• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis Cekup Pemandu Trak Tunda Bawa Lari Kereta Mangsa Banjir

Polis Cekup Pemandu Trak Tunda Bawa Lari Kereta Mangsa Banjir

December 24, 2021 By Farah Leave a Comment

579
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


SUSULAN tular gambar dimuat naik seorang wanita yang mendakwa wujud sindiket trak tunda membawa lari kereta milik mangsa banjir di Jalan Persiaran Perusahaan, Seksyen 23, Shah Alam, polis pantas bertindak menahan suspek kes berkenaan.

Menurut polis, suspek ialah lelaki warga tempatan berusia 26 tahun dan memandu trak tunda dengan nombor pendaftaran WCX 3048 atas nama Syarikat Sparks Motors Rescue Empire.

BACA >>> Tular Trak Tunda Nak Bawa Lari Kereta Mangsa Banjir?

Insiden itu terbongkar selepas dirakamkan seorang pemilik Honda City yang meletakkan kenderaannya itu di tepi jalan pada 18 Disember (Sabtu) lalu bagi mengelak ditenggelami banjir. Namun, apabila kembali hendak mengambil keretanya dua hari kemudian (20 Disember), dia mendapati kenderaan tersebut sedang ditunda seorang lelaki tidak dikenali.

Apabila ditanya, pemandu lori tersebut mendakwa mahu menunda kereta itu ke bengkel. Namun mangsa merasakan ada sesuatu tidak kena kerana suspek mencabut bateri kereta, termasuk mematahkan nombor pendaftaran depan dan belakang. Malah, pelekat cukai jalan turut ditanggalkan.

Mangsa kemudian memuat naik gambar trak tunda itu dalam akaun Instagram @wangi_by_cinta pada 19 Disember lalu yang kemudian tular di media sosial. Mangsa turut membuat laporan polis.

Jelas polis, permohonan reman kini sedang dibuat dan siasatan akan dijalankan.

BACA >>> Bukan Sesaja Polis Tunda Kereta Terbalik!
BACA >>> Trik Baru Geng Tarik Kereta, Tawar Trak Tunda Sambil Curi Barang

SUMBER: SinarHarian

Artikel Berkaitan

579
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: kereta ditenggelami banjir, mangsa banjir, towing kereta, trak tunda, trak tunda curi kereta mangsa banjir, Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • Polis Tahan Dua Pekerja Bengkel Dipercayai Terlibat Kes Samun Bersenjata
    Polis Tahan Dua Pekerja Bengkel Dipercayai Terlibat Kes Samun Bersenjata
  • Polis Tangkap 78 Mat Rempit, Keluarkan 102 Kompaun, Sita 40 Motor
    Polis Tangkap 78 Mat Rempit, Keluarkan 102 Kompaun, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
  • Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan
    Polis: Jangan Parkir Sesuka Hati Semasa Berkunjung ke Bazar Ramadan

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my