• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Autotainment / #RetroAuto: Inilah Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle

#RetroAuto: Inilah Cerita di Sebalik Moyang Sebenar kepada Volkswagen Beetle

October 18, 2018 By AO Leave a Comment

349
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SEGALA bermula pada 1931 apabila seorang jurutera Yahudi tidak dikenali, Josef Ganz menghasilkan prototaip kedua dinamakan Adler dengan nama gelaran ‘Maikäfer’ – atau ‘May-Beetle’– iaitu sejenis kumbang coklat di Eropah yang kerap berterbangan ketika senja dan berlanggar dengan tingkap bercahaya.

Prototaip itu menarik perhatian syarikat kereta Standard Superior yang kemudian menghasilkan sebuah kereta kecil berasaskan prototaip Ganz.

Malah, syarikat sama juga mendedahkan salah satu prototaip automotif Ganz di Pameran Auto Berlin pada November 1933 yang dipersembahkan sebagai 'volkswagen' atau 'kereta rakyat'.

Standard Superior Type 1 (1933)
Standard Superior Type 1 (1933)
Poster yang Menggunakan Kata Nama 'Volkswagen'
Poster yang Menggunakan Kata Nama ‘Volkswagen’
Josef Ganz
Josef Ganz

Pada masa itu, seorang canselor Jerman baharu (status pemimpin tertinggi seperti Perdana Menteri atau Presiden) bernama Adolf Hitler berminat dengan rekabentuk prototaip berkenaan kerana harganya cukup murah, 1,590 Reichsmark. Kebetulan, Hitler ketika itu sedang tercari-cari kereta yang murah, ringkas dan boleh dihasilkan besar-besaran serta boleh dipandu atas rangkaian jalan raya baharu di Jerman.

BACA >>> Inilah Satu-Satunya Legasi Adolf Hitler yang Disayangi Dunia...

Lima tahun kemudian, 'kereta rakyat' yang menggunakan nama sama diperkenalkan Hitler kepada rakyat Jerman sebagai Volkswagen Type 1. Ketua jurutera yang dilantik Hitler untuk projek kereta nasional itu pula ialah Ferdinand Porsche yang bertanggungjawab menghasilkan prototaip pertama Volkswagen dan kemudian popular dengan nama Beetle.


Jadi, apa jadi dengan jurutera Yahudi itu? Beliau dipadamkan dalam sejarah Jerman dan kemudian meninggal dunia tanpa diketahui sesiapa di Melbourne, Australia.

MOYANG SEBENAR VOLKSWAGEN BEETLE?

Casis Standard Superior (1933).

Tidak sukar menghubungkan sejarah untuk membuktikan Standard Superior, yang diperkenalkan pada 1933, sebagai moyang kepada Volkswagen Beetle kerana kedua-dua model itu berkongsi casis sama, malah menggunakan asas pembinaan yang sama.

Memang buku sejarah memberikan kredit kepada Porsche dan pasukannya. Namun ironinya, fakta sebenar tentang asal usul Beetle ialah hasil rekaan seorang jurutera Yahudi. Jadi memang ada alasan untuk mengatakan kenapa Jerman cuba memadamkan nama Ganz dalam sejarah negara itu.

BACA >>> Volkswagen Beetle Final Edition Akhiri Legasi Model Ikonik 70 Tahun

Walaupun kisah hidup Ganz tidak berakhir dengan sepatutnya, tetapi beliau dikatakan sudah mula memikirkan tentang bagaimana menghasilkan kereta rakyat pada harga sebuah motosikal sejak bergelar pelajar lagi.

BINA SEMULA STANDARD SUPERIOR (1933)

Brosur asal Standard Superior Type I (1933).

Terdapat kira-kira 250 unit model Standard Superior Type 1 yang pernah dibina dalam sejarah, dan cuma satu terselamat. Kereta itu kini dimiliki Lorenz Schmid, yang ada hubungan saudara dengan Ganz, dan jurnalis Belanda, Paul Schilperoord.

Sebagai menghargai kerja Ganz, mereka memutuskan melakukan restorasi ke atas moyang kepada VW Beetle (1933) itu. Di bawah ini ialah Standard Superior original yang kali pertama dibeli. Dengan banyak modifikasi dilakukan,  penampilan terbaharu tidak lagi seperti versi asal.


Selepas hampir seabad, akhirnya penghargaan sewajarnya berjaya diberikan kepada pengasas sebenar 'kereta rakyat'. Berikut ialah penampilan Standard Superior (1933) selepas menjalani proses restorasi.

GALERI
Josef Ganz pada 1960-an
Schilperoord (kiri) dan Schmid (kanan) dengan Standard Superior Type I

SUMBER: CarMudi

Artikel Berkaitan

349
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Autotainment, Roda4 Tagged With: Adler, adolf hitler, Ferdinand Porsche, Josef Ganz, Lorenz Schmid, Maikäfer, May-Beetle, Paul Schilperoord, Retro Auto, Roda4, sejarah, Standard Superior, Standard Superior Type 2, Volkswagen, Volkswagen Beetle, Volkswagen Type 1

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
    Benelli R18i Lancar! Ada Fork USD, 155kmj, Harga RM7.9k Sahaja!
  • Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
    Foto Real Honda Winner X Edisi Terhad (2021) Ini Memang Cantik!
  • RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
    RON 95 vs RON 97: Ketahui 5 Mitos Popular Tentang Jenis RON dan Petrol
  • #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!
    #BikinKereta: VinFast LUX SA2.0 Gaya Lamborghini Urus, Rim Saja RM17k!

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my