Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Mazda CX-8 (2022) Lancar di Malaysia, Lima Varian Termasuk Turbo, Harga Mula RM177k!
Roda4

Mazda CX-8 (2022) Lancar di Malaysia, Lima Varian Termasuk Turbo, Harga Mula RM177k!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju29/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BERMAZ Motor mengumumkan ketibaan siri kenderaan utiliti sukan (SUV) crossover Mazda CX-8 edisi 2022 yang menerima penambahbaikan ciri serta pengenalan varian Turbo. Semua varian diperkenalkan itu adalah produk pemasangan tempatan (CKD).

Ada lima varian dengan pilihan trenkuasa petrol dan diesel. Sistem pacuan pula merangkumi dua roda (2WD) dan semua roda (AWD) untuk pasaran Malaysia. Berikut ialah perinciannya:

VARIAN DAN HARGA

  • Mazda CX-8 2.5L 2WD Mid : RM177,674.40
  • Mazda CX-8 2.5L 2WD High : RM183,452.40
  • Mazda CX-8 2.5L 2WD High Plus : RM197,553.40
  • Mazda CX-8 2.5L Turbo AWD High Plus : RM212,225.40
  • Mazda CX-8 2.2L Diesel 2WD High Plus : RM204,758.80

*Harga di atas ialah harga atas jalan tanpa insurans, pendaftaran persendirian untuk Malaysia Barat

WARANTI

  • Semua model Mazda yang didaftarkan akan menikmati jaminan pengilang selama lima tahun dan penyeleggaraan percuma lima tahun (kecuali Mazda BT-50).
  • Jaminan dan penyelenggaran percuma itu ada had perbatuan iaitu 100,000km selain had masa 5 tahun (mana-mana tiba dulu).

WARNA

  • Sebanyak tujuh pilihan warna disediakan untuk model SUV crossover Mazda CX-8 (2022) iaitu Platinum Quartz, Polymetal Gray, Soul Red Crystal, Machine Gray, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue dan Jet Black.

PERINCIAN

  • Falsafah desain KODO: Soul of Motion yang memberi fokus terhadap perincian termasuk garis badan untuk pembentukan imej matang dan kukuh.
  • Semua CX-8 edisi 2022 menerima ciri GVC Plus (Kawalan Vektoring-G) dan port sambungan USB untuk kerusi barisan ketiga.
  • Kluster instrumen meter 7-inci. Ciri penyelarasan kerusi 6-tahap untuk penumpang depan.
  • Pintu but belakang bukaan automatik (bebas tangan) dan cermin sisi boleh dilipat secara automatik.
  • Varian 2.5L Mid dan High menerima balutan material kulit hitam untuk kabin.
  • 2.5L High Plus pula mengekalkan balutan kulit Nappa dengan rona merah gelap.
  • 2.5L High dan varian ke atas menerima pembaharuan rekaan grill, lampu signatur LED, lampu kabin LED serta pengecas wayarles dan sambungan Apple Carplay tanpa wayar yang boleh diakses menerusi paparan infotainmen 8-inci Mazda Connect.
  • 2.5L High Plus dan varian ke atas pula ada tambahan kemasan Gunmetal pada grill depan dan krom pada bampar, tempat duduk depan dengan fungsi pemanas dan ventilator serta ciri i-Activsense dipertingkat membabitkan:
    • Sistem Pencahayaan Depan Adaptif (AFS)
    • Kawalan Lampu Tinggi (HBC)
    • Sokongan Brek Pintar (SBS) depan dan belakang
    • Kawalan Radar Jelajah Mazda (MRCC) dengan fungsi henti mula

TRENKUASA BAHARU

  • CX-8 ada varian baharu yang dilengkapi trenkuasa SKYACTIV-G 2.5L Turbo yang menawarkan output kuasa 228hp dan tork 420Nm. Kelajuan maksimumnya ialah 200kmj. Varian baharu itu menggunakan sistem pacuan AWD.ย 
  • Trenkuasa dan konfigurasi tempat duduk Mazda CX-8 lain kekal sama tetapi varian dengan SKYACTIV-D 2.2L kini menggunakan pacuan 2WD.ย 
  • Semua varian dipasang kotak gear 6-kelajuan automatik SKYACTIV-DRIVE dengan mod Syif Manual.

BACA >>>ย Mazda CX-8 Lancar di Malaysia dengan Enjin Petrol dan Diesel, Tempahan Kini Dibuka
BACA >>>ย Mazda Bukan Lagi Jenama Arus Perdana, Tetapi Sudah Berstatus Mewah?
BACA >>>ย Mazda CX-60 (2022) Lancar di UK dengan Pacuan Roda Belakang, Harga Mula RM241k

autoterkini bermaz Motor Mazda CX-8 (2022) Roda4 SUV
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Horse W30, Enjin 3.0L V6 Turbo Hibrid Dengan Kuasa Lebih 476 ps/600Nm!

    23/04/2026
    Jualan Geely Auto
    Auto Terkini

    Geely Holding Catat Jualan Lebih 937,000 Unit Suku Pertama (Q1) 2026

    22/04/2026
    Chery Malaysia bekerjasama dengan TNG sediakan tag RFID
    Auto Terkini

    Chery Malaysia, TNG Jalin Kerjasama, Beli Kereta Dapat Tag RFID Terus dari Bilik Pameran

    21/04/2026
    Auto Terkini

    Mercedes-Benz C-Class Electric 2027, Reka Depan Unik, Jarak Sehingga 762 km!

    21/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Helmet YOHE lancar di Malaysia
    Aksesori

    YOHE Rasmi Lancar Empat Model Helmet, Harga Mula RM319!

    By Syafie21/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    Morbidelli F252 2026
    Roda2

    Morbidelli F252 2026 Pencabar Baharu Naked Bike 250cc, Harga RM14,888

    By Shazwan Hisam20/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.