Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»PCPO: Pelanggan Kini Boleh Beli Kereta Terpakai Proton di Pusat Jualan Proton
Auto Terkini

PCPO: Pelanggan Kini Boleh Beli Kereta Terpakai Proton di Pusat Jualan Proton

Han OthmanBy Han Othman29/07/20201 Comment
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


MENURUT laporan Persatuan Automotif Malaysia (MAA), permintaan jualan kereta terpakai meningkat 100 peratus dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, terutama sepanjang pasca krisis Covid-19 yang kini memasuki fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Proton turut melihat jualan kereta terpakai sebagai sebahagian strategi penting. Justeru divisyen Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) Proton diperkenalkan pada 2019 bagi melancarkan jualan dan pengedaran kereta terpakai, sekali gus meningkatkan jualan kereta baharu.

Projek awal UCM Proton terdiri daripada lapan Pusat Jualan di beberapa lokasi pengedar. Pada beberapa bulan awal, ia digunakan untuk menetapkan prosedur operasi dan melatih pemeriksa kereta terpakai yang akan menguruskan transaksi di setiap pusat jualan.

Tahun ini, Proton mensasarkan mewujudkan operasi UCM di 36 cawangan Pusat 3S atau 4S Proton seluruh negara.

BACA >>> Proton Saga Cecah Usia 35 Tahun, Sudah Terjual 1.8 Juta Unit!

Logo Proton

Ketua UCM Proton, Brian Cheah (foto atas) berkata, pertumbuhan jualan Proton dijangka terus meningkat dalam beberapa tahun akan datang, dan peranan pengurusan kereta terpakai adalah penting.

“Proton akan membantu pelanggan yang ingin menukar ganti kereta terpakai mereka. Ketika Proton mula menubuhkan jabatan UCM pada 2019, sasaran yang ditetapkan adalah menyokong penjualan kereta baharu dan meningkatkan nilai jualan semula kereta Proton,” katanya.

Sasaran yang ditetapkan UCM Proton adalah penggantian jualan. Pemilik sedia ada boleh menukar beli Proton lama dengan model  Proton baharu, menyumbang sekurang-kurangnya 10 peratus daripada jumlah jualan pusat jualan yang menawarkan perkhidmatan tersebut.

Proton memperkenalkan program untuk membantu mencapai sasaran seperti Proton Xchange, bagi menggalakkan pemilik sedia ada menggantikan kereta mereka dengan model Proton baharu.

PROGRAM KERETA TERPAKAI PCPO

Mengenai penjualan tukar beli, kereta terpakai yang dijual UCM akan dipasarkan di bawah program PROTON Certified Pre-Owned (PCPO). Semua kenderaan PCPO akan menjalani pemeriksaan 201 poin  komprehensif dan dijamin tidak pernah mengalami banjir atau kerosakan struktur akibat kemalangan teruk.

Kereta terpakai di bawah PCPO dilengkapi jaminan lanjutan 1 tahun, meliputi enjin dan transmisi serta layak mendapat servis percuma sebanyak sekali (minyak enjin dan penapis minyak sahaja) hingga 6 bulan daripada tarikh pendaftaran.

Cheah berkata, pada masa akan datang, UCM akan menubuhkan portal kereta terpakai Proton sebagai platform jualan dalam talian untuk menarik pembeli kereta terpakai yang aktif menggunakan teknologi dalam talian.

“Pelanggan berpotensi boleh melihat stok jualan dari dalam talian dan boleh melayari laman web untuk mendapatkan anggaran nilai untuk kereta mereka,” katanya.

BACA >>> Lelaki Ini Tunjuk Cara Baru Iklankan Kereta Terpakai Tahap Epik!

Pengarah Urusan Pusat 4S Proton di Puchong, Selangor, Atiara Johan, Judith Yam turut berkongsi pandangan tentang inisiatif tersebut.

“Atiara Johan dipilih menjadi pusat UCM PROTON pertama pada Jun 2019. Sejak diperkenalkan, program ini banyak meningkatkan jualan kami melalui penawaran insentif khas untuk pemilik Proton sedia ada.

“Sehingga kini, kami mencatat lebih 130 jualan tukar beli dan pelanggan turut menyatakan kepuasan mereka yang dilihat sebagai nilai tambahan bagi perkhidmatan yang disediakan bagi memudahkan mereka membeli kereta Proton baharu,” katanya.

Pengarah Urusan Pusat 4S Proton di Nilai, Negeri Sembilan, LHM One Stop Car Service Center, Ryan Lai berkata, walaupun masih baru di pasaran, pusat jualan UCM Proton memberi kesan positif.

“Kami memulakan program UCM ini pada Oktober 2019 dan membantu Penasihat Jualan kami membuat
perjanjian kepada pelanggan serta kini kami berpeluang menawarkan nilai tukar beli kompetitif untuk kereta
Proton terpakai,” katanya.

BACA >>> Proton X70 Pun Akan Jadi Kereta PDRM Tahun Ini!

Auto Terkini Pengurusan Kereta Terpakai (UCM) Persatuan Automotif Malaysia (MAA) Proton Proton Xchange UCM Proton
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Toyota Corolla Cross 2026 Untuk Jepun – Edisi khas Z Adventure ulang tahun ke-60, lebih banyak ciri standard

02/07/2026
Auto Terkini

Jelajah YANGWANG U9 China-Malaysia Tiba Di Malaysia, Disambut BYD Alor Setar

02/07/2026
Auto Terkini

Sistem Navigasi Bawa Lima Warga China ‘Terokai’ Gaung Sedalam Tujuh Meter

02/07/2026
Harga diesel Semenanjung Malaysia
Auto Terkini

KPDN Batal Kawalan Jualan Diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan Mulai Hari Ini

01/07/2026

1 Comment

  1. fadhilah on 04/11/2020 19:53

    Boleh beri saya no tel pusat proton yang jual kereta proton terpakai tu?

    Reply
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
Elektrifikasi

Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

By Han Othman26/06/2026
Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur (TASKL)
Auto Terkini

Tiada Tokyo Auto Salon Kuala Lumpur Tahun Ini

By Shazwan Hisam30/06/2026
Autotainment

Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

By Han Othman28/06/2026
Tahukah Anda

#TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

By Shazwan Hisam26/06/2026
MotoGP

#MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

By Shazwan Hisam26/06/2026
Vespa Edizione Ottantesimo 2026
Roda2

Vespa Edizione Ottantesimo 2026 – Model Unit Terhad 80 Tahun dengan Enjin 310 HPE Kuasa Tinggi

By Abang Hirata02/07/2026
Jetour F700
PHEV

Trak Pikap PHEV Jetour F700 2027 Didedah dengan Jarak Pandu hingga 1,300km

By Han Othman26/06/2026
Roda4

Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

By Abang Hirata25/06/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.