Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Volkswagen Tiguan JOIN yang Serba Cukup
Pandu Uji

#PanduUji: Volkswagen Tiguan JOIN yang Serba Cukup

Han OthmanBy Han Othman08/04/2020
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


JIKA bersembang pasal kenderaan utiliti sukan (SUV) kompak dalam julat harga RM180,000, pilihan yang ada di Malaysia sebenarnya tidak banyak. Kita ada model popular seperti Mazda CX-5 (RM181,660), Honda CR-V (RM175,900) dan Nissan X-Trail (RM159,888) untuk varian paling premium dan mahal.

Tidak dilupakan juga model-model Korea yang cuba mencuri pasaran seperti Hyundai Tucson dan Kia Sportage. Namun bagi mereka yang memang tiada masalah bajet dalam akaun bank, sudah tentu model-model popular jadi pilihan. Lebih-lebih lagi jika model itu mampu melonjakkan prestij si pemiliknya.

Volkswagen Tiguan JOIN  yang saya pandu uji ini pun termasuk dalam kategori popular juga. Dan kalau saya berduit banyak memang sudah masuk dalam senarai pendek, tapi apa sebabnya? Apa yang spesial pasal SUV ini?

BACA >>> Volkswagen Tiguan – Nampak Biasa Tapi Luar Biasa, Sudah 5 Juta Unit Terjual Sejak 2007

Ini ialah Tiguan generasi kedua yang melakukan debut global dua tahun lalu, 2018. SUV ini dibangunkan berasaskan platform MQB dan dijual pada harga RM169,256, tidak termasuk insurans. Namun untuk edisi JOIN, harga bermula RM175,999, tambahan harga yang tidaklah banyak daripada varian Tiguan Highline (RM165,990) dan Sound & Style (RM174,990).

Jika memilih varian JOIN ini, anda akan diberikan diberikan pakej kosmetik yang sporty dan menarik. Apakah yang anda dapat?

Ada tujuh kemasan diberikan, iaitu pemijak sisi aluminium, bampar sport depan, spoiler belakang hitam, pelindung dan kemasan krom pada but, paip ekzos krom, lencana JOIN dan cermin gelap VW Tint.

Selain warna Atlantic Blue (biru gelap) ini, Tiguan JOIN turut ditawarkan dalam warna Pure White (putih), Tungsten Silver (perak), Indium Grey (kelabu) dan Deep Black (hitam). Tiada warna spesial kerana warna sama turut ada pada Tiguan biasa.

Warna biru gelap ini memang menarik minat saya kerana nampak lebih kompak, elegan dan agresif, tetapi sesetengah orang lebih sukakan warna cerah untuk menyerlahkan visual SUV lebih besar.

LUARAN LEBIH SPORTY

Tepuk dada tanya selera. Cita rasa semua orang berbeza, tetapi rasanya semua orang boleh berkompromi dengan rekabentuk dan gaya Tiguan JOIN ini.

Kalau dibandingkan dengan varian Highline yang nampak agak bogel, versi JOIN lebih sofistikated menerusi kemasan dan kit badan krom. Penampilan paling ketara yang dapat dikesan ialah pemijak sisi aluminium, bampar sporty, plat krom pada but, dan paip ekzos krom.

Semua set aksesori itu lebih menyerlah dengan pemilihan warna badan gelap yang akan memberikan efek kontras. Namun, jika memilih warna badan cerah, ciri khas varian JOIN ialah spoiler hitam. Rekabentuk rim aloi pula kekal sama seperti varian Highline.

KABIN KASUAL, ELEGAN

Menjenguk ruang kabin, terhidang unit infotainment skrin sentuh ‘Discover Media’ 8 inci dengan navigasi dan 8 pembesar suara. Juga dilengkapkan ciri konektiviti seperti MirrorLink, Apple CarPlay dan Android Auto. Di depan stereng pula terpampang Paparan Info Aktif (AID) 12.3 inci dengan lima mod, dan tidak dilupakan sistem penyaman udara ‘Air Care Climatronic’ dengan kawalan suhu 3-zon.

Rekabentuk dalaman kekal sama seperti varian Highline dengan kemasan upholsteri serba hitam daripada material lembut yang nampak mewah dipandang. Semuanya dikompakkan dalam kluster yang diatur rapi. Ambien dalaman Tiguan adalah berkonsepkan sporty, dengan tidak banyak eleman yang mengacau fokus pemandu.

Namun jika anda bercita rasa eksotik, persembahan kabin begini mungkin kurang digemari kerana membosankan tanpa sebarang adunan material kayu atau kulit bertekstur. Nampak kaku dan kurang dramatik.

BACA >>> #SMS2019: VW Tiguan 2.0 R-Line Black Edition di Singapura Harga Lebih Setengah Juta!

PRESTASI MANTAP

Atas kertas Tiguan JOIN dipacu enjin 1.4L TSI dengan transmisi DSG 6-kelajuan berkuasa 148hp dan tork 250Nm. Volkswagen mendakwa SUV ini menawarkan penjimatan bahan api pada kadar 6.7 liter per 100km atau anggaran jarak perjalanan kira-kira 800km sebelum isian semula.

Sistem transmisi klac basah ini dikatakan kotak gear DSG paling lasak pernah ditawarkan Volkswagen. Hantaran tork terasa seawal rev 1,500rpm hingga 3,000rpm yang mampu memberikan kuasa diinginkan pada bila-bila masa. Bagi peminat SUV, daya kilas awal sememangnya didambakan pemandu kenderaan jenis itu.

