Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Perbandingan: Honda RS-X vs Yamaha Y16ZR, Mana Satu Paling Power?!
Autotainment

Perbandingan: Honda RS-X vs Yamaha Y16ZR, Mana Satu Paling Power?!

ShawkathBy Shawkath02/11/2021
Facebook Twitter Telegram Threads
Kongsi
Facebook Twitter Telegram Threads


SUDAH lama peminat mendesak Boon Siew Honda (BSH) memperkenalkan Winner X dalam barisan produk Honda di Malaysia, dan akhirnya suara mereka didengari.

Di Malaysia, supermoped itu digelar RS-X dan diposisikan sebagai ahli famili baharu RS. Nama baharu itu dipilih berdasarkan kekuatan jenama produk Honda di pasaran Malaysia selain ada kaitan dengan populariti RS150R.

BACA >>> Boon Siew Honda Lancar RS-X (2021), Harga Mula RM8.6k!
BACA >>> Jawapan BSH: Kenapa Honda Winner X Tak Masuk Malaysia?

Ada pembaca meminta kami untuk membuat perbandingan secara langsung dengan pesaing terdekat, Yamaha Y16ZR (2021). Jom kita lihat perbezaan kedua-dua produk hangat jenama Jepun itu:

SPESIFIKASI ENJIN: RS-X ADA DOHC, Y16ZR GUNA TEKNOLOGI VVA

Y16ZR terbukti lebih berkuasa (17.7hp) dan menawarkan tork lebih tinggi (14.4Nm) berbanding RS-X (15.8hp, 13.6Nm). Kedua-duanya menggunakan silinder tunggal dengan 4-injap dan kotak gear klac manual 6-kelajuan.

Bagaimanapun, RS-X menggunakan enjin DOHC berbanding pencabarnya, SOHC. Y16ZR sekali lagi selangkah di depan dengan teknologi VVA yang menurut Yamaha mampu memberikan hantaran gear lebih lancar dan tepat dalam pelbagai halaju tunggangan.

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020), Model Mana Paling Berkuasa Sebenarnya?

DIMENSI: Y16ZR BERSAIZ KOMPAK, JARAK RODA RS-X LEBIH PENDEK

Dari aspek dimensi, Y16ZR agak kecil berbanding RS-X, iaitu 44mm lebih pendek, 92mm kurang lebar dan 19mm lebih rendah.

Perbezaan kedua, RS-X memiliki jarak roda lebih pendek (1,278mm), berbanding Y16ZR (1,290mm) dan perbezaan 2mm jarak lega bumi. Persamaan kedua-dua model memiliki tinggi pelana sama, iaitu 796mm.

Berat pula, RS-X lebih berat 3kg berbanding Y16ZR. Ini sudah tentu memberi kelebihan dari segi ketangkasan pengendalian. Kapasiti tangki cuma 4.5 liter yang memerlukan penunggang RS-X lebih kerap berhenti untuk mengisi minyak berbanding Y16ZR (5.4 liter).

BACA >>> Perbandingan: Benelli R18i (2021) vs Yamaha Y16ZR (2021) vs SYM VF3i Pro (2020)!

TAYAR, SUSPENSI & BREK: RS-X ADA ABS SATU SALURAN, Y16ZR ADA A&S

RS-X dan Y16ZR memiliki spesifikasi hampir sama, kecuali jenis frem. Kedua-duanya menggunakan sistem brek cakera tunggal depan dan belakang, termasuk sistem suspensi, iaitu fork teleskopik (depan) dan monoshock di belakang.

Persamaan lain, kedua-dua model itu menggunakan profil tayar lebar 90/80 (depan) dan 120/70 (belakang) dengan rim aloi 17 inci. Bagaimanapun, RS-X dilengkapkan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) untuk roda depan, sebaliknya Y16ZR tiada ABS.

Bagaimanapun, supermoped Yamaha menawarkan ciri klac antigelincir Assist & Slipper (A&S) untuk melancarkan lagi anjakan gear ketika menunggang.

Lebih selamat atau lebih lancar? Pilihan di tangan anda!

