Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Auto Terkini»Parkir Lorong Kecemasan Lebuh Raya: Polis Panggil Ketua Kelab Datang Mengadap
Auto Terkini

Parkir Lorong Kecemasan Lebuh Raya: Polis Panggil Ketua Kelab Datang Mengadap

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju24/01/2022
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


FOTO tular sejumlah kereta Honda berhenti dan berkumpul di lorong kecemasan di Lebuhraya Temiang-Pantai dekat Seremban, Negeri Sembilan nampaknya menarik perhatian polis.

Menurut Bernama, himpunan kereta itu dilakukan Sabtu lalu pada jam kira-kira 6.30 petang, dikatakan dianjurkan sekumpulan individu daripada kelab kereta FCCM-FC Club Malaysia yang kini dipanggil untuk memberikan keterangan.

Untuk permulaan, kita akan panggil ketua kelab itu dahulu, kita dah kenal pasti kira-kira 48 kereta setakat ini. Berhenti dan meletakkan kenderaan di lorong kecemasan tanpa sebab munasabah seperti yang tular itu adalah satu kesalahan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya lain.

“Tindakan undang-undang boleh diambil ke atas individu mengikut Kaedah 53(1) Peraturan-Peraturan Lalu Lintas Jalan 1959, iaitu tiada kenderaan daripada apa-apa kelas diletakkan atau ditinggalkan tanpa jagaan di mana-mana lorong kecemasan kecuali dalam kes kecemasan.”

BACA >>> Marsyal Konvoi Eksyen Jadi Polis Kena Cekup, Seorang Berpangkat Datuk

Jika bersalah, hukuman denda ke atas individu terlibat boleh dikenakan di bawah Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987, iaitu denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan.

Perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dilakukan untuk menyelaraskan tindakan lanjut selain cadangan menyediakan tempat khusus di kawasan berkenaan untuk orang ramai bergambar dan menjaja.

Lebuhraya Temiang-Pantai ialah lokasi menarik dan menjadi tumpuan orang ramai berhenti untuk mengambil gambar kerana keindahan pemandangan di lokasi terbabit, tetapi tindakan mengambil gambar seperti tular itu boleh mengundang bahaya,” kata polis.

Semalam, kelab kereta itu menerusi akaun di Facebook memuat naik beberapa foto menunjukkan deretan kenderaan dipercayai milik ahli kelab berkenaan berhenti di laluan kecemasan kedua-dua arah untuk mengambil foto yang didakwa sebahagian aktiviti lepak santai mereka.

BACA >>> Video Konvoi PM Halang Ambulans?
BACA >>> Polis: Konvoi PM Sampai Dulu Sebelum Ambulans
BACA >>> #ApaNakBuat: Nak Konvoi Motosikal? Buat 12 Tip Asas Ini Dulu!

SUMBER: Bernama

FCCM-FC Club Malaysia Honda Civic Konvoi Honda Lebuhraya Temiang-Pantai Seksyen 119 Akta Pengangkutan Jalan 1987 s Superintendan Mohd. Fazley Ab Rahman
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Auto Terkini

    KTM 390 Duke 2026 Untuk Jepun – Brek WP Baharu, Enjin 399cc 45PS, Harga RM20.7k

    24/07/2026
    Fasiliti solar pertama di Kilang Honda Melaka
    Auto Terkini

    Honda Malaysia Pasang Inisiatif Solar Pertama di Kilang Melaka dengan Pelaburan RM14 Juta

    24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    24/07/2026
    PHEV

    OMODA C7 PHEV Dipratonton di Malaysia, Harga Anggaran RM160k!

    24/07/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    iCAUR V23 Kini CKD, Harga Kekal dengan Kualiti Setaraf CBU

    By Han Othman20/07/2026
    HEV

    Dacia Striker 2027 Buktikan Kereta Mampu Milik Tidak Perlu Nampak Murah!

    By Abang Hirata15/07/2026
    Auto Terkini

    Nissan Elgrand 2026 Dilancar Dengan e-POWER 1.5L Turbo dan e-4ORCE

    By Abang Hirata20/07/2026
    TnG perkenal Enhanced RFID
    Auto Terkini

    Touch ‘n Go Pertingkat Teknologi RFID, Sensor Kesan Lebih Pantas

    By Shazwan Hisam22/07/2026
    Pusat Yamaha Quality Serrvice (YQS)
    Auto Terkini

    Ada Lebih 300 Pusat Servis YQS untuk Motosikal Yamaha Seluruh Malaysia

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    Aveta Nova 200 2026
    Roda2

    Aveta Nova 200 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM8,488!

    By Syafie13/04/2026
    Majlis pelancaran Ford Ranger Facelift 2026 | 1Utama
    Roda4

    Ford Ranger 2027 Facelift Perkenal Tiga Varian Baharu, Sudah Lebih 24,000 Unit Atas Jalan

    By Han Othman24/07/2026
    Auto Terkini

    Honda Vario 160 Ada Warna Baru – Enjin Kekal, Harga Tidak Berubah

    By Shazwan Hisam24/07/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.