Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda2»Moto Morini X-CAPE 1200 Rasmi Di Malaysia – Adventure Touring Premium Dari RM51,888
Roda2

Moto Morini X-CAPE 1200 Rasmi Di Malaysia – Adventure Touring Premium Dari RM51,888

Shazwan HisamBy Shazwan Hisam17/04/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

SEGMEN adventure touring Malaysia makin panas dengan kehadiran Moto Morini X-CAPE 1200, yang kini rasmi dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Model ini sebelum ini diperkenalkan di China, dan kini dibawa masuk ke Malaysia oleh Mforce dengan harga RM51,888, tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Untuk pilihan warna, ada dua yang nampak premium — Vortex Red dan Stone Black.

Enjin V2 1,187cc – 127 HP, 106 Nm

Jantung utama X-CAPE 1200 ialah enjin V2 1,187cc DOHC 8-injap yang memang nampak serius atas kertas.
Ia menghasilkan 95 kW, bersamaan kira-kira 127 HP, bersama 106 Nm tork. Angka ini meletakkan model ini dalam kategori adventure touring berprestasi tinggi.

Kuasa disalurkan melalui transmisi 6-kelajuan dengan klac jenis slipper, memastikan pertukaran gear lebih lancar dan stabil, terutama ketika tunggangan agresif atau menuruni bukit.
Tangki bahan api pula besar — 24.5 liter, memang sesuai untuk long-distance touring tanpa perlu kerap singgah isi minyak.

Suspensi KYB, Brek Brembo

Dari segi casis, Moto Morini tidak main-main. Bahagian depan menggunakan fork USD KYB 48 mm dengan travel hampir 192 mm, dipadankan dengan monoshock belakang KYB yang boleh laras.

Untuk sistem brek, jenama Brembo digunakan — cakera berkembar 320 mm depan dengan kaliper 4-piston, dan cakera belakang 280 mm dengan kaliper 2-piston. Sistem ini turut dipadankan dengan ABS dua saluran yang boleh ditutup, satu kelebihan untuk penunggang yang suka off-road.

Saiz Besar, Sesuai Untuk Adventure Sebenar

Dari segi dimensi, X-CAPE 1200 memang nampak sebagai jentera pengembaraan sebenar.

  • Panjang: 2,250 mm
  • Jarak roda: 1,550 mm
  • Tinggi tempat duduk: 840 mm
  • Berat: 283 kg

Dipadankan dengan tayar 19 inci depan dan 17 inci belakang, serta rim jejari, model ini jelas dibina untuk gabungan jalan raya dan off-road ringan.

Teknologi Lengkap – Ride Modes, TCS, Cruise Control

Bab teknologi, ini antara highlight utama.

X-CAPE 1200 dilengkapi pelbagai sistem bantuan penunggang seperti:

  • 5 mod tunggangan: All-Terrain, Off-Road, Road, Sport, Wet
  • Traction Control (TCS) boleh laras
  • Cruise control
  • Quickshifter
  • TPMS (bacaan tekanan tayar)
  • Semua ini memberi fleksibiliti kepada penunggang untuk sesuaikan karakter motosikal ikut situasi — dari
  • highway sampai laluan tanah.

Ciri Premium: Heated Seat, Dashcam, Radar

Selain itu, Moto Morini turut masukkan beberapa ciri premium yang jarang ada dalam kelas harga ini:

  • Paparan TFT 7 inci
  • Bluetooth connectivity
  • USB Type-A & Type-C
  • Heated handlebar & heated seat
  • Adjustable windscreen
  • Front dashcam
  • Sistem radar amaran
  • Lampu pula full LED lengkap dengan DRL jenis spotlight untuk visibility yang lebih baik.

Kotak Simpanan Lengkap

Untuk kaki travel, model ini datang dengan set kotak penuh:

  • Side box kiri: 34L
  • Side box kanan: 25L
  • Top box: 39L

Memang cukup untuk bawa barang untuk perjalanan jarak jauh atau trip overland.

Harga Moto Morini X-CAPE 1200 Malaysia

Moto Morini X-CAPE 1200 ditawarkan pada harga RM51,888, tidak termasuk cukai jalan, insurans dan pendaftaran.

Setiap pembelian turut didatangkan dengan waranti dua tahun tanpa had perbatuan, satu nilai tambah yang menarik untuk pembeli dalam segmen ini.

adventure bike MForce Bike Holding Sdn Bhd Moto Morini Moto Morini X-Cape 1200
Shazwan Hisam

    Capai ketenangan dalam kelajuan, obses dengan sukan ekstrem dan seorang yang senang hafal jalan.

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    24/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.