Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Yangwang U8 – SUV EV Mewah Besar, Lasak dengan Pengendalian ‘Selembut Mentega’
Pandu Uji

#PanduUji: Yangwang U8 – SUV EV Mewah Besar, Lasak dengan Pengendalian ‘Selembut Mentega’

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju26/08/2024
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELAIN menyaksikan kemampuan supercar Yangwang U9 menari, rakan media automotif dari Malaysia yang menyertai lawatan BYD Malaysia ke China turut berpeluang melihat demonstrasi kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah U8.

Ada empat demonstrasi U8 dipertonton kepada kami di pekarangan premis Yangwang di bandar Changsha dalam wilayah Hunan, iaitu kemampuan mendaki dan mengundur atas trek ‘bukit’ besi, pemanduan sendeng, pusingan 360º dan aksi mengundur masuk kenderaan ke lot parkir secara melintang.

Bagaimanapun, harapan melihat sendiri kemampuan Yangwang U8 terapung seperti bot atas air tidak kesampaian. Malah nasib sama juga berlaku ketika kami dibawa ke kilang BYD Changsha untuk sesi pandu uji beberapa model kenderaan termasuk U8.

Asasnya, sesi pandu uji di kilang itu dibuat di kawasan lot parkir luas dengan empat model jenama berlainan bawah BYD, termasuk Yangwang U8. SUV itu ditempatkan bersama SUV BAO 5.

Ujian dilakukan adalah:

  • Pecutan dari titik pegun sebelum membrek kecemasan.
  • Pemanduan di laluan berselekoh sempit.
  • Ujian sistem suspensi atas permukaan berbatu dan tidak rata.

PECUTAN, PEMBREKAN

  • Yangwang U8 yang diuji ialah model pemanduan kiri (LHD). SUV itu dilengkapi enjin petrol 4-silinder 2.0L pengecas turbo dengan empat unit motor elektrik, manakala sistem pacuan jenis semua roda (AWD).
  • Enjin petrol itu tidak berhubung pada mana-mana motor elektrik, tetapi berperanan mengecas pek bateri. Kuasa daripada pek bateri disalurkan pada setiap motor elektrik pada roda.
  • Yangwang U8 ialah kenderaan EREV (extended range electric vehicle), yang mana enjin diibaratkan sebagai generator untuk mengecas bateri.
  • Output kuasa 880kW (1,197hp), atau 220kW setiap roda dan tork 1,280Nm.
  • Pecutan 0-100kmj mengambil masa 3.6 saat, manakala kelajuan maksimum dihadkan kepada 200kmj.
  • Ketika memijak pedal di laluan, anda dapat merasakan ledakan kuasa serta-merta yang membuatkan penumpang belakang terus bersandar rapat pada kerusi.
  • Ketika menunggu di tepi trek, saya melihat suspensi pada roda belakang U8 ‘tenggelam’ seketika ketika pemandu lain melakukan pecutan agresif dari situasi pegun.
  • Keupayaan membrek U8 terbukti efisien tanpa kedengaran sebarang bunyi seretan tayar, mungkin disebabkan penggunaan material penebat bunyi tebal atau berkualiti tinggi.
  • Dalam dua situasi berkenaan (pecutan agresif dan pembrekan mengejut), SUV itu masih berada di laluan lurus dan tidak menggelupur ke kiri atau kanan jalan.

LALUAN SELEKOH SEMPIT

  • Selepas melengkapkan pecutan di laluan lurus, U8 dipandu membelok ke kanan jalan sempit yang diapit beberapa kon jingga.
  • SUV ini juga dilengkapi kamera 360º dengan paparan skrin OLED 12.8 inci yang dipasang secara vertikal di tengah papan pemuka.
  • Paparan visual membantu pemandu melihat halangan di sekeliling untuk pengendalian lebih selamat.
  • Namun, peralihan mata dari depan ke skrin itu agak melambatkan proses membelok yang mungkin membuatkan pemandu rasa kurang yakin kerana perlu berhati-hati.
  • Apapun, paparan visual tetap memberi manfaat kepada pemandu yang rasa was-was dan bimbang merosakkan kenderaan jika terlanggar sesuatu objek ketika membelok.
  • Kawalan stereng mudah, sedikit ringan dan lembut sekali gus memudahkan kerja membelok walaupun SUV ini memiliki saiz badan besar dengan dimensi panjang 5,319mm, lebar 2,050mm dan tinggi 1,930mm.
  • Jarak roda 3,050mm lebih panjang berbanding Mercedes-Benz G-Class, tetapi pendek 40mm jika dibandingkan Kia Carnival di Malaysia.

RESPONS SUSPENSI

  • Ujian juga melibatkan pemanduan atas beberapa trek besi berlubang yang diisi batu kecil dan besar. Ringkanya, respons suspensi ternyata baik dan mengurangkan olengan badan selain mengurangkan kesan hentakan dalam kabin.
  • Tiada pemanduan laluan off-road sebenar disediakan untuk melihat kemampuan sebenar U8 ketika kunjungan ke kilang BYD Changsha. Mungkin disebabkan faktor kekangan masa selain kilang itu tidak dilengkapi fasiliti lengkap untuk ujian pemanduan penuh.

Ujian dilakukan cuma sekadar pemanduan asas dan sukar untuk membuat penilaian lebih mendalam. Apatah lagi satu pusingan di trek pun mengambil masa sekitar lima minit (atau mungkin kurang).

autoterkini BYD Changsha Pandu uji panduuji Roda4 YANGWANG U8
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Chery Tiggo 9
    Roda4

    Chery Tiggo 9 Previu di Malaysia, Harga Anggaran Bawah RM189,000

    22/05/2026
    Auto Terkini

    NISMO Performance Center Dibuka di Australia, Komuniti GT-R Kuat Jadi Faktor

    22/05/2026
    Denza B8 2026
    PHEV

    Denza B8 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM458,800

    22/05/2026
    Aksesori

    #BikinAuto: Nissan Frontier Ultimate Build, Tunjuk Keupayaan Overlanding Dengan 3.8L V6

    21/05/2026
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Agong Terima Aurus Senat, Limousin Elit Rusia Yang Jarang Keluar Dari Negara Asal

    By Shazwan Hisam15/05/2026
    Harga diesel Semenanjung Malaysia
    Auto Terkini

    Subsidi Diesel Mungkin Guna Sistem Macam BUDI95

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Modenas uji potensi skuter elektrik MEV-2
    Auto Terkini

    Modenas Uji Potensi Skuter Elektrik MEV-2 Dalam Sektor Pelancongan Langkawi

    By Shazwan Hisam17/05/2026
    Perodua Axia dan Bezza
    Auto Terkini

    10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

    By Syafie12/05/2026
    HEV

    Foton Tunland V7, V9 Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM123,800!

    By Syafie20/05/2026
    Roda2

    Suzuki V-Strom 1050 M6 Ada Warna Baharu, Percuma Pannier Aluminium!

    By Shazwan Hisam14/05/2026
    Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
    Roda4

    Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

    By Syafie12/05/2026
    Perodua Bezza paling laris Mac 2026
    Auto Terkini

    10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

    By Syafie12/05/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.