50 2026 SUV segmen-B SUV subkompak
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    Batal Projek EV, Honda Tayang Prototaip Sedan dan SUV Acura Dengan Kuasa Hibrid!

    14/05/2026
    Roda4

    Hyundai Grandeur 2027, Sedan Mewah dan Kemas Korea, 1.6L Turbo Hibrid dan 3.5L

    14/05/2026
    Auto Terkini

    Diesel Mahal? Toyota Hilux Masih Kebal!

    13/05/2026
    Toyota Corolla 60th Edition 2026
    Roda4

    Toyota Corolla, Corolla Touring Active Sport 60th Anniversary Edition untuk Jepun

    12/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    KTM 390 Series Launch
    Roda2

    KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

    By Shazwan Hisam11/05/2026
    EON & Sahabat Autofest 2026
    Auto Terkini

    EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

    By Han Othman05/05/2026
    Aksesori

    Bridgestone Lancar Potenza Adrenalin RE005 di Malaysia, Harga Mula RM351!

    By Syafie08/05/2026
    Roda4

    MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

    By Han Othman06/05/2026
    Nissan Gravite CNG 2026
    Roda4

    Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

    By Abang Hirata07/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.