Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Volkswagen Beetle Final Edition Akhiri Legasi Model Ikonik 70 Tahun
Roda4

Volkswagen Beetle Final Edition Akhiri Legasi Model Ikonik 70 Tahun

Han OthmanBy Han Othman18/09/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLKSWAGEN pada Mac lalu mengumumkan akan menamatkan pengeluaran Beetle, salah satu model ikonik pengeluar automotif dari Jerman itu. Jadi, sempena mengakhiri jenama legenda itu, Volkswagen melancarkan dua varian edisi khas: Final Edition SE (standard) dan Final Edition SEL.

Kedua-dua varian Beetle terakhir itu akan ditawarkan dalam gaya badan versi coupe dan konvertibel.

BACA >>> Volkswagen Beetle Generasi Baharu Mungkin Muncul Sebagai EV

Coupe Final Edition datang dengan trim krom, cermin sisi warna badan, nozel air panas dengan varian SEL dilengkapkan lampu utama Bi-Xenon, lampu siang (DRL) LED, lampu kabus, dan lampu belakang LED.

Beetle Final Edition (2019) disepadukan dengan rim paten khas, manakala SEL diberikan rim aloi aluminium 18 inci dengan hab krom dan tayar ‘whitewall’ gaya vintaj.

Semua ruang kabin Beetle Final Edition (2019) didatangkan dengan butang tekan mula, roda stereng kulit multifungsi, pelapik pedal keluli tahan karat, dan penyaman udara kawalan suhu. Kemasan upholsteri varian SE atau standard daripada jenis fabrik dan kulit artifisial leatherette paten rhombus (kotak silang), manakala SEL diberikan kemasan kerusi kulit premium sulaman berlian.

SE dibekalkan sistem infotainment Composition Media, manakala SEL dipasnagkan Discover Media dengan sistem bunyi premium Fender. Enjin yang menjana Beetle edisi akhir ini bersesaran 2.0L TSI berkuasa 174hp dan tork 250Nm dengan transmisi automatik 6-kelajuan.

Berikut harga semua varian Beetle Final Edition (2019):

Coupe

  • Beetle Final Edition SE – AS$23,940 (RM99,058)
  • Beetle Final Edition SEL – AS$26,890 (RM111,265)

Konvertibel

  • Beetle Final Edition SE – AS$28,190 (RM116,644)
  • Beetle Final Edition SEL – AS$30,890 (RM127,816)

 

Ikonik Roda4 Volkswagen Volkswagen Beetle Volkswagen Beetle Final Edition Volkswagen Beetle Final Edition SE Volkswagen Beetle Final Edition SEL Volkswagen Terakhir vw
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

20/07/2026
Auto Terkini

Volkswagen ID. Cross 2027 – Jarak Sehingga 427km, Harga Munasabah

20/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

20/07/2026
Dunlop buka lebih 200 outlet di Malaysia
Aksesori

Dunlop Tetapkan Hala Tuju Pertumbuhan Jangka Panjang di Malaysia

19/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
Aveta Nova 200 2026
Roda2

Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

By Syafie13/04/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.