Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Keeway RKR250 Masuk Malaysia – Sportbike 250cc Dari RM13,888
Roda2

Keeway RKR250 Masuk Malaysia – Sportbike 250cc Dari RM13,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam20/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEGMEN sportbike 250cc Malaysia kini ada pilihan baharu dengan kehadiran Keeway RKR250, yang tampil dengan pakej prestasi dan teknologi moden pada harga mampu milik.

Dibawa masuk ke pasaran tempatan selepas diperkenalkan di China tahun lalu, model ini ditawarkan pada harga RM13,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Untuk pilihan warna, tersedia Night Black dan Flame Red.

Enjin 250cc Twin

Keeway RKR250 dikuasakan enjin 249.3cc dua silinder DOHC 8-injap, menghasilkan 23.5 kW, bersamaan kira-kira 31.5 HP, bersama 22.5 Nm tork.

Kuasa dihantar melalui transmisi 6-kelajuan dengan pacuan rantai, memberikan karakter enjin yang lebih responsif pada RPM tinggi — sesuai untuk gaya tunggangan sporty. Turut dilengkapi sistem penyejukan cecair, EFI serta slipper clutch, membantu kestabilan ketika downshift agresif.

Ringan dan Lincah

 

Dengan berat hanya 130 kg, RKR250 jelas dibina untuk pengendalian yang mudah dan lincah.
Dimensi utama:

  • Panjang: 1,980 mm
  • Jarak roda: 1,380 mm
  • Tinggi tempat duduk: 770 mm
  • Kelegaan tanah: 148 mm

Gabungan ini menjadikan motosikal ini sesuai untuk penunggang baru dan juga mereka yang mahukan sportbike ringan untuk kegunaan harian.

Suspensi, Brek

Bahagian depan menggunakan fork teleskopik dengan travel 100 mm, manakala belakang dipadankan dengan monoshock boleh laras.

Sistem brek pula menggunakan cakera 320 mm depan (4-piston) dan 240 mm belakang (1-piston), lengkap dengan ABS dua saluran yang boleh ditutup.

Teknologi Lengkap Dalam Kelas

Untuk sebuah model bawah RM14k, RKR250 datang dengan ciri yang agak lengkap.

Antara yang ditawarkan:

  • Paparan TFT 5 inci
  • Traction Control (TCS) boleh nyahaktif
  • TPMS (monitor tekanan tayar)
  • USB Type-A & Type-C
  • Lampu pula full LED termasuk lampu hadapan, belakang dan signal.

Connectivity & Ciri Moden

RKR250 turut menyokong sambungan Bluetooth, dengan fungsi:

  • Notifikasi panggilan
  • Navigasi
  • Paparan skrin

Selain itu, terdapat integrasi aplikasi melalui Carbit Ride, memberikan pengalaman tunggangan yang lebih connected.

Tangki 12L, Sesuai Daily Ride

Kapasiti tangki bahan api adalah 12 liter, cukup untuk kegunaan harian dan ride hujung minggu.

Gabungan berat ringan dan enjin twin-cylinder menjadikan model ini antara pilihan menarik dalam segmen entry-level sportbike.

Harga Keeway RKR250 Malaysia

Keeway RKR250 ditawarkan pada harga RM13,888, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran. Setiap pembelian didatangkan dengan waranti dua tahun atau 20,000 km, mana yang tiba dahulu.

Secara keseluruhan, RKR250 ini nampak seperti pakej lengkap untuk mereka yang mahukan sportbike 250cc dengan rupa agresif, teknologi moden dan harga yang sukar ditandingi dalam kelasnya.

Benelli Keeway Motorcycles Sdn Bhd Keeway Motorcycle Keeway RKR250 MForce Bike Holding Sdn Bhd sportbike 250cc
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Roda2

    Pencabar Baru Naked 250cc – Morbidelli F252, Harga Mula RM14,888

    20/04/2026
    Roda2

    Morbidelli T252X Masuk Malaysia, 33.5 HP, 20 Nm, Dari RM16,888

    20/04/2026
    Tiga pasukan cub prix guna Voge FR150
    Malaysia Cub Prix

    #CubPrix2026: Voge FR150 Jadi Senjata Tiga Pasukan Musim 2026

    20/04/2026
    Roda2

    Moto Morini X-CAPE 1200 Rasmi Di Malaysia – Adventure Touring Premium Dari RM51,888

    17/04/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Roda2

    Aveta VS115 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM3,488!

    By Syafie14/04/2026
    Nissan Sakura 2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    EV Jepun Paling Laris, Nissan Sakura 2026 Diperkenal!

    By Abang Hirata13/04/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Honda CBR150R Stealth Edition 2026
    Roda2

    BSH Perkenal Honda CBR150R Stealth Black Edition 2026, Harga RM13,399

    By Shazwan Hisam17/04/2026
    Aveta Serra 125 2026
    Roda2

    Aveta Serra 125 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM5,088!

    By Syafie13/04/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    Bezza Pintas ‘King’ Proton Saga, Perodua Kekal Dominasi Jualan Mac 2026

    By Syafie10/04/2026
    Pakej aksesori Mitsubishi Xforce 2026
    Aksesori

    MMM Tawar Pakej Aksesori Mitsubishi Xforce 2026, Harga Mula RM700!

    By Syafie09/04/2026
    Jetour T2 RHD
    Auto Terkini

    Jetour T2 Catat Lebih 4,000 Unit Tempahan di Malaysia

    By Syafie17/04/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.