BACA >>> Perbandingan: Yamaha Exciter 155 VVA (2021) vs Yamaha Y15ZR V2 (2020)

REKABENTUK: GAYA Y16ZR LEBIH ANGGUN, RS-X TAMPAK AGRESIF

Y16ZR ditawarkan dalam tiga warna pilihan: Phantom Grey (kelabu), Arrow Blue (biru) dan Racing Yellow (kuning) dengan grafik badan minimalis. RS-X pula ada ada tiga warna pilihan terang, iaitu merah, biru dan kuning dengan grafik badan menyerlah.

Garis badan RS-X lebih tajam, membuatkan supermoped itu trampak agresif berbanding Y16ZR yang menurut sesetengah netizen seakan angsa menunduk atau memakai kopiah.

BACA >>> Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Kini di Vietnam, Harga RM8.2k, Tapi Tiada ABS

RS-X
Y16ZR

Kedua-dua model kini datang dengan teknologi lampu LED. RS-X memilih menggunakan lampu signal belok capang jenis tirus di depan dan belakang. Yamaha pula memasang lampu signal belok pada sisi fairing depan dan capang di belakang.

Lampu utama Y16ZR dibahagikan dua, iaitu fairing kepala untuk lampu suluh rendah (low-beam), manakala lampu suluh tinggi (high-beam) diposisikan pada panel fairing dada. RS-X pula memusatkan lampu suluh rendah dan tinggi pada fairing dada.

RS-X
Y16ZR

Y16ZR dan RS-X menggunakan konsep kunci multifungsi untuk menghidupkan dan mematikan enjin, buka pelana dan pengunci keselamatan asas. Bagaimanapun, RS-X memerlukan kunci, manakala Y16ZR sudah beralih kepada penghidup tanpa kunci (keyless) sepenuhnya.

RS-X
Y16ZR

RS-X menggunakan panel meter digital berwarna yang dibahagikan kepada dua kluster untuk mengasingkan takometer, manakal kluster kedua di bawah disusun set indikator amaran. Y16ZR pula menampilkan panel meter monokrom negatif dengan paparan lebih kemas.

HARGA

Harga Y16ZR lebih mahal RM2,200 berbanding RS-X. Itu ialah harga atas kertas atau disyorkan pengeluar, dan bukan harga sebenar yang anda perlu bayar kedai motosikal.

  • Honda RS-X –  RM8,688 (atas kertas, tanpa insurans dan cukai jalan)
  • Yamaha Y16ZR – RM10,888 (atas kertas, tanpa insurans dan cukai jalan)

Waranti ditawarkan untuk kedua-dua model adalah sama, iaitu dua tahun atau jarak perbatuan 20,000km (mana satu tiba dulu).

Y16ZR sudah lama berada di pasaran, tetapi status bekalan stok di tempat anda mungkin berbeza. RS-X pula akan menjengah bilik pameran pengedar dalam masa terdekat, dan BSH tidak mendedahkan sebarang tarikh.

BACA >>> #TahukahAnda: Mengapa Honda Ubah Posisi Asal Butang Hon, Lampu Signal Belok?
BACA >>> Tinjauan: Ekzos Perang Punya Pasal, Stok Ekzos Standard Tak Cukup
BACA >>> Perbandingan: Yamaha YZF-R15 vs Modenas Pulsar RS200 vs GPX Demon GR200R

150cc Boon Siew Honda Sdn Bhd (BSH) Honda RS-X 150 (2021) Honda Winner X Hong Leong Yamaha Malaysia (HLYM) roda2 Yamaha Y16ZR (2021) Yamaha Y16ZR vs Honda RS-X
Shawkath

Artikel Berkaitan

Roda2

#MotoGP2026 Aprilia Racing Dedah Livery Musim Ini

19/01/2026
Auto Terkini

Dakar Rally 2026 Milik Red Bull KTM Factory Racing

19/01/2026
Auto Terkini

Honda CRF1100L Africa Twin 2026 Tampil Grafik Lebih Segar dan Pilihan Warna Baharu

19/01/2026
Interkom ASMAX untuk penunggang
Aksesori

NKS Distributors Lancar Dua Peranti Interkom ASMAX, Empat Model Evangelion Edisi Terhad

19/01/2026
View 9 Comments

9 Comments

  1. Saiman sam on 03/11/2021 21:59

    Honda RS-X…
    Menepati cita rasa pengguna di Malaysia.
    Model yang padu dan mantap penuh gaya ciri-ciri moden era 2021 dan mampu milik bagi golongan B40.

