Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Peluang Bawa Kereta Perodua Main Trek Sepang!
Auto Terkini

Peluang Bawa Kereta Perodua Main Trek Sepang!

Han OthmanBy Han Othman13/11/2019
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JANGAN lepaskan peluang menyaksikan perlumbaan enduran K-Car Global 24H di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 16 November ini, bermula jam 8 pagi.

Ada satu lagi berita baik khas buat pemilik kereta Perodua!

Pada hari acara tersebut, anda juga berpeluang menikmati aktiviti eksklusif disediakan, iaitu memandu di trek Sepang sebenar selain merasai kemudahan Perodua dengan bayaran RM10* sahaja. Menarik!

* Tertakluk terma dan syarat

BAGAIMANA TURUT SERTA?

  1. Daftar dan log masuk ke akaun UFirst di www.UFirst.com.my/app atau laman web UFirst.
  2. Pergi ke ‘Redemption’ dan klik pada K-Car Global 2019 – Sepang 24H Endurance.
  3. Pilih opsyen penyertaan anda (bilangan penumpang), dan masukkan nombor pendaftaran kereta anda dan butiran peserta, nama dan umur dalam kolum ‘Remark’ semasa semak keluar (checkout).
  4. Teruskan ke bahagian pembayaran menerusi e-bayar UFirst (kad debit dan perbankan online sahaja)
  5. Sebarang pertanyaan boleh e-mel kepada UFirst@Perodua.com.my atau hubungi 03-6092 8888 sambungan 5433/3661.

TERMA DAN SYARAT

  • Terbuka kepada warganegara Malaysia sahaja.
  • Setiap penyertaan terhad untuk satu (1) hingga lima (5) peserta sahaja yang memandu kenderaan Perodua.
  • Pemandu mesti bawa kereta Perodua semasa acara berlangsung. Hanya kereta yang disahkan Perodua dan K-Car Global (Malaysia) dibenarkan digunakan.
  • Seorang atau salah seorang peserta mesti ada lesen memandu sah.
  • Minimum umur 18 tahun ke atas. Jika bawah umur mesti ada ibu bapa dan penjaga sah yang ikut sekali.
  • Pemandu mesti berdaftar sebagai ahli UFirst (Perodua Loyalty Program), dan lengkapkan proses pendaftaran menerusi menu UFirst Redemption (laman web UFirst).
  • Pendaftaran ditutup pada 15.11.2019, jam 3 petang.
  • Yuran pendaftaran RM20 perlu dibayar sama ada secara tunai RM10 + tebus 1,000 UKoin (mata UFirst); ATAU tebus 10,000 mata UKoin per kereta.
  • Terhad kepada 100 peserta/pasukan sahaja, siapa cepat dia dapat.
  • Atas keselatamatan, HANYA pemandu dan seorang (1) dewasa/penumpang daripada setiap peserta/pasukan (dengan minimum umur 16 tahun) dibenarkan untuk aktiviti memandu di Litar Sepang (2 peserta sahaja)
  • Pemandu dan penumpang perlu pakai kasut sukan bertutup penuh dan helmet patuh SIRIM. Helmet dan kasut tidak disediakan.
  • Setiap peserta/pasukan akan diberikan satu (1) hidangan sarapan dan (1) makanan tengah hari setiap peserta.
  • Semua peserta/pasukan perlu ikut dan patuh kepada peraturan keselamatan memandu seperti dijelaskan penganjur dan pihak berkuasa keselamatan jalan raya yang terlibat.
  • Perodua tidak bertanggungjawab atas sebarang kecederaan dan kehilangan akibat kegagalan peserta mengikuti dan mematuhi peraturan.

Lagi terma dan syarat boleh dibaca di pautan ini: ufirst.com.my.

Auto Terkini K-Car Global 2019 K-Car Global 24H Litar Antarabangsa Sepang (SIC) perlumbaan enduran Perodua SIC UFirst
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Anthony Loke Siew Fook arah JPJ saman petugas kempen PRN Johor tidak pakai helmet
Auto Terkini

Anthony Loke Arah JPJ Saman Petugas PH, Termasuk DAP Tak Pakai Helmet di PRN Johor

10/07/2026
Auto Terkini

Aeronas – Syarikat Tempatan Yang Mampu Bina Pesawat

09/07/2026
Auto Terkini

BMW iX3 dan ZEEKR 7GT Raih 5 Bintang Ujian Baharu Euro NCAP Yang Lebih Ketat!

09/07/2026
Auto Terkini

Jurujual Mengaku Bersalah Tetak Penunggang Motosikal Dipenjara 10 Tahun, 2 Sebatan

08/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Geely siar imej acah Geely Preface L90
Auto Terkini

Imej Acah Sedan Segmen-D, Geely Preface L90 2027 Didedah dengan LiDAR, Pilihan Enjin Hibrid

By Han Othman07/07/2026
Yamaha GearEV dan Yamaha News GearEV 2027
Kenderaan Elektrik (EV)

Yamaha GearEV, News GearEV 2027 – Skuter EV untuk Penghantaran Jarak 100km

By Abang Hirata06/07/2026
Nissan Tekton 2027
Roda4

SUV Segmen-C, Nissan Tekton 2027 Lancar di India dengan Enjin 1.0L Turbo, 1.3L Turbo

By Abang Hirata10/07/2026
Auto Terkini

BMW 7 Series Protection Diguna PMX Bukan Kereta Rasmi Baharu Tapi Aset Sedia Ada Kerajaan

By Syafie08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.