Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30
Auto Terkini

Pek Bateri Panas Lampau, Volvo Thailand Panggil Balik 1,668 Unit EX30

Han OthmanBy Han Othman04/03/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

Volvo panggil balik Vovlvo EX30, masalah bateri overheating.

VOLVO Car Thailand (VCT) memanggil balik 1,668 unit Volvo EX30 di negara itu  berikutan risiko panas lampau (overheating) pada pek bateri.

Pengumuman itu adalah sebahagian daripada lebih 40,000 unit Volvo EX30 global yang terpaksa dipanggil balik disebabkan masalah sama.

Menurut VCT, langkah tersebut diambil sebagai tindakan bertanggungjawab bagi menangani potensi isu keselamatan berkaitan bateri yang dikilangkan di China.

Pemilik Diminta Hadkan Cas 70 Peratus Sementara Waktu

Volvo EX30
Volvo EX30 dilancarkan di Thailand pada April 2024

Pengarah Urusan Volvo Thailand dan Malaysia, Chris Wailes berkata, pelanggan sudah dimaklumkan melalui e-mel dan aplikasi Line.

Sebagai langkah pencegahan sementara, pemilik disarankan:

  • Mengehadkan pengecasan sehingga 70 peratus kapasiti bateri
  • Menunggu arahan lanjut mengenai penukaran pek bateri

Volvo turut memaklumkan, pek bateri baharu sedang dihasilkan untuk menggantikan unit berisiko, tetapi tempoh masa penggantian tidak dinyatakan secara terperinci.

Model terjejas ialah kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak, Volvo EX30, yang mana dipasang bateri dipadang dari fasiliti Volvo di China.

Impak Global – Australia, Brazil dan AS Turut Terlibat

Volvo EX30
Volvo EX30

Selain Thailand, panggilan balik Volvo EX30 turut melibatkan pasaran lain seperti Australia, Brazil dan Amerika Syarikat (AS).

Sebagai rekod, Volvo Cars yang beribu pejabat di Gothenburg, Sweden, kini dimiliki konglomerat China, Zhejiang Geely Holding Group.

Cabaran Pasaran Thailand, Unjuran 2026

Pek bateri Volvo EX30 66kWh
Volvo showroom Pattaya, Thailand

Pada masa sama, Volvo mengakui industri automotif Thailand berdepan tekanan akibat:

  • Hutang isi rumah tinggi
  • Pertumbuhan ekonomi perlahan
  • Kuasa beli lemah
  • Persaingan sengit

Volvo menjangka pasaran kekal mendatar bagi separuh pertama 2026, sebelum berpotensi pulih susulan langkah rangsangan ekonomi Kerajaan baharu.

Juster syarikat menyasarkan:

  • Pertumbuhan 4 peratus jualan kereta baharu
  • Kenaikan 5 peratus jualan kereta terpakai menerusi program Volvo Selekt

Prestasi, Perkembangan Model Lain

Logo Volvo

Walaupun segmen kenderaan premium enjin pembakaran dalaman (ICE) menyusut sekitar 10 peratus tahun lalu, Volvo mengekalkan 9 peratus pegangan pasaran.

Pada 2025 pula, Volvo menguasai sekitar 20 peratus segmen elektrik bateri (BEV), sekali gus mengukuhkan kedudukan jenama dalam mobiliti elektrik premium.

Baru-baru ini juga, Volvo menawarkan naik taraf komputer teras percuma untuk pemilik Volvo EX90, dan merancang memperkenalkan lebih banyak sub-varian model tersebut.

Panggilan balik Volvo EX30 memberi sedikit tekanan kepada imej Volvo dalam segmen EV, tetapi pendekatan proaktif dan penukaran bateri sepenuhnya menunjukkan komitmen berterusan jenama itu terhadap keselamatan dan kualiti.

Bagi pasaran Malaysia, tiada pengumuman rasmi dibuat setakat ini, tetapi memandangkan operasi rantau dikendalikan pengurusan sama, perkembangan lanjut dijangka akan diumumkan jika terdapat unit terlibat.

Auto Terkini Bateri Overheating EV Kenderaan Elektrik (EV) Pek Bateri Overheating Pek Bateri Panas Lampau Volvo Car Thailand Volvo Cars Volvo EX30
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Auto Terkini

Rezeki Bermula Sebotol Air, Dua Pembeli Raih Hadiah Utama Tunai RM135,000

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.