• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Video Konvoi PM Halang Ambulans?

Video Konvoi PM Halang Ambulans?

December 27, 2021 By Farah Leave a Comment

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


UMUM tahu daerah Hulu Langat antara kawasan paling teruk terjejas akibat banjir besar yang melanda Selangor, baru-baru ini.

Kawasan itu kini sibuk berikutan kehadiran banyak agensi Kerajaan, dan bukan Kerajaan (NGO), serta sukarelawan yang datang meninjau dan menghulurkan bantuan kepada penduduk setempat.

Dalam kesibukan itu, tular satu video sebuah ambulans dengan siren kecemasan berbunyi ditahan di persimpangan jalan bersama sebuah kenderaan pacuan empat roda Bulan Sabit Merah kerana perlu memberikan laluan kepada konvoi VVIP di situ.

Menurut sumber, konvoi tersebut dipercayai membawa rombongan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang datang melawat kawasan terjejas banjir.

Tulis kapsyen video tersebut;

Nyawa boleh tunggu, VIP jalan dulu. Ambulans yang membuka siren kecemasan ditahan, terpaksa beri laluan kepada konvoi YB Bera. Lokasi: Hulu Langat, Selangor."

Video tersebut menimbulkan perdebatan hangat di kalangan netizen mengenai situasi tersebut.

Jika difikirkan, apabila ambulans lalu dengan siren berbunyi, memang jadi kewajipan kita berikan laluan. Apatah lagi, jika ambulans tersebut kemungkinan sedang membawa pesakit kritikal untuk rawatan segera.

Namun, meletakkan 100 peratus kesalahan kepada konvoi Perdana Menteri pun semacam tidak adil kerana beliau cuma individu yang terlibat program dirancang, dan bukan pihak yang menguruskan konvoi. Apapun, mungkin ada penjelasan daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung isu tular tersebut.

BACA >>> 'Abang Viva' Tular! Tambat Bot Atas Bumbung Kereta dari Melaka Nak Selamat Mangsa Banjir
BACA >>> Polis Cekup Pemandu Trak Tunda Bawa Lari Kereta Mangsa Banjir

SUMBER: FriendsofSelangor

Artikel Berkaitan

1.7k
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ambulan kena tahan ada konvoi, Ambulans, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Konvoi PM, Konvoi VVIP, Perdana Menteri, Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
    Zeus Helmets Malaysia Lancar Dua Helmet Baharu, Harga Mula RM140
  • Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
    Suzuki Gixxer 150 (2023) Lancar di Jepun, Harga RM12.5k!
  • APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
    APAD Minta Datuk Bandar Henti Pembangunan Dekat Stesen LRT Bandaraya Serta-Merta
  • Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!
    Kos Naik Taraf Lampu Toyota Kijang Innova Zenix Cuma RM1.7k!

PANDU UJI

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

Abang Gan Pandu Uji SUV Paling Jahat Milik Tauke Gajet, Range Rover SVR (2018)

REVIU Abang Gan kali ini ialah model Range Rover paling premium, … [Baca Lagi...]

#TunggangUji: Lenjan KTM RC 390 (2022) Atas Trek Basah, Syok Macam Sportbike 500cc!

KTM 390 suatu masa lalu adalah antara model motosikal popular apabila … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my