    Reply
  2. Rothmans on 04/11/2021 16:29

    Masalah dgn yahama tu harga otr kena marked up sampai mencecah 13k sebijik. Harap kerajaan buat price control ke atas kedai yg tamak untung tu..

    Reply
  3. Zul on 05/11/2021 11:37

    Saya tidak mementingkan penampilan dan enjin yg padu… cukuplah dengan harga yang berpatutan dan mampu dimiliki oleh segenap pemuda mahupun pemudi bagi memiliki supermoped idaman…dan honda juga mementingkan keselamatan kita dengan menyediakan produk yg berkualiti tinggi…dan kita juga sedia maklum jenama Honda memang sudah terbukti ketahanannya sejak dari dulu lagi
    SATU HATI HONDA

    Reply
  4. Mohd idros Mat isa on 30/11/2021 14:51

    Sama sama ada kelebihan dan kekurangan… Cuma harga kelemahan yg Amat jelas….

    Reply
  5. kaki motor jer on 25/01/2022 00:36

    harga kat kedai lebih tinggi dari website… menipu itu bisnes ker?

    Reply
  6. Shah Ahmad Yusof on 29/01/2022 14:50

    Baru hari ni motor baru sampai. Isteri belikan sempena ulang tahun perkahwinan yang ke-10. Sekali tengok RS-X warna kuning. Memang excited gila. Hihihi.

    Reply
  7. AjaBasha on 14/02/2023 11:16

    Mahal pn org beli produk yamaha.banding kn jela ysuku pnya pnjualan mcm mna.tu bukti dan kenyataan brand lain kena terima,produk yamaha org beli pnya.ko letak 20k pn org beli byk sbb kualiti design dia mmg lain dr brand lain..sblm kondem kita tgok dlu la jualan dia cmna klu lebih 50ribu unit terjual tu kira top la.unit y16 utk setakat bulan 1/2023 da 60ribu unit terjual.cek data sndri bru la kita tau rmi ker x yg beli.ko rasa org beli sbb apa,kata mahal..ko beli brand y16 sebijik,ko beli rsx sebijik..pki 3taon ko jual blik tgok spa plg mahal kedai amek,try la klo xcaya,situ ko tau sbb apa yamaha org suka..mmg bunyi komen aku ni berat ke yamaha sbb da tu mmg kenyataan dia,suka xsuka nk kondem ko tgok data jualan la bru tau dan harga jual blik plg mahal brand yamaha..tu jer nk bgtau..haha..

    Reply
  8. genji on 14/05/2023 01:30

    ex5 smpi la jualan x bhenti2 lg bang..nmpk sgt ex5 padu

    Reply
  9. Yamaha buat palatau on 13/11/2023 04:18

    Palatau kau ni

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Modenas Z15GT Tembus 10,000 Unit Jualan, Bakal Eksport ke Asean, Timur Tengah!

By Syafie16/01/2026
Modenas Z15GT 2026
Autotainment

#TahukahAnda: Kenapa Modenas Guna Nama ‘Z15GT’?

By Syafie19/01/2026
Modenas Z15GT
Auto Terkini

Benarkah Modenas Z15GT ‘Made In Malaysia’?

By Syafie19/01/2026
Yamaha Ego Avantiz 2026
Roda2

Yamaha Ego Avantiz 2026 Diperkenal dengan Pilihan Warna Lebih Segar

By Shazwan Hisam12/01/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

XPENG G6 Standard Range Rasmi di Malaysia, Harga RM158,888

By Shazwan Hisam19/01/2026
Jenama automotif paling laris di Malaysia sepanjang 2025
Auto Terkini

10 Jenama Kereta Terlaris Sepanjang 2025, Perodua Kekal Raja Automotif Malaysia!

By Syafie13/01/2026
Modenas Spider Ace 115 Tiga Roda
Roda2

Modenas Spider Ace 115: daripada Kapcai Standard Jadi Tiga Roda

By Syafie19/01/2026
Auto Terkini

Kawasaki Brusky 125 ‘Kembar’ Modenas Karisma 125 Terjual 17,000 Unit di Filipina

By Syafie15/01/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.