Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pendaftaran Kini Dibuka untuk Volvo Padel Open 2025, Kejohanan Padel Terbesar di Malaysia!
Auto Terkini

Pendaftaran Kini Dibuka untuk Volvo Padel Open 2025, Kejohanan Padel Terbesar di Malaysia!

SyafieBy Syafie06/06/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


VOLVO Padel Open kembali untuk tahun ini dengan edisi yang lebih meriah dan mencabar. Kejohanan padel terbesar di Malaysia ini akan berlangsung dari 21 Jun hingga 27 Julai 2025 dan bakal menghimpunkan sehingga 320 peserta dari pelbagai latar belakang.

Acara ini akan dijalankan dengan kerjasama Joy Division Padel, Padelground dan Padelku, kejohanan ini menawarkan hadiah bernilai lebih RM180,000 termasuk wang tunai, barangan eksklusif, waktu sewaan gelanggang, dan pengalaman bersama kenderaan elektrik Volvo.

Berikut adalah maklumat penting tentang acara ini:

  • Pendaftaran dibuka: 3 Jun – 3 Julai 2025
  • Yuran Penyertaan: RM160 seorang / RM320 sepasukan
  • Diskaun: 50 peratus potongan untuk pemilik kenderaan Volvo
  • Penilaian tahap pemain: 21 Jun – 6 Julai 2025
  • Pusingan kelayakan Beginner: 19 Julai 2025
  • Pusingan kelayakan Intermediate & Advanced: 26 Julai 2025
  • Peringkat akhir semua kategori: 27 Julai 2025

Tiga kategori utama diperkenalkan iaitu Beginner, Intermediate, dan Advanced bagi memberi ruang kepada pelbagai tahap pemain.

Untuk kategori Beginner, sistem perlawanan ‘americano‘ akan digunakan dalam pusingan kelayakan dengan peserta didaftarkan secara individu dan digilirkan pasangan dalam perlawanan. Seramai 16 lelaki dan 16 wanita terbaik akan mara ke separuh akhir dan bertanding dalam format berpasukan mengikut jantina.

Bagi kategori Intermediate dan Advanced pula membenarkan peserta mendaftar sebagai pasukan sejak awal dengan pilihan divisyen lelaki atau campuran. Format perlawanan akan merangkumi pusingan round-robin (set hingga lima permainan), diikuti peringkat kalah mati (set hingga tujuh permainan) sehingga ke perlawanan akhir.

Semua peserta dalam kategori Beginner dan Intermediate wajib menjalani penilaian kemahiran oleh jurulatih bertauliah sebelum bertanding.

Peringkat akhir akan diadakan di Joy Division Padel (JOY2), Jalan Penchala, Petaling Jaya yang merupakan lokasi baharu dengan dua gelanggang bertaraf kejohanan. Para penonton dialu-alukan hadir, manakala peserta akan menerima hospitaliti eksklusif.

Kejohanan ini turut disokong oleh penaja rasmi seperti Tactical Padel, Glacéau Vitaminwater, dan Directors’ ThinkTank. Pendaftaran boleh dibuat di padel.volvocarmalaysia.com.

Auto Terkini Volvo Cars Malaysia (VCM) Volvo Padel Open 2025
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Audi Nuvolari Kereta Super Hibrid Pertama Audi, 1,001 PS Lebih 349km/j

    05/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Terima 2 Warna Baharu, Harga Mula RM18,484 Di Jepun

    05/06/2026
    Suspek nahas Simpang Renggam didakwa bawah Seksyen 302
    Auto Terkini

    Nahas Simpang Renggam: Suspek Direman Empat Hari Lagi, Kes Disiasat Bawah Seksyen 302

    05/06/2026
    BYD Atto 3 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    BYD Atto 3 2026 Lancar di Malaysia dalam Dua Varian, Harga Mula RM125,800

    05/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    By Abang Hirata04/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Honda ADV160 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM13,249

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: GIVI Lancar Tiga Topi Keledar Baharu, Harga Mula RM195

    By Syafie29/05/2026
    Aksesori

    #MBS2026: JADO SMART Rasmi Lancar JADO H1, JADO S6, Harga RM850, RM2,150

    By Syafie30/05/2026
    Roda2

    #MBS2026: Modenas Kawasaki Lancar Tiga Motosikal Baharu, Harga Mula RM35,600

    By Syafie29/05/2026
    Moto Morini C3 1/2 Sport dan Rumble 350 previu di Malaysia Bike Show (MBS) 2026 yang berlangsung di Tapak Ekspo Pertanian Serdang Malaysia (MAEPS), Selangor.
    Roda2

    #MBS2026: Moto Morini Rasmi Previu C3 1/2 Sport, Rumble 350 di Malaysia

    By Syafie03/06/2026
    Auto Terkini

    XPENG X9 Kini Lebih Berbaloi! Ganjaran Sehingga RM45,000 Sempena Program ‘MEGA X9 REWARDS’

    By Syafie04/06/2026
    Aksesori

    #MBS2026: KOMINE Lancar Koleksi 2026SS Di MBS, Fokus Keselamatan Penunggang

    By Shazwan Hisam04/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.