Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton X90 (2023) Rasmi Lancar! Harga Mula RM123.8k
Roda4

Proton X90 (2023) Rasmi Lancar! Harga Mula RM123.8k

Han OthmanBy Han Othman08/05/2023
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON Holdings Bhd
hari ini rasmi melancarkan model kenderaan utiliti sukan (SUV) baharu, Proton X90 (2023) yang menjadi sebahagian sambutan ulang tahun penubuhan pengeluar itu yang ke-40 di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, hari ini.

Lebih bermakna, pelancaran SUV premium itu dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang turut dihadiri  Pengerusi Proton, Datuk Seri Syed Faisal Albar, Pengerusi Geely, Eric Li, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Proton, Dr Li Chunrong dan Naib CEO Proton, Roslan Abdullah.

Turut hadir dalam majlis pelancaran itu ialah Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dan Menteri Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Selain menjadi SUV ketiga dalam siri-X, Proton X90 (2023) juga ialah SUV 6- dan 7-kerusi pertama, serta Kenderaan Tenaga Baru (NEV) pertama Proton yang menandakan pembabitan pengeluar nasional itu dalam mobiliti hijau.

Dipasang di Kilang Proton Tanjung Malim bersama Proton X50 dan Proton X70, Proton X90 (2023) juga menjadi bukti komitmen pengeluar tersebut dalam menyokong industri automotif tempatan menerusi pengenalan teknologi baharu
kepada ekosistem.

RINGKASAN PROTON X90

  • Ditawarkan dalam empat varian pada harga atas jalan, tanpa insurans  seperti berikut:
    • Standard – RM123,800
    • Executive – RM130,800
    • Premium – RM144,800
    • Flagship – RM152,800

  • SUV pertama Proton dijana enjin hibrid ringan (MHEV) untuk semua varian!
  • Ditawarkan dalam pilihan 6-kerusi dengan konfigurasi 2-2-2 (kerusi individu di tempat duduk baris kedua) dan 7-kerusi (2-3-2).
  • Menampilkan siluet maskular bagi menonjolkan evolusi baharu ke arah identiti rekabentuk premium.
  • Busur Ethereal Bow direka semula yang mengalir antara lampu depan bagi menyerlahkan aura premium baharu untuk penampilan kuat dan harmoni.
  • Rekaan gril juga menakjubkan dengan bentuk berlian yang mengambil ilham corak songket untuk gambar gerakan infiniti, dan menerusi paten berulang unik dalam sulaman Infinite Weave.
  • DNA rekabentuk evolusi ini mengambil ilham kepakaran seni dan warisan budaya Malaysia. Trenkuasa ditawarkan menerima penghargaan di pasaran seperti China dan Filipina.

CIRI KESELAMATAN PROTON X90 (2023)

Aspek keselamatan diletakkan pada senarai teratas untuk SUV premium ini dengan ciri baharu seperti:

  • Amaran Trafik Lintas Belakang (RCTA) – Mengesan kenderaan yang mendekati ketika mengundur
  • Amaran Perlanggaran Belakang (RCW) – Memberi amaran kepada pemandu tentang risiko perlanggaran dari belakang
  • Maklumat Tanda Jalan (TSI) – Mengesan dan memaparkan papan tanda jalan raya. Proton X90 menjadi kenderaan pertama jenama itu yang dilengkapi ciri ini.

CIRI PROTON X90 (2023)

Dilengkapi unit infotainmen LCD 10 inci dengan antaramuka digital mudah baca dan intuitif. Unit infotainment untuk varian Flagship menampilkan skrin 12.3 inci dengan pemproses EO2. Ini juga unit infotainmen terbesar dan tercanggih yang ada dalam model Proton setakat ini.

TRENKUASA HIBRID RINGAN (MHEV)

Proton X90 (2023) menggabungkan teknologi hibrid ringan (MHEV) canggih dengan prestasi mengagumkan untuk pengalaman pemanduan lancar dan dinamik.

Dijana trenkuasa sistem Sinergi Motor Elektrik (EMS) 48V inovatif yang menyepadukan enam komponen teras seperti:

  • Motor Generator Penghidup-Sawat (Belt-Starter Generator, BSG) 48V
  • Konverter DC-DC
  • Bateri litium-ion 48V
  • Sistem Pengurusan Bateri (BMS)
  • Sistem Brek Regeneratif
  • Sistem Kawalan Modul Hibrid (HMCS)

Selain meningkatkan kecekapan bahan api, enjin MHEV ini turut mengurangkan emisi untuk pemanduan lebih hijau yang mesra alam.

Enjin 1.5L TGDi memberikan ouput kuasa dan tork memuaskan, iaitu 188hp dan tork 300Nm, manakala sistem EMS memberikan lonjakan prestasi 11hp dan tork 45Nm untuk prestasi memberangsangkan bersama sistem transmisi dual-klac (DCT) 7-kelajuan.

BACA >>> #Perbandingan: Harga Proton X90 (2023) vs Model Pesaing Segmen Sama
BACA >>> Proton X50 R3 20th Anniversary Limited Edition, Cuma 200 Unit Ditawarkan!

Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Proton Proton X90 (2023) Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) SUV
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

BMW M Concept Neue Klasse Diperkenalkan, Bayangan Masa Depan Model Prestasi Elektrik BMW M

13/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: MG HS Hybrid+ Dipratonton – SUV Segmen-C Bakal Cabar Honda CR-V e:Hev?

12/06/2026
Roda4

#KLIMS2026: Wuling HuaJing S Dipamerkan Buat Kali Pertama di Luar China

12/06/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

#KLIMS2026: TQ Wuling Porta EV Buat Kemunculan Sulung di Malaysia

12/06/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Roda2

#MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

By Syafie09/06/2026
Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
Roda2

#MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

By Syafie09/06/2026
Roda2

Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

By Abang Hirata08/06/2026
Roda2

#MBS2026: ARIIC Lancar Dua Skuter Baharu – Touch dan GOBI, Harga Mula RM13,688

By Syafie09/06/2026
Roda4

Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

By Abang Hirata11/06/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Rai Tiga Tahun dengan Harga ‘Durian Runtuh’: Tiggo Cross Kini Serendah RM80,800

By Han Othman09/06/2026
Roda2

#MBS2026: Brixton Lancar 625V, MOUCCA250 di Malaysia, Harga RM12,888, RM26,888

By Syafie09/06/2026
PHEV

#KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

By Syafie12/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.