Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Pedrosa Bersara! Akui Tidak Mampu Lagi Berlumba Sehebat Dulu
Auto Terkini

Pedrosa Bersara! Akui Tidak Mampu Lagi Berlumba Sehebat Dulu

Han OthmanBy Han Othman13/07/2018
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SALAH seorang pelumba paling berjaya dalam kancah MotoGP, Dani Pedrosa akhirnya mengumumkan persaraannya dalam kejuaraan motosikal paling berprestij di muka Bumi ini sebaik saja tamat saingan musim ini.

Pedrosa (Repsol Honda Team) mengumumkan hasrat itu semalam pada jam 4 petang waktu Jerman menjelang GP Jerman hujung minggu ini, sekali gus menamatkan spekulasi tentang masa depannya yang sebelum ini dikaitkan dengan banyak pasukan, termasuk Yamaha SIC dari Malaysia.

Sepanjang 18 tahun pengalaman, Pedrosa ialah pelumba ketiga paling kerap menjejak kaki atas podium dengan 54 kali kemenangan dan tiga kali mengecap gelaran juara dunia.

BACA >>> #MotoGP: SIC Sukar Penuhi Permintaan, Pedrosa Mungkin Bersara?

“Tahun depan aku tak akan bersaing lagi dalam kejuaraan ini. Aku akan habiskan karier dalam MotoGP musim ini. Inilah keputusan yang aku sudah fikir lama, dan ini keputusan yang sukar sebab aku cintakan sukan ini. Tapi, walaupun ada peluang untuk terus berlumba, aku rasa seperti aku tidak berlumba dengan intensiti yang sama seperti sebelum ini dan sekarang aku ada keutamaan lain dalam hidup.

“Aku mahu katakan betapa beruntungnya aku dapat merasai pengalaman dan peluang ini dalam hidup, ia hidup yang menakjubkan untuk berlumba buat pasukan penting dan di depan semua peminat.

“Aku dapat lebih daripada apa yang aku jangka dan aku sangat, sangat bangga dengan apa aku buat dalam sukan ini. Aku penuhi impian aku untuk jadi pelumba dan itu sesuatu yang aku tak jangka ketika masih budak yang sedang menonton TV, menyaksikan pelumba Kejuaraan Dunia.

BACA >>> #Videotomotif: Marc Marquez dan Dani Pedrosa Kantoi Jadi Cikgu Matematik

“Aku mahu ambil masa ini untuk ucapkan terima kasih kepada Dorna dan Honda kerana berikan aku peluang kembali pada 1999, dan kepada semua penaja yang bersama aku sepanjang karier. Aku juga nak ucap terima kasih kepada keluarga dan semua peminat yang sokong aku dalam susah dan senang, yang membantu memberikan mesej kepada aku untuk bangkit melawan kesusahan pada masa lalu,” ujar Pedrosa dalam keadaan yang sangat sebak dan penuh kepiluan. Dari kejauhan, kelihatan adinda senegara, Marc Marquez sedang mengesat air mata di sebalik tiang.

#ThankYouDani 🏁 // @26_danipedrosa will hang up his leathers at the end of the 2018 season! You can’t argue with those numbers and there’s still time to add to them! What is your favourite moment from #DP26’s career? #MotoGP #Racing #Legend #Motorsport

A post shared by MotoGP (@motogp) on Jul 12, 2018 at 7:21am PDT

* Fakta ialah benar tetapi ditokok tambah di bahagian akhir cerita untuk menyedapkan rasa. Membacalah dengan akal fikiran dan emosi yang berjiwa motorsport. Harap maklum.

Dani Pedrosa Dani Pedrosa Bersara MotoGP sukan permotoran
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

LaLaport BBCC Lancar Hab Pengangkutan Baharu, Mudahkan Perjalanan Pelancong

17/07/2026
Auto Terkini

Lamborghini Temerario Ad Personam, 2 Model Khas Sekaligus, Gabung Prestasi Hibrid dan Fesyen Itali

16/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

16/07/2026
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

16/07/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Modenas Elegan 240X 2026
Roda2

Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

By Shazwan Hisam16/07/2026
ARC XRS x Star Wars
Aksesori

Helmet Edisi Istimewa ARC XRS x Star Wars Rasmi Jual, Harga Mula RM135!

By Syafie08/07/2026
Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
Roda4

Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

By Shazwan Hisam15/07/2026
Modenas perkenal Program Z1GT Care
Auto Terkini

Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

By Shazwan Hisam16/07/2026
Roda2

Warna Baru Yamaha Ysuku, Y15ZR SE Sudah Tiba, Harga Bermula RM8,998

By Shazwan Hisam07/07/2026
Konsep kapal boleh terapung atas air
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Bagaimanakah Kapal Boleh Terapung Atas Air Walaupun Berat Beribu Tan?

By Shazwan Hisam09/07/2026
ZXMoto 820RR-R 2027
Roda2

ZXMoto 820RR-R 2027 Lancar di China, Penunggang Baharu Dilarang Beli!

By Shazwan Hisam08/07/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.