Hari ini ramai boleh berkompromi dengan halaju maksimum, asalkan kereta mereka tangkas dan buas. Kalau laju, laju mana sangatlah boleh dipecut untuk jalan raya Malaysia ini, tetapi ketangkasan pula sentiasa diperlukan. Tak mahulah gaya bukan main sporty, tetapi perginya macam lori.

Kuasa sebenar Tiguan JOIN ini akan lebih terasa apabila pedal terotel dipijak rapat. Kereta akan meluncur pantas, dan terasa seperti memandu enjin aspirasi natural berkuasa 2.5L. Tenang dan relaks. Anjakan transmisi cukup lancar dan tangkas ketika mencari posisi gear yang tepat mengikut halaju dipandu. Saya boleh katakan kotak gear Tiguan sebagai antara terbaik dalam kelas SUV.

CIRI KESELAMATAN LENGKAP

Tidak lengkap kalau saya tidak senaraikan ciri keselamatan ditawarkan Tiguan JOIN. Ya, masih sama seperti varian Highline, versi JOIN membariskan pakej keselamatan lengkap seperti:

Enam beg udara (dua depan, dua sisi dan dua tirai), Perlindungan Pejalan Kaki Bonet Aktif (ABPP), Sistem Brek Anti-Kunci (ABD) dengan Bantuan Brek (BA), pautan kerusi ISOFIX, sistem imobiliser, Kawalan Stabiliti Elektronik (ESC), Kawalan Pegun Bukit (HHC), Sistem Respon Rempuhan Pintar (ICRS), sistem brek multirempuhan, stereng kuasa elektromekanikal sensitif halaju, tali keledar kerusi belakang 3-poin, dan tali keledar depan 3-poin dengan prapenegang dan pelaras tinggi.

Cukup selamat tak?

KESIMPULAN

Bagi saya, Tiguan JOIN adalah SUV yang cukup. Cukup bagaimana? Maksud saya, cukup dari segi kuasa dan gaya untuk memuaskan hati cita rasa kebanyakan peminat SUV di Malaysia yang sukakan rekabentuk konservatif, dan pada masa sama mahu tampil elegan, sporty dan classy. Nama pun Volkswagen kan?

Kuasa dibekalkan pula sudah lebih daripada mencukupi. Boleh saja dijadikan kereta untuk ulang-alik pergi kerja, atau balik kampung, apatah lagi pergi bercuti bersama keluarga. Kalau beli, dapat pula pakej waranti menarik. Ada tiga tahun servis percuma, lima tahun waranti kilang tanpa had perbatuan dan lima tahun bantuan jalanan.

Hah, kalau berminat, gegar cepat showroom!

BACA >>> Pro dan Kontra: Volkswagen Tiguan (2018), Generasi Baharu yang Kini Lebih Luas

GALERI
Crossover Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) Pandu uji Roda4 SUV Volkswagen Volkswagen Tiguan Join
Han Othman
  • Website

Kecederaan distal radius fracture memaksa dia menguburkan hasrat berlumba dalam litar GP antarabangsa. Amat mementingkan pemanduan berkeselamatan tinggi, sukakan roller coaster, gemar mendengar muzik jalanan dan selalu membantu ular sawa melintas jalan.

Artikel Berkaitan

Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

12/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

12/05/2026
Chery Tiggo V 2026
Roda4

#AutoChina2026: Chery Tiggo V Diperkenal, SUV ‘Transformer’ yang Gabungkan MPV, Trak Pikap dan RV dalam Satu Badan

11/05/2026
YDPA Sultan Iskandar dapat hadiah Aurus Senat dari Rusia
Auto Terkini

YDPA Sultan Ibrahim Dapat Limosin Aurus Senat, Lambang Hubungan Erat Malaysia-Rusia

11/05/2026
Leave A Reply Cancel Reply

  • Facebook401K
  • Instagram194K
  • YouTube593K
  • TikTok1000K
  • Threads46.6K
Pilihan Ramai Minggu Ini
Perodua Axia dan Bezza
Auto Terkini

10 Jenama Paling Laris April 2026, Perodua Tembusi Jualan 100k Unit

By Syafie12/05/2026
Toyota Yaris Cross 2026 lancar di Malaysia
Roda4

Toyota Yaris Cross 2026 Rasmi Lancar di Malaysia, Ada Dua Varian, Harga Mula RM99,900!

By Syafie12/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026 Kembali 8 – 10 Mei Ini dengan Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
Roda4

MG Motor Malaysia Rai Ulang Tahun ke-2, Lancar Model CKD Pertama – MGS5 EV, Harga RM116,900

By Han Othman06/05/2026
Perodua Bezza paling laris Mac 2026
Auto Terkini

10 Kereta Paling Laris Malaysia April 2026, Perodua Bezza Masih ‘King’!

By Syafie12/05/2026
Nissan Gravite CNG 2026
Roda4

Nissan Gravite CNG 2026 – MPV Kecil dengan 7-Kerusi dan Dua Tangki CNG!

By Abang Hirata07/05/2026
EON & Sahabat Autofest 2026
Auto Terkini

EON & Sahabat Autofest 2026: Festival Automotif Terbesar Kembali dengan Tawaran Hebat, Hadiah Proton e.MAS 7!

By Han Othman05/05/2026
KTM 390 Series Launch
Roda2

KTM Malaysia Lancar Empat Model Baharu Siri KTM 390

By Shazwan Hisam11/05/2026
PanduLaju.com.my
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
© 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
designXCII TECH

Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.