Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Penangan ‘Mat Kilau’, Video Lama Rider Bersilat Selepas Dilanggar Tular Kembali
Auto Terkini

Penangan ‘Mat Kilau’, Video Lama Rider Bersilat Selepas Dilanggar Tular Kembali

FarahBy Farah27/06/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FILEM epik sejarah, ‘Mat Kilau’ arahan Syamsul Yusof yang baru ditayangkan beberapa hari lalu di pawagam nyata mendapat sambutan luar biasa dan hangat diperkatakan netizen media sosial.

Gara-gara penangan filem box-office itu,  sebuah video kemalangan lama seorang penunggang motosikal bersilat tiba-tiba selepas dilanggar sebuah kereta Perodua Alza kembali tular.

Dalam klip video itu, seorang penunggang motosikal didapati melanggar lampu isyarat merah hingga dirempuh sebuah Alza yang datang dari laluan kiri.

Impak rempuhan membuatkan penunggang tersebut terpelanting dan jatuh, tetapi mangsa kemudian terus bangun dan membuka langkah silat di tempat kejadian. Mangsa juga dilihat memegang kaki, dipercayai menahan sakit akibat cedera, sebelum sekali lagi bersilat di situ.

Sementara itu, datang seorang penunggang motosikal lain berhenti untuk membantu  menaikkan motosikal mangsa tanpa menghiraukan mangsa yang sedang bersilat.

Video tersebut sebenarnya dirakam Januari tahun lalu, tetapi kembali dikongsikan dek penangan filem Mat Kilau di pawagam.

Mat silap 😂,” kata Are C Are.

“Laki aku ajak tengok Mat kilau Jumaat nie naik ghisau pulak aku kang balik dok bersilat kat rumah 😆,” kata Ruslian Muhamad.

“Langsung jadi Mat Kilau??? biar betul atauuuuu… 😭😭😭Sakit tuuu… Moga memory tak lost,” kata Halimah.

Namun, ada juga netizen percaya mangsa mempunyai ilmu persilatan yang mana langkah silat dilakukannya itu adalah untuk merenggangkan saraf.

Apa pun, kita doakan sajalah abang rider kita berada dalam keadaan baik dan diharapkan kemalangan tersebut menjadi iktibar supaya jangan sesekali melanggar lampu isyarat.

BACA>>> Buah Kepala Jatuh Atas Kepala, Pembonceng Wanita Jatuh Tergolek
BACA>>> Maut Atas Bumbung Kereta

Auto Terkini mat kilau Penunggang Motosikal penunggang motosikal bersilat
Farah

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

    17/07/2026
    Auto Terkini

    Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

    16/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    16/07/2026
    Auto Terkini

    Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

    16/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Konsep kapal boleh terapung atas air
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

    By Shazwan Hisam09/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.