![]()
MODEL naked 250cc Malaysia kini ada pencabar baharu dengan kemunculan Morbidelli F252, yang tampil dengan gaya agresif serta pakej teknologi moden.
Dibawa masuk oleh Mforce Bike Holdings, model ini ditawarkan pada harga RM14,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Pilihan warna terdiri daripada Bulk Black dan Tundra White, sesuai untuk penunggang yang mahukan gaya ringkas tetapi garang.
Enjin 250cc Twin – 33.5 HP, 20 Nm

Morbidelli F252 dikuasakan enjin 249.5cc dua silinder DOHC 8-injap, menghasilkan 25.0 kW, bersamaan kira-kira 33.5 HP, bersama 20 Nm tork.
Kuasa disalurkan melalui transmisi 6-kelajuan dengan pacuan rantai, dipadankan dengan slipper clutch untuk penukaran gear lebih lancar dan stabil. Enjin ini turut dilengkapi sistem penyejukan cecair serta EFI bagi memastikan prestasi konsisten dan responsif.
Saiz Kompak, Sesuai Harian
Dari segi dimensi, F252 dibina dengan saiz yang kompak dan mudah dikawal.
- Panjang: 1,980 mm
- Jarak roda: 1,375 mm
- Tinggi tempat duduk: 790 mm
- Kelegaan tanah: 160 mm
- Berat: 170 kg
Setup ini menjadikannya sesuai untuk kegunaan harian serta tunggangan santai hujung minggu.
Keseimbangan Keselesaan. Bahagian depan menggunakan fork USD, manakala belakang dipadankan dengan monoshock Pro-Link dengan pelarasan pra-beban.

Untuk sistem brek, motosikal ini menggunakan cakera 300 mm depan dan 240 mm belakang, lengkap dengan ABS dua saluran untuk keselamatan tambahan.
Teknologi Moden – TFT, TCS, Ride Modes
Walaupun dalam segmen mampu milik, F252 hadir dengan ciri teknologi yang agak lengkap.
Antara yang ditawarkan:
- Paparan TFT 5 inci
- Traction Control System (TCS)
- ABS dua saluran
- 3 mod tunggangan: Standard, Sport, Expert
Ciri ini membolehkan penunggang menyesuaikan karakter motosikal mengikut gaya tunggangan dan keadaan jalan.

Connectivity, Ciri Tambahan
F252 turut menyokong sambungan moden seperti:
- Bluetooth connectivity
- Screen mirroring & navigasi
- Aplikasi Morbidelli
- USB Type-A & Type-C
Lampu pula full LED untuk semua sistem pencahayaan.
Tangki 15L – Praktikal Untuk Harian

Kapasiti tangki bahan api adalah 15 liter, cukup untuk kegunaan harian dan juga ride jarak sederhana. Gabungan enjin twin-cylinder dan ergonomik naked menjadikan model ini seimbang antara prestasi dan praktikaliti.
Harga Morbidelli F252 Malaysia
Morbidelli F252 ditawarkan pada harga RM14,888, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.
Setiap pembelian turut disertakan waranti dua tahun tanpa had perbatuan, memberikan ketenangan kepada pembeli.
Secara keseluruhan, F252 ini boleh dianggap sebagai pilihan menarik dalam segmen streetfighter 250cc — rupa agresif, spesifikasi lengkap dan harga masih dalam zon mampu milik.

























