Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pemandu Lamborghini Warga China Ada Lesen Memandu, Mahu Dakwa Penyebar Berita Palsu
Auto Terkini

Pemandu Lamborghini Warga China Ada Lesen Memandu, Mahu Dakwa Penyebar Berita Palsu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju11/04/2025
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

INDIVIDU warga China yang dikatakan pemandu kereta sport mewah Lamborghini yang ditahan dalam sekatan jalan raya di Bangsar, Kuala Lumpur tampil menceritakan kisah daripada pihaknya.

Kenyataan suspek dilaporkan media utama seperti Sinar Harian dan Free Malaysia Todaysemalam. Sebelum ini, beberapa media melaporkan JPJ menyita Lamborghini itu untuk tindakan lanjut dan mengeluarkan saman ke atas pemandunya.

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kemudian memperbetulkan kenyataan dengan menjelaskan kereta sport mewah itu tidak disita dalam Ops Khas Bersepadu Hari Raya Aidilfitri 2025, tetapi pemandu dikenakan saman.

INI PENJELASAN DENG SHENG

Warga China itu, dikenali sebagai Deng Sheng, 28, mendakwa TIDAK ditahan, ADA lesen memandu dan Lamborghini miliknya TIDAK disita.

Malah dia menegaskan memiliki lesen memandu antarabangsa sah, tetapi tidak dapat mengemukakan lesen tersebut ketiks ditahan dalam operasi JPJ itu.

Memetik laporan Sinar Harian, Deng Sheng berkata;

Saya ingin memberi respons terhadap berita palsu yang tular semalam yang dikongsi beberapa media dan di media sosial.

“Mereka mengatakan saya ditahan dan kereta Lamborghini saya disita JPJ kerana saya tiada lesen memandu. Ini tidak benar.”

“Saya dikenakan saman kerana tidak bawa permit tersebut dan selepas itu saya dibenarkan untuk meneruskan perjalanan. Saya tidak pernah ditahan dan kereta saya tidak disita.

“Malangnya, berita palsu ini menimbulkan banyak masalah kepada saya. Ini menjejaskan reputasi, perniagaan dan kehidupan peribadi saya.

“Ramai orang hubungi saya tanpa henti untuk bertanya perkara ini. Beberapa media juga secara salah menggelarkan saya sebagai ‘influencer’ media sosial, sedangkan saya bukan.”

Dia juga menjelaskan pegawai JPJ bersikap mesra dan profesional sepanjang masa dan dia menerima layanan adil. Namun media dan pihak lain dikatakan menyebarkan maklumat tidak benar yang menyebabkan dia tertekan dan nama baiknya tercalar.

Deng Sheng berkata;

Saya berhak mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang mencemarkan nama dan reputasi saya. Tolong hentikan penyebaran berita palsu. Marilah kita hormat kebenaran.”

Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

    09/07/2026
    Auto Terkini

    BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

    09/07/2026
    Auto Terkini

    Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

    08/07/2026
    Auto Terkini

    BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

    08/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    ARC XRS x Star Wars
    Aksesori

    Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

    By Syafie08/07/2026
    Roda2

    Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

    By Shazwan Hisam07/07/2026
    Toyota Corolla Cross 2027
    Roda4

    Toyota Corolla Cross 2027 untuk Jepun dengan Edisi Khas Z Adventure Sempena Aniversari 60 Tahun

    By Abang Hirata04/07/2026
    Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

    By Abang Hirata06/07/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    Geely siar imej acah Geely Preface L90
    Auto Terkini

    Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

    By Han Othman07/07/2026
    ZXMoto 820RR-R 2027
    Roda2

    ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

    By Shazwan Hisam08/07/2026
    Roda2

    Honda CBR650R, CB650R E-Clutch Terima Warna Baharu Untuk 2027

    By Shazwan Hisam03/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my ยท GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.