Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Proton X70 CKD Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM94,800!
Roda4

Proton X70 CKD Lancar! 10 Perkara Perlu Anda Tahu, Harga Bermula RM94,800!

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju12/02/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


PROTON mula memasang Proton X70 versi pemasangan termpatan (CKD), Disember lalu di kilang baharu Tanjung Malim, Perak  yang bernilai RM1.2 bilion.

Kini, selepas setahun X70 versi import penuh (CBU) di pasaran, model CKD rasmi dilancarkan ke pasaran tempatan dengan kemas kini signifikan dari segi mekanikal dan kemasan kabin. Apakah perubahan mekanikal dan ciri peralatan tambahan versi CKD ini?

BACA >>> Misteri Selesai! Proton X70 Rasmi Dilancarkan dengan Harga Bermula RM99,800

1. Ada empat pilihan varian ditawarkan dengan pengurangan harga hingga RM5,000. Varian paling premium dinamakan X70 Premium X 2WD, manakala varian Premium 2WD menggantikan Executive AWD. Tiada versi pacuan semua roda (AWD) untuk X70 CKD.

  • X70 Standard 2WD – RM94,800
  • X70 Executive – RM106,800
  • X70 Premium 2WD – RM119,800
  • X70 Premium X 2WD –  RM122,800

2. Masih mempertaruhkan enjin 1.8 TGDi berkuasa 182hp @ 5,500rpm. Bagaimanapun, angka tork dipertingkat daripada 285Nm @ 1,700-4,400rpm kepada 300Nm @ 1,750rpm.

Tambahan tork 15Nm disumbangkan penggunaan transmisi baharu, dual klac (DCT) jenis klac basah, 7DCT dengan ciri shift by wire menggantikan kotak gear lama, automatik 6-kelajuan. Pecutan 0-100kmj lebih pantas, mengambil masa 9.5 saat berbanding CBU (10.5 saat)

Transmisi baharu ini menawarkan 97 peratus kecekapan maksimum, meningkat 13 peratus dengan rekod 7.6 liter per 100km. Turut disertakan tiga mod pemanduan: Normal, Eco dan Sport dengan mod manual.

3. Rekabentuk luaran model CKD ini masih sama dengan CBU. Apa yang berbeza cuma lencana Proton baharu pada gril depan dan but belakang. But belakang juga kini dibekalkan ciri kuasa elektrik berserta sensor kaki dan fungsi antiperangkap. Ketinggian bukaan pintu but boleh dilaraskan 5-tahap.

BACA>>>Proton X70 CKD Akan Guna Transmisi 7DCT yang Lebih Lasak

4. Ruang kabin dilengkapkan kerusi depan dengan ciri pengudaraan dengan kelajuan kipas boleh laras 3-tahap. Operasi tetapan boleh dibuat menerusi skrin infotainment di konsol tengah papan pemuka.

Penyandar kerusi belakang boleh dilaraskan mengikut keselesaan antara 27º dan 32º. Kerusi belakang juga boleh dilipat secara 60:40 untuk mendapatkan ruang tambahan but.

5. Unit infotainment masih menawarkan sistem GKUI versi terdahulu. Teknologi infotainment itu menawarkan pengguna pelbagai fungsi pengguna menerusi aplikasi, termasuk pilihan untuk konektiviti dalam kereta menerusi peranti mobil. Dimuatkan kad eSIM terbina dalam, GKUI didatangkan dengan 5 aplikasi yang menawarkan servis:

  • Radio atas talian
  • Muzik atas talian
  • Navigasi
  • Ramalan cuaca
  • Pengecaman suara

BACA >>> GKUI19: Sistem Infotainment Pintar Paling Pantas Ini Mungkin Ada untuk Proton X70 CKD?

6. Versi Standard didatangkan dengan rim aloi 17 inci bersama tayar bersaiz 225/65, manakala varian Executive (rim 18 inci, tayar 225/60) dan Premium (rim 19 inci, 225/55). Sistem suspensi X70 menggunakan absorber strut Macpherson di depan dan multi-link dengan stabiliser (belakang).

7. X70 CKD ini dipadukan dengan ciri keselamatan pemanduan semi autonomi menerusi teknologi ADAS , termasuk ciri standard seperti 6 beg udara, Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Agihan Brek Elektronik (EBD) dan Bantuan Brek (BA), Brek Pegun Automatik (ABH), Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Sistem Kawalan Traksi (TCS), Bantuan Pegun Bukit (HHA), Kawalan Turun Bukit (HDC), dan Signal Henti Kecemasan (ESS).

8. Berikut ciri setiap varian X70 versi CKD:

9. Ada lima warna pilihan ditawarkan, termasuk satu warna baharu:

  • Snow White (putih)
  • Armour Silver (perak)
  • Jet Grey (kelabu)
  • Ruby Red (merah)
  • Cinnamon Brown (coklat)
  • Space Grey (kelabu) – warna baharu!

10. Setiap pembelian X70 versi CKD ini dipakejkan bersama waranti lima tahun tanpa had perbatuan.

GALERI
2019 proton x70 Auto Terkini harga proton x70 ckd Proton Proton X70 Proton X70 (2020) proton x70 ckd Roda4 Transmisi 7DCT Proton
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    19/06/2026
    Auto Terkini

    Tukar Minyak Enjin Pun Boleh Dapat Perlindungan? Ini Yang Ditawarkan Automaster Care

    19/06/2026
    Kenderaan Elektrik (EV)

    #KLIMS2026: Zeekr 009 Grand – MPV EV Ultra Mewah, Harga Anggaran RM600K

    18/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Honda Prelude Baharu Akhirnya Di Malaysia – Casis Type R, Harga RM278,000

    18/06/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Geely Sapu Bersih, Menang 3 Perlumbaan TCR di Sepanyol!

    By Abang Hirata16/06/2026
    Auto Terkini

    Perodua Turunkan Harga QV-E, Kini Bermula RM63,499 dengan Pakej BAAS

    By Syafie15/06/2026
    PHEV

    #KLIMS2026: Jetour T2 I-DM Dibuka untuk Tempahan di Malaysia, Harga Anggaran RM168,888

    By Syafie12/06/2026
    Mforce lancar tiga model Morbidelli baharu - C252V, SC200SR dan Vizy 125
    Roda2

    #MBS2026: Mforce Lancar Tiga Model Morbidelli Baharu – C252V, SC200SR dan Vizy 125, Harga Mula RM4,988

    By Syafie09/06/2026
    Roda2

    #MBS2026: Cyclone Lancar Dua Skuter Baharu – RT25 dan RT5, Harga Mula RM13,888

    By Syafie09/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026 Nissan X-Trail e-Power e-4ORCE Facelift Sah Tiba Di Malaysia Suku Keempat 2026

    By Shazwan Hisam12/06/2026
    Roda2

    Yamaha XMAX ABS 2026 Jepun Terima Dua Warna Baharu, Harga 737k Yen (RM18.4k)

    By Abang Hirata08/06/2026
    Roda4

    #KLIMS2026: Mazda CX-5 Serba Baharu Previu di Malaysia, Kini Dibuka untuk Tempahan!

    By Syafie15/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.