Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Roda4»Selesai Ujian Nurburgring, Yangwang U9 2025 Sedia Cabar Ferrari, Lamborghini
Roda4

Selesai Ujian Nurburgring, Yangwang U9 2025 Sedia Cabar Ferrari, Lamborghini

ShawkathBy Shawkath22/08/2024
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


SELEPAS menamatkan ujian intensif selama enam bulan di Nurburgring (The Green Hell), Yangwang U9 kini bersedia diedarkan kepada pelanggan.

Yangwang ialah subjenama kenderaan tenaga baharu (NEV) premium di bawah BYD, manakala model U9 ialah supercar elektrik penuh dari China yang mampu mencabar jenama popular seperti Ferrari dan Lamborghini.

Barisan pertama Yangwang U9 sudah meninggalkan kilang pada minggu lalu dan kami di PanduLaju berpeluang melihat supercar itu lebih dekat di Changsha, Hunan, China, semalam.

Walaupun Yangwang U9 bukan supercar terpantas, tetapi dapat dijadikan bukti kemajuan dan kemampuan kejuruteraan automotif berasaskan teknologi tinggi daripada China.

https://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2024/08/yangwang-u9-video.mp4

Pada sesi lawatan, PanduLaju bersama rakan media automotif lain diberi peluang melihat aksi joget U9 dan kemampuan model itu melompat walaupun memiliki berat kasar 2,475kg!

Berikut perincian Yangwang U9:

  • Ada tiga warna pilihan: Moon Silver, Chixia Danzhu dan Argyle Purple.
  • ⁠⁠Dimensi panjang 4,966mm, lebar 2,029mm dan tinggi 1,295mm, manakala jarak roda 2,900mm.
  • Dijual pada h⁠arga 1,680,000 yuan (RM1.03 juta).
  • Kerusi jenis boleh laras 14-tetapan.
  • ⁠⁠Dilengkapi empat motor elektrik (satu setiap roda) TZ220XYAK dengan output kuasa 1,287hp (960kW) atau 240kW setiap roda), manakala tork srtinggi 1,680Nm @ 21,000rpm!
  • ⁠⁠Pecutan 0-100kmj sepantas 2.36 saat dan 0-400 meter sepantas 9.78 saat.
  • Kelajuan maksimum 309.19kmj.
  • Menggunakan material gentian karbon secara ekstensif, termasuk binaan monokok karbon.
  • Sistem suspensi aktif kawalan badan DiSus-X.
  • Menggunakan kamera untuk mengimbas jalan dan mengawal olengan badan dengan motor elektrik.
  • ⁠⁠Sistem suspensi mampu membuatkan U9 berjoget atau melompat setempat.
  • Mampu membuat pusingan badan seperti kereta kebal kerana menggunakan empat unit motor elektrik.
  • Dilengkapi bateri teknologi BYD jenis LFP berkapasiti 80kWh dengan jarak perjalanan sekitar 400km.
  • Menyokong pengecas pantas (DC) hingga 500kW (boleh dicas pada sebelah kiri atau kanan kereta).
  • Masa m⁠engecas DC sepantas 10 minit untuk menaikkan kapasiti bateri daripada 10 peratus kepada 80 peratus.
  • ⁠⁠Pengecas standard (AC) 7kW mengambil masa tujuh jam daripada 10 peratus kepada 80 peratus.
  • ⁠⁠Rim aloi 21 inci dengan tayar Pirelli P Zero saiz 275/35 (depan), dan 325/30 (belakang).
  • ⁠⁠Sistem brek cakera seramik karbon dengan kaliper 6-piston (depan), dan kaliper 4-piston (belakang).
BYD Auto Roda4 Supercar EV Yangwang U9 Yangwang U9 2025
Shawkath

Artikel Berkaitan

Auto Terkini

Ferrari Luce EV Pertama Ferrari, Dalaman Gaya Retro Dari Sir Jony Ive, Bekas Pereka Apple

10/02/2026
OMODA | JAECOO Media Appreciation Night
Roda4

JAECOO J5 Didedah Menjelang Pelancaran, Harga Anggaran RM110k

08/02/2026
Kenderaan Elektrik (EV)

Dongfeng 007, Dongfeng VIGO Rasmi Lancar di Malaysia, Harga Mula RM100k!

08/02/2026
Kenta Kon - Presiden dan CEO baharu Toyota
Auto Terkini

Kenta Kon Dilantik Presiden, CEO Baharu Toyota!

08/02/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook 397K
  • Instagram 194K
  • YouTube 589K
  • TikTok 992K
  • Threads
Pilihan Ramai Minggu Ini
Mitsubishi Xforce 2026 serba baharu dihasilkan CKD di kilang di Pekan
Auto Terkini

Mitsubishi Xforce 2026 Serba Baharu CKD dari Kilang di Pekan, Pahang

By Syafie10/02/2026
Morbidelli N125V 2026
Roda2

Morbidelli N125V 2026 dengan Enjin V-Twin 125cc, Frem Trellis dan Monoshock

By Abang Hirata04/02/2026
Gong Xi Eid Bersama EON 2026
Auto Terkini

Gong Xi Eid Bersama EON: Rebat hingga RM58k, Faedah Rendah dan Pelbagai Hadiah Menanti Tiga Hari Sahaja!

By Han Othman05/02/2026
Roda2

CFMoto 250 Dual 2026 Rasmi Lancar untuk Pasaran Malaysia, Harga RM9,888!

By Syafie03/02/2026
Roda2

Yamaha Tracer 9 GT Rasmi Lancar di Malaysia, Harga RM71,888!

By Syafie30/01/2026
Auto Terkini

Chery Malaysia Dedah Empat Model SUV Bakal Dilancar Tahun Ini

By Syafie03/02/2026
Slip Lesen Kenderaan Motor (LKM) @ Road Tax
Auto Terkini

JPJ Henti Keluar Slip LKM (Road Tax) Bercetak Kenderaan Persendirian 1 Februari Ini

By Syafie26/01/2026
Mitsubishi Xforce 2026 lancar untuk pasaran Malaysia
Roda4

Mitsubishi Xforce 2026 Rasmi Diperkenal untuk Pasaran Malaysia, Harga Mula RM110,000

By Syafie08/02/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.