Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemilik X70 CBU Lancar Petisyen, Minta Proton Pasang But Elektrik Percuma
Auto Terkini

Pemilik X70 CBU Lancar Petisyen, Minta Proton Pasang But Elektrik Percuma

Han OthmanBy Han Othman13/02/20206 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TIDAK sampai 24 jam Proton melancarkan X70 versi pemasangan tempatan (CKD), semalam, seorang pemilik X70 versi import (CBU) melancarkan petisyen meminta pengeluar nasional itu memasangkan ciri but elektrik pada semua model CBU secara percuma.

Petisyen itu dikemukakan Razif Ngadenan menerusi laman web Change.org yang setakat artikel ini ditulis berjaya mengumpul 892 penyokong.

X70 CKD dilancarkan semalam dengan menampil beberapa pembaharuan minimal. Antaranya ialah lencana baharu, sistem transmisi 7DCT jenis dual-klac, tork dipertingkat, but elektrik dengan sensor kaki dan warna baharu Space Grey (kelabu kebiruan).

Menurut kenyataan Razif, Proton mendakwa sebarang pemasangan aksesori luar atau aftermarket untuk menaik taraf fungsi but sedia ada akan menyebabkan waranti terbatal. Jadi dia memintas Proton sendiri memasangkan ciri baharu tersebut untuk model CBU. Ia juga boleh dikira sebagai ganti rugi kepada harga model CKD yang lebih murah, tetapi dibekalkan ekstra ciri daripada Proton.

BACA  >>> #PanduUji: Proton X70 CKD dari Subang Jaya ke Kuantan, Apa Rasa Dapat Lenjan 7-DCT?
BACA >>> Proton X70 CKD Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM94,800!

Auto Terkini Change.org Petisyen Proton Proton X70 Razif Ngadenan Roda4
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

24/07/2026
Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
Auto Terkini

Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

24/07/2026
Auto Terkini

Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

24/07/2026
PHEV

OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

24/07/2026

6 Comments

  1. Abdullah Chik on 13/02/2020 16:42

    Saya setuju dan sokong untuk pemasangan percuma power booth pada kereta x 70 CBU oleh pihak Proton

    Reply
  2. Dicko on 13/02/2020 19:33

    What a stupid idea, isn’t it a norm CBU and CKD come in different specs? What a sour person…

    Reply
  3. MOKHTAR MOHAMED NOR on 13/02/2020 23:55

    Pemilik saga juga boleh buat petisyen kenapa saga baru lebih baik dan.murah drpd saga lama hahahahaha

    Reply
  4. Ajeh on 14/02/2020 00:39

    Sakit hati jugak woo.. model baru 2 tahun dah ada model ckd yang lagi canggih dan lagi murah. Memang patut la pemilik x70 cbu xpuas hati.

    Reply
  5. Norazlan on 14/02/2020 15:12

    Saya rasa pihak Proton patut pertimbangkan cadangan seperti apa yg saudara Razif cadangkan. Ini kerana ciri2 terbaru yg diberikan pada model CKD bagi saya agak ketara. Klu hanya ciri2 kosmetik mungkin tak terasa sgt pembeli CBU. Ini melibatkan mekanikal yg jauh lebih baik sedangkan model ini baru setahun dilancarkan. Cepat sgt. Pada sy pihak Proton perlu berikan penghargaan pada pembeli CBU kerana ada pembeli terawal yg sanggup ambil risiko utk beli model ni walaupun tak pasti lagi mcmmn prestasi/ketahanannya. Pihak Proton juga byk dpt manfaat dari maklumbalas pembeli/pengguna model CBU berkenaan isu2 dan masalah berkenaan model X70 ni. Jadi pihak Proton wajar beri sedikit penghargaan kerana kami pembeli2 CBU ini la secara tidak langsung mempopularkan model ni dan sedikit sebanyak menyumbang kepada prestasi cemerlang Proton.

    Reply
  6. ann on 16/02/2020 11:51

    sudah pasti spec CKD lebih tinggi berbanding CBU sebab proton nak maintain harga dan resale value utk x70 yg sedia ada. tu pun puak pembeli CBU xdpt nk tangkap. kalau proton ikut sebijik sama spec CKD dan CBU, sudah pasti boleh jual dgn harga RM70K – RM90K shj

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

By Han Othman20/07/2026
HEV

Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

By Abang Hirata15/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Auto Terkini

Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

By Abang Hirata20/07/2026
TnG perkenal Enhanced RFID
Auto Terkini

Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

By Shazwan Hisam22/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.