Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pengeluaran Volkswagen Beetle Ditamatkan, Unit Paling Akhir Dikeluarkan di Mexico
Auto Terkini

Pengeluaran Volkswagen Beetle Ditamatkan, Unit Paling Akhir Dikeluarkan di Mexico

Han OthmanBy Han Othman11/07/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN akhirnya menamatkan pengeluaran Beetle di kilang Mexico, sekali gus secara rasmi mengakhiri legasi model ikonik itu di pasaran antarabangsa.

Walaupun Beetle generasi ketiga tidak begitu popular di Amerika Syarikat, tetapi hampir 5 juta unit sudah terjual di negara itu, menjadikan sebahagian daripada 21.5 juta unit yang sudah dijual di peringkat antarabangsa.

BACA >>> #RetroAuto: Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle

Grafik beberapa model Volkswagen Beetle dulu dan sekarang.

Beetle mencetuskan fenomena ketika awal kemunculan pada dekad selepas Perang Dunia, tetapi gagal mengulangi kegemilangan tersebut menerusi model generasi kedua yang diperkenalkan pada 1998. Bagaimanapun, jualan Beetle sepanjang 1998-2010  masih mampu mencapai angka lebih 1.2 juta unit seluruh dunia.

Namun, Beetle generasi ketiga yang debut pada 2011 cuma terjual lebih 500,000 unit hingga hari ini.

VW Beetle edisi terakhir (kanan) diletakkan bersebelahan Beetle terakhir model terdahulu.
Foto VW Beetle edisi terakhir dari dalam kilang Puebla, Mexico.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Volkswagen Group of America, Scott Keogh mengakui memang sukar membayangkan situasi Volkswagen tanpa Beetle.

“Apabila masa itu datang, peranan yang dimainkan Beetle dalam evolusi jenama kami akan kekal dikenang selamanya.” kata Keogh.

Beetle edisi terakhir dalam warna Denim Blue akan dipamerkan di muzium Volkswagen di Puebla, Mexico. Syarikat itu juga membina sepasang model ‘Kings Red Beetles’ yang dibina khas untuk Amerika. Model itu akan menjadi sebahagian koleksi sejarah Volkswagen Amerika. Model itu didatangkan dengan papan pemuka kustom, kemasan kerusi kulit quilt dan kunci khas.

BACA >>> Volkswagen Beetle Final Edition Akhiri Legasi Model Ikonik 70 Tahun

Selepas pengeluaran Beetle ditamatkan, kilang Volkswagen di Puebla akan digunakan untuk membina crossover baharu untuk pasaran Amerika Utara. Model tersebut akan diselitkan di bawah Tiguan dengan nama cadangan Tarek.

GALERI
VW Beetle edisi terakhir (kanan) diletakkan bersebelahan Beetle terakhir model terdahulu.
Foto VW Beetle edisi terakhir dari dalam kilang Puebla, Mexico.
Auto Terkini Kings Red Beetles Roda4 Scott Keogh Volkswagen Beetle Volkswagen Beetle Terakhir vw
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026
Auto Terkini

Yamaha Quality Service Kini Miliki Lebih 300 Pusat Servis, Rangkaian Terbesar di Malaysia

24/07/2026
Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
Roda4

Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

24/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.