Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»#Perbandingan: Harga Proton X90 (2023) vs Model Pesaing Segmen Sama
Auto Terkini

#Perbandingan: Harga Proton X90 (2023) vs Model Pesaing Segmen Sama

Sharil TarmizeBy Sharil Tarmize08/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SESETENGAH netizen menganggap harga kenderaan utiliti sukan (SUV) 7-kerusi baharu, Proton X90 (2023) yang baru dilancarkan 7 Mei lalu sebagai mahal dan tidak menepati ciri Proton sebagai pengeluar kereta nasional.

Proton X90 (2023) ditawarkan dalam empat varian pada harga atas jalan, tanpa insurans seperti berikut:

  • Standard – RM123,800
  • Executive – RM130,800
  • Premium – RM144,800
  • Flagship – RM152,800

Persoalannya, adakah harga Proton X90 (2023) itu keterlaluan? Jika mahu dibandingkan SUV keluaran Proton dengan model Geely, Proton X90 (2023) nyata SUV dan model Proton paling mahal setakat ini selepas Proton X70 yang berharga RM98,800 hingga RM128,800, dan Proton X50 (RM86,300-RM113,300).

Bagaimanapun, Proton mendedahkan SUV baharu tersebut memang diposisikan atas Proton X70. Justeru pendedahan harga dibuat adalah tidak mengejutkan.

PERBANDINGAN HARGA PROTON X90 (2023) VS PESAING

1. Kia Sorento 2023 – Harga RM211,498-RM255,228

Kia Sorento ialah SUV 7- atau 6-kerusi yang dipasang secara pemasangan tempatan (CKD) di Kulim, Kedah. Dengan konsep ‘refined boldness’, SUV itu tampil lebih menarik dengan imej estetika, elegan dan sporty dengan gril ‘tiger nose’ dalam bentuk lebih lebar.

Jika dibandingkan harga, Proton X90 (2023) nyata jauh lebih murah dengan perbezaan hingga RM58,698 antara varian tertinggi X90 dan varian terendah Sorento. Walaupun Kia Sorento lebih mahal, tetapi model itu hadir dengan waranti lima tahun dan pakej servis termasuk kos buruh, alat ganti dan minyak pelincir.

2. Mazda CX-8 – Harga RM184,000-RM220,000

Versi terkini Mazda CX-8 diperkenalkan di Malaysia tahun lalu dengan beberapa penambahbaikan seperti pengenalan varian pacuan semua roda (AWD) baharu sebagai varian tertinggi, manakala  varian diesel tunggal muncul tanpa sistem AWD.

Model 2022 ini juga menampilkan beberapa perubahan estetika. Sebagai perbandingan, harga varian tertinggi Proton X90 (2023) ditawarkan lebih murah RM31,200 berbanding varian terendah Mazda CX-8 di Malaysia.

3. Chery Tiggo 8 Pro – Harga Belum Dedah. Harga Afrika Selatan RM137,380-RM151,220

Chery Tiggo 8 Pro sudah melakukan debut di Malaysia Autoshow, MAEPS, Serdang baru-baru ini. Bagaimanapun, spesifikasi versi tempatan itu sedikit berbeza berbanding ditunjukkan di Malaysia tahun lalu dengan gril galaksi baharu.

Ruang kabin Chery Tiggo 8 Pro tampak mewah hasil ilham daripada model Mercedes-Benz. Harga di Malaysia belum didedahkan, tetapi harga di Afrika Selatan yang menjadi negara pertama rantau Afrika menerima Tiggo 8 Pro selepas Amerika Selatan, Rusia dan Timur Tengah sudahpun diketahui.

Berdasarkan harga ditawarkan itu, SUV tersebut dijangka dijual dalam julat harga sama.

4. Nissan X-Trail Harga: RM138,888-RM163,888

Versi terkini SUV 7-kerusi Nissan ini dilancarkan pada 2019. Semua varian Nissan X-Trail menerima pengiktirafan kenderaan cekap tenaga (EEV) dan dipadankan transmisi automatik Xtronic CVT dengan mod manual.

Walaupun sudah agak berusia, tetapi  Malaysia masih lagi menunggu Nissan X-Trail generasi keempat untuk dilancarkan.  Harga varian terendah Proton X90 (2023) dijual lebih murah RM15,088 daripada Nissan X-Trail, varian tertinggi juga lebih murah RM11,088 berbanding varian tertinggi SUV Nissan tersebut.

5. Volkswagen Tiguan AllSpace – Harga RM179,990-RM224,990

Volkswagen Tiguan Allspace ialah SUV 7-kerusi dari Jerman. Teknologi pacuan semua roda 4MOTION memastikan SUV itu mempunyai daya tarikan tersendiri dengan pengendalian optimum, menerusi respons serta dinamik stereng hebat.

Sebagai perbandingan, beza harga varian terendah Volkswagen Tiguan Allspace ialah RM56,190, yang mana harga varian tertinggi Proton X90 (2023) lebih murah RM72,190 berbanding varian tertinggi SUV konti berkenaan.

6. Peugeot 5008 – Harga RM185,388

SUV 7-kerusi dari Perancis, Peugeot 5008 dilancarkan di Malaysia pada 2021 dalam satu varian sahaja, iaitu varian Allure.

SUV itu dikeluarkan Stellantis darei kilang Naza di Gurun, Kedah sebagai model CKD dengan rekabentuk depan yang boleh dianggap paling cantik jika dibandingkan SUV lain dalam senarai ini. Dengan rekabentuk lampu dan dalaman cantik, Peugeot 5008 lebih mahal RM32,588 daripada varian tertinggi Proton X90 (2023).

KESIMPULAN


Jika Proton X90 (2023) diletakkan sebaris bersama pesaing lain dalam segmen sama, SUV segmen-D itu nyata muncul sebagai SUV 7-kerusi paling murah di pasaran tempatan.

Walaupun varian Premium dan Flagship lebih mahal daripada varian asas Nissan X-Trail, tetapi varian tertinggi SUV Nissan tersebut masih lebih mahal dariada SUV Proton. Malah semua SUV 7-kerusi yang dinaraikan di sini lebih mahal daripada Proton X90 (2023).

Kesimpulannya, walaupun Proton X90 (2023) menjadi model paling mahal Proton buat masa ini, tetapi masih lagi murah berbanding model pesaing dalam segmen sama. Mungkin harga Chery Tiggo 8 Pro apabila dilancarkan kelak mampu memberikan saingan kepada SUV Proton berkenaan.

BACA >>> Proton X90 (2023) Rasmi Lancar! Harga Mula RM123.8k
BACA >>> #Perbandingan: Proton X90 vs Geely Okavango, Ada Beza Ke?

7 tempat duduk Chery TIggo 8 Pro Harga Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) kia sorento Mazda CX-8 Nissan X-Trail perbandingan Perbezaan Peugeot Proton X90 SUV SUV mid-size SUV segmen-D Volkswagen
Sharil Tarmize

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    20/07/2026
    Auto Terkini

    Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

    20/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    20/07/2026
    LaLaport Transportation Hub (LTH)
    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    20/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.