Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»BMW M2 CS 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!
Roda4

BMW M2 CS 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM950,800!

SyafieBy Syafie24/07/2026
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads

BMW Group Malaysia secara rasmi memperkenalkan BMW M2 CS 2026 baharu, iaitu model BMW M2 paling ringan dan paling berkuasa pernah dihasilkan.

Coupe prestasi tinggi edisi khas itu dibangunkan berilhamkan dunia perlumbaan dan hadir ke Malaysia sebagai model pengeluaran terhad dengan pelbagai naik taraf aspek prestasi, aerodinamik dan teknologi.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Benjamin Nagel berkata, BMW M2 CS direka khas kepada mereka yang mahukan pengalaman pemanduan BMW M paling autentik sebuah kereta jalanan, sambil mengekalkan falsafah Sheer Driving Pleasure yang menjadi identiti jenama itu.

Rekaan Lebih Agresif, Lebih Ringan

BMW M2 CS 2026 menampilkan identiti tersendiri menerusi gril ginjal Kidney Grille baharu yang lebih terbuka, spoiler depan hitam kusam, lampu LED adaptif dengan M Lights Shadowline dan logo M2 CS eksklusif.

Antara perubahan terbesar adalah penggunaan pelbagai komponen gentian karbon seperti:

BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
  • Penutup but belakang M Carbon
  • Spoiler ‘ekor itik’ (ducktail) terbina
  • Difuser M Carbon
  • Bumbung M Carbon

Gabungan komponen itu membantu mengurangkan berat keseluruhan sehingga kira-kira 30kg, sekali gus menjadikan M2 CS sebagai BMW M2 paling ringan pernah dihasilkan.

Model itu turut dipadankan rim aloi ringan M 19 inci di depan dan 20 inci (belakang) dalam kemasan Gold Bronze (emas), dengan tayar khas untuk kegunaan litar.

Kabin Konsep ‘Racing’

BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026

Dalaman BMW M2 CS 2026 mengekalkan suasana kokpit berorientasi pemandu menerusi penggunaan pelbagai material ringan. Antara ciri utama ialah:

  • Stereng M Alcantara
  • Konsol tengah karbon
  • Kerusi buket M Carbon Bucket
  • Upholsteri kulit Merino
  • Sistem bunyi keliling Harman Kardon Surround Sound dengan 14 pembesar suara
  • Kerusi boleh laras elektrik dengan fungsi memori
  • Penyaman udara automatik
  • Sistem buka pintu dan penghidup tanpa kunci BMW Comfort Access

Kerusi buket karbon bukan saja mengurangkan berat, tetapi direka untuk kegunaan litar dengan sokongan penggunaan abah-abah keselamatan pelbagai titik.

Enjin 3.0L TwinPower Turbo, 530hp

Nadi kepada BMW M2 CS 2026 ialah enjin 6-silinder sebaris (S58) 3.0L M TwinPower Turbo yang ada kaitan rapat dengan jentera lumba BMW GT3.

Spesifikasi Utama

  • Enjin 3.0L TwinPower Turbo
  • Output kuasa 530hp (390kW), dan tork 650Nm
  • Transmisi automatik M Steptronic Sport 8-kelajuan
  • Pacuan roda belakang (RWD)
  • Pecutan 0 – 100kmj sepantas 3.8 saat
  • Kelajuan maksimum 302kmj dengan Pakej M Driver

BMW turut memberikan baucar penyertaan BMW M Intensive Training bagi membantu pemilik mempelajari teknik pemanduan prestasi tinggi secara profesional.

Talaan Khas CS untuk Prestasi Maksimum

BMW M2 CS menerima talaan eksklusif menerusi:

  • Sistem suspensi adaptif M (Adaptive M Suspension)direndahkan 8mm
  • Diferensial sport M (M Sport Differential)
  • Brek Kompaun M (M Compound Brakes)
  • Bantuan pemandu profesional M Drive Professional
  • Analiser drift M (M Drift Analyser)
  • Kawalan traksi M (M Traction Control) 10-tetapan

Semua sistem itu dibangunkan bagi memberikan kestabilan maksimum ketika pemanduan litar tanpa mengabaikan penggunaan di jalan raya.

Harga BMW M2 CS di Malaysia

BMW M2 CS 2026 baharu ditawarkan pada harga:

  • RM950,800 (harga runcit disyorkan, RRP)
  • RM993,100, termasuk servis dan baik pulih BMW Service and Repair

Model itu ditawarkan dalam tiga pilihan warna: Black Sapphire (hitam),Brooklyn Grey (kelabu) dan Velvet Blue (biru) bersama upholsteri hitam Merino Black.

BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
BMW M2 CS 2026
Auto Terkini BMW Group Malaysia BMW M2 CS BMW M2 CS 2026
Syafie

    Dari 'Negeri Bawah Bayu' membawa semangat ke 'Negeri Jelapang Padi'. Walaupun jauh merantau, Gunung Kinabalu dan Jambatan Tamparuli tetap di hati. Jalan Terus!

    Artikel Berkaitan

    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    24/07/2026
    Denza Z9GT
    Kenderaan Elektrik (EV)

    Denza Z9GT 2027 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM358,800

    23/07/2026
    BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026
    Roda4

    Wagon M Pertama, BMW M3 Touring Competition M xDrive 2026 Tiba di Malaysia, Harga RM898,800

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Modenas Elegan 240X 2026
    Roda2

    Modenas Elegan EX 250 2026 Kini dengan Tiga Warna Baharu, Dapat Kotak GIVI Percuma!

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    Roda2

    Honda ADV 160 Spider-Man Edition 2027 Lancar di Malaysia, Hanya 300 Unit, Harga RM14,149

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Volkswagen Taycron 2027 lancar di Malaysia
    Roda4

    Volkswagen Tayron 2027 Lancar di Malaysia – SUV Segmen-D 7-Kerusi, Harga Mula RM189,890

    By Shazwan Hisam15/07/2026
    Modenas perkenal Program Z1GT Care
    Auto Terkini

    Modenas Lancar Program Z15GT Care, Pemeriksaan Percuma di 57 Pengedar Sah Seluruh Negara

    By Shazwan Hisam16/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.