• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Tekan Pedal dan Jangan Stres

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
You are here: Home / Auto Terkini / Polis: Konvoi PM Sampai Dulu Sebelum Ambulans

Polis: Konvoi PM Sampai Dulu Sebelum Ambulans

December 27, 2021 By Farah Leave a Comment

658
PERKONGSIAN
FacebookTwitter


POLIS Diraja Malaysia (PDRM) tampil menjelaskan isu sebenar berikutan tular video ambulans dengan siren kecemasan yang ditahan di persimpangan jalan gara-gara memberikan laluan kepada konvoi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melawat kawasan banjir di Hulu Langat, Selangor, semalam.

Dalam kenyataan dikeluarkan Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Selangor (JSPT), Superintendan Azman Shari’at, penilaian awal sudah dibuat sebelum menghentikan kenderaan tersebut dalam tempoh singkat.

Tindakan itu dibuat kerana jarak konvoi sudah tiba sudah tiba terlebih dahulu ke persimpangan tersebut yang mana tindakan diambil anggota trafik adalah selaras peruntukan di bawah Kaedah Lalu Lintas No.9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menurut Azman, tindakan memberi laluan kepada ambulans dan kenderaan pacuan empat roda (4x4) milik Bulan Sabit Merah untuk keluar dari simpang ke jalan utama berisiko menyebabkan kemalangan dan membahayakan pengguna jalan raya lain.

Selepas konvoi PM melepasi jalan itu, anggota trafik turut mengambil langkah segera memberi keutamaan kepada ambulans dan kenderaan Bulan Sabit Merah.

Pada Ahad lalu, kira-kira jam 11.30 pagi, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama rombongannya dilaporkan turut padang untuk melihat sendiri kerja-kerja pembersihan yang dilakukan pelbagai agensi di Taman Sri Nanding dan beberapa lokasi lain di Hulu Langat.

BACA >>> Video Konvoi PM Halang Ambulans?
BACA >>> 2 Adik Beradik Maut Selepas Balik Kenduri Kahwin Abang

SUMBER: FBJSPTSelangor

Artikel Berkaitan

658
PERKONGSIAN
FacebookTwitter

Filed Under: Auto Terkini Tagged With: ambulans ditahan sebab konvoi PM, banjir, Hulu Langar, Perdana Menteri Malaysia, Rombongan PM, Video Viral

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Pilihan Ramai

  • YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
    YouTuber India Buktikan Ducati Panigale V4 S Boleh Masak Telur Dadar
  • Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
    Polis Tahan Dua Mekanik Bengkel Terlibat Kes Samun Bersenjata di Parit Sulong
  • Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
    Polis Cekup 78 Mat Rempit Rawang, Sita 40 Motor
  • LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka
    LLM Sedia Kerjasama dengan Syarikat Konsesi Tol Untuk Sistem Bayaran Terbuka

PANDU UJI

#TunggangUji: Tailg Ebixon Bold Memang Praktikal, Tapi Bukan di Bandar Besar

WALAUPUN baru meneroka industri motosikal tempatan, Ni Hsin Tech … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Perodua Ativa Hybrid? Macam Boleh On Je, Tapi...

SAYA berkesempatan memandu uji Perodua Ativa Hybrid yang hanya ada 300 … [Baca Lagi...]

#Tunggang Uji: WMoto XDV 250i (2023) - Skuter China Bikin Senyum

MFORCE Bike Holdings ada produk skuter yang berpotensi mengubah segmen … [Baca Lagi...]

2014 – 2022 © PanduLaju.com.my