Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pelan Transformasi: Pengeluaran Nissan di Asean Akan Tumpu di Thailand
Auto Terkini

Pelan Transformasi: Pengeluaran Nissan di Asean Akan Tumpu di Thailand

Abang HirataBy Abang Hirata01/06/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN pelan perniagaan baharu Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi yang baru diumumkan, Nissan turut mempunyai perancangan sendiri untuk masa depan.

Rancangan empat tahun itu dibuat bagi mencapai pertumbuhan mampan, kestabilan kewangan dan keuntungan menjelang akhir tahun fiskal 2023. Ia melibatkan rasionalisasi kos dan pengoptimuman perniagaan yang mana operasi dan kapasiti dikaji semula, termasuk mengurangkan kos tetap.

BACA >>> #BikinKereta: Nissan Silvia S13 dengan Enjin NA RB25, Kemasan Denim Betty Smith

RASIONALISASI PERNIAGAAN, TUMPU PRODUK TERAS

Nissan akan mengutamakan dan melabur dalam bidang perniagaan yang dijangka dapat memberikan pemulihan kukuh dan perkembangan mampan.

Melalui pelaksanaan perancangan itu, Nissan menjangka mencapai 5 peratus margin keuntungan operasi dan pegangan pasaran global mampan sebanyak 6 peratus menjelang akhir tahun fiskal 2023, termasuk sumbangan daripada 50 peratus ekuiti kerjasama di China.

BACA >>> Pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi Akan Guna Model Perniagaan Baharu

Berbanding strategi pengembangan jualan agresif atau berlebihan sebelum ini, Nissan mahu melangkah dengan perrtumbuhan seimbang. Pelan empat tahun itu menumpukan kepada dua bidang strategik seperti berikut:

1. Rasionalisasi: Susun Semula, Kurangkan kos dan Tingkatkan Kecekapan

  • Menyusun semula saiz pengeluaran (right-sizing) sebanyak 20 peratus kepada 5.4 juta unit setahun berdasarkan operasi syif standard.
  • Mencapai kadar penggunaan kilang melebihi 80 peratus dan menjadikan operasi lebih menguntungkan.
  • Rasionalisasi barisan produk global sebanyak 20 peratus (daripada 69 hingga kurang 55 model).
  • Mengurangkan kos tetap sekitar 300 bilion yen.
  • Bercadang menutup kilang Barcelona, Sepanyol di Eropah Barat.
  • Mengukuhkan pengeluaran di Amerika Utara (model teras).
  • Menutup kilang pembuatan di Indonesia dan menumpukan perhatian di Thailand sebagai pangkalan pengeluaran tunggal di Asean.
  • Rakan Pakatan berkongsi sumber, termasuk pengeluaran, model dan teknologi.

2. Utamakan Pasaran, Produk Teras

  • Menumpukan operasi teras Nissan di pasaran Jepun, China dan Amerika Utara.
  • Memanfaatkan aset Pakatan bagi mengekalkan perniagaan Nissan pada tahap operasi sesuai di Amerika Selatan, Asean dan Eropah.
  • Keluar dari Korea Selatan, perniagaan Datsun di Rusia dan memperkemaskan operasi di beberapa pasaran di Asean.
  • Menumpukan segmen model teras global ,seperti kenderaan segmen-C dan -D yang dipertingkat, kenderaan elektrik (EV) dan kereta sport.
  • Memperkenalkan 12 model dalam 18 bulan akan datang.
  • Mengembangkan kehadiran EV dan kereta dikuasakan motor elektrik, termasuk model e-POWER. Lebih 1 juta unit kenderaan elektrifkasi dijangka dikeluarkan dalam setahun pada akhir tahun fiskal 2023.
  • Melancarkan dua lagi model EV dan empat model e-POWE, termasuk meningkatkan nisbah elektrifikasi kepada 60 peratus jualan di Jepun.
  • Memperkenalkan sistem bantuan pemandu canggih ProPILOT untuk lebih 20 model di 20 pasaran dan mensasarkan lebih 1.5 juta unit kenderaan dilengkapi sistem tersebut setiap tahun menjelang akhir tahun fiskal 2023.

FASILITI ASEAN TUMPU DI THAILAND?

Dari pelan tindakan tersebut, Nissan bakal menutup kilang di Indonesia, keluar dari Korea Selatan dan sebagainya, tetapi itu sebahagian rasionalisasi syarikat. Apa harus diberikan perhatian, Nissan terus mahu mengeluarkan model sport yang menunjukkan betapa penting produk itu walaupun pasaran global kecil.

Pengumuman kilang di Thailand sebagai pangkalan pengeluaran tunggal di Asean juga membuat kami tertanya mengenai kilang pemasangan milik Edaran Tan Chong Motor (ETCM) di Serendah dan Segambut.

Adakah terus dikekalkan kerana kilang tersebut adalah milik Tan Chong dan bukan Nissan, termasuk kemudahan sedia ada untuk memasang model rakan Pakatan, iaitu Mitsubishi. Fasiliti pengeluaran milik ETCM turut memasang kenderaan Subaru dan Renault.

BACA >>> 11 Fakta Pantas: Nissan Kicks e-POWER Lancar di Thailand, Harga Mula RM120k

Auto Terkini Nissan Nissan Motor Transformasi Thailand
Abang Hirata

    Artikel Berkaitan

    Roda4

    BMW M3 Touring Competition M xDrive Rasmi Tiba di Malaysia, Wagon M Pertama, Harga RM898,800

    23/07/2026
    Roda4

    BMW M2 CS Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

    23/07/2026
    Aksesori

    #TahukahAnda: Rahsia Di Sebalik Warna Kaliper Brek Nissan – Apa Maksud Merah, Kuning, Emas dan Perak?

    23/07/2026
    Roda4

    BMW 218 Gran Coupe M Sport CKD Rasmi Lancar di Malaysia, 50 Unit Sahaja, Harga Mula RM192,800

    23/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.