Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Autotainment»Pemilik Volvo 3 Juta Batu Ini Dedahkan 10 Rahsia Panjangkan Hayat Kereta
Autotainment

Pemilik Volvo 3 Juta Batu Ini Dedahkan 10 Rahsia Panjangkan Hayat Kereta

Han OthmanBy Han Othman20/04/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


IRV Gordon dari New York, Amerika Syarikat ialah tuan punya Volvo 1800 yang mencatatkan Rekod Dunia Guinness sebagai pemilik kereta dengan perbatuan paling tinggi, iaitu 3 juta batu (4.8 juta km)! Gordon berkata, dia memandu keretanya itu sejak 1966 dengan menjelajah seluruh AS, termasuk Kanada, Mexico dan Eropah.

Pada 1987, kereta Gordon mencatatkan perbatuan 1 juta batu. Selepas 11 tahun berlalu, yakni pada 1998, kereta beliau diiktiraf Guinness World Records sebagai kenderaan bukan komersial dengan pemilik asal yang mencatatkan perbatuan tertinggi di dunia, iaitu 1.69 juta batu.

Gordon terus memandu. Pada 2002, Volvo miliknya itu mencecah 2 juta batu perjalanan dan akhirnya, pada September 2013, kereta Gordon merekodkan catatan perbatuan lebih 3 juta batu yang menyamai 120 kali pusingan planet Bumi!

Apakah rahsia Gordon menjaga keretanya? Mari kita baca tip mudah penyenggaraan yang dikongsi lelaki ini:

1. Mulakan dengan kereta yang anda betul-betul suka.
“Jika anda tidak suka kereta anda, anda tidak akan pergi jauh.”

2. Tukar minyak dan penapis setiap tahun atau setiap 10,000 batu (16,000km), yang mana satu sampai dulu.
“Jika ada satu aktiviti penyenggaraan yang akan melanjutkan hayat enjin kereta anda, inilah ia.”

3. Guna alat ganti pengeluar.
“Inilah (alat ganti) paling sesuai dengan kereta anda. Saya percaya menjaga Volvo ialah menjadikan ia Volvo.”

4. Guna satu jenama minyak.
“Ini akan menjamin kualiti seragam.”

5. Peruntukkan masa beberapa minit dalam seminggu untuk memeriksa bawah bonet.
“Malah, pemilik kereta paling susah tentang hal mekanikal juga dapat tahu dengan melihat paras bendalir yang kurang atau tali sawat dan hos yang lusuh.”

6. Cuci kereta anda selalu.
“Kereta bersih memberikan anda peluang terbaik untuk melihat luka atau calar kecil.”

7. Gilap kereta anda sekurang-kurangnya dua kali setahun.
“Ini memberikan tahap perlindungan lebih baik terhadap pengoksidaan (punca karat dan warna luntur).”

8. Jalinkan hubungan baik dengan pengedar dan mekanik.
“Kedua-dua teman anda itu ialah rakan jangka masa panjang.”

9. Gunakan petrol di steses minyak yang sibuk.
“Tanpa trafik teruk, petrol tersimpan dalam jangka masa lama dan boleh ternyah gred mengikut masa.”

10. Apabila kereta anda mula menghasilkan bunyi lucu, jangan abaikan.
“Semakin lama anda tunggu, semakin besar potensi untuk rosak.”

SUMBER: Telegraph.co.uk

autotainment Irv Gordon kereta paling jauh bergerak rekod dunia Guinness World of Records tip automobil tip senggara kereta Volvo 1800
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

09/07/2026
Ambulans di jalan raya Malaysia dan Efek Doppler
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Kenapa Bunyi Siren Ambulans Berubah Nada?

09/07/2026
Malaysia bakal jadi hab EV Asean
Sembang Deras

#SembangDeras: Malaysia Bakal Jadi Hab EV Asean Seterusnya, Bukan Sekadar Pasaran Import Lagi?

08/07/2026
Autotainment

Protected: Pemilik Diesel, Jangan Rugi: Isi BUDI Diesel dengan eCard Pun Boleh Dapat Mata Ganjaran!

07/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Toyota Corolla Cross 2027
Roda4

Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

By Abang Hirata04/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Roda2

Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

By Shazwan Hisam03/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.