• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Proton X70 Pun Akan Jadi Kereta PDRM Tahun Ini!

Proton X70 Pun Akan Jadi Kereta PDRM Tahun Ini!

June 24, 2020 By AO Leave a Comment

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


PROTON X70 pun akan dijadikan salah satu model baharu dalam barisan kenderaan peronda (MPV) Polis Diraja Malaysia selain Honda Civic 1.8S.

PDRM pada 5 Jun lalu baru saja menerima 425 unit Civic 1.8 sebagai MPV baharu untuk melakukan tugasan rondaan. Kenderaan baharu itu dilengkapi peralatan sokongan seperti peralatan komunikasi RMPNeT, kamera pemuka (dashcam) dan perakam video digital (DVR) mudah alih.

Menurut PDRM, semua unit MPV itu disewa secara konsesi dengan syarikat Spanco Sdn Bhd selama lima tahun melalui peruntukan mengurus 2020.

Menariknya, PDRM turut menyatakan akan menerima 850 lagi unit MPV, dan 197 unit adalah Proton X70 1.8, manakala selebihnya adalah 653 unit Honda Civic 1.8 bagi menggenatikan kenderaan sedia ada bermula Julai hingga September ini.

Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Datuk Zainal Abidin Kasim dipetik SinarHarian berkata, pemilihan kereta Honda Civic 1.8 ini dibuat selepas ujian teknikal pihaknya bersama syarikat Spanco Sdn Bhd bagi menggantikan kereta peronda yang sudah tamat tempoh.

Mengenai X70 pula, pereka grafik bebas, The Ajerul pernah menyiarkan idea lakaran beliau mengenai rupa SUV itu jika dijadikan MPV PDRM. Menarik tak?

SUMBER: SinarHarian

Artikel Berkaitan

3.9k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: Datuk Zainal Abidin Kasim, Imej Janaan Komputer (CGI), Kenderaan Peroda (MPV), Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), kereta peronda polis, Polis Diraja Malaysia(PDRM), Proton X70, Roda4, Spanco Sdn Bhd, SUV, TheAjerul

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
    Proton X30 Buka Tempahan, Harga Anggaran RM65k! (Jangan Percaya, Dah 2 April Daa...)
  • #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
    #ApaNakBuat: Inilah Cara Aktifkan Fungsi Bluetooth Perodua Myvi (2011-2017)
  • #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
    #TahukahAnda: Motosikal Susah Nak Hidup? Periksa Dulu 6 Komponen Ini!
  • #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'
    #TahukahAnda: 4 Tanda Enjin Kereta Anda Mungkin Kena 'Overhaul'

PANDU UJI

#TunggangUji: Modenas Pulsar RS200 (2021) yang Mesra Penunggang Amatur

SELEPAS melancarkan Pulsar RS200 (2021) edisi naik taraf ke pasaran, … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa yang Best, Tak Best Pasal Mercedes-AMG A35 4Matic Sedan?

APABILA berbicara tentang Mercedes A-Series, perkara pertama terlintas … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Apa Saya Suka, Kurang Suka Pasal BMW X1 sDrive20i M Sport?

SEKILAS pandang bagi sesetengah orang mungkin menganggap BMW X1 … [Baca Lagi...]

2014 – 2020 © PanduLaju.com.my