• UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI

PanduLaju.com.my

Automotif Telus dan Tulus

  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Kereta
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE

#SMS2019: VW Tiguan 2.0 R-Line Black Edition di Singapura Harga Lebih Setengah Juta!

January 10, 2019 By AI Leave a Comment


VOLKSWAGEN Singapura memperkenalkan Tiguan 2.0 R-Line Black Edition pada Pameran Motor Singapura (SMS) 2019. Kenderaan utiliti sukan (SUV) itu didatangkan dengan aksesori luaran Black Edition R-Line, terdiri daripada kemasan hitam pada perumah cermin, spoiler, rim 19-inci, rel bumbung, jalur tepi pintu dan difuser belakang serta bampar baharu dengan inlet udara yang cukup menonjol.

Dijual pada harga S$193,400 (RM580,200), Tiguan 2.0 R-Line Black Edition dijana enjin 2.0L TSI yang berupaya menghasilkan kuasa 218hp @ 4,500-6,200rpm dan tork maksimum 350Nm @ 1,500-4,400rpm dengan hantaran kuasa lancar ke roda disalurkan menerusi transmisi DSG 7-kelajuan dalam sistem pacuan semua roda (AWD) 4Motion.

VW Tiguan 2.0 R Line Black Edition-20
VW Tiguan 2.0 R Line Black Edition-17
VW Tiguan 2.0 R Line Black Edition-9

BACA >>> #LAAS2017: Volkswagen Perkenal Tiguan R-Line, Cuma Perubahan Kosmetik

Aura kabin mewah diserlahkan menerusi kemasan kulit Vienna dengan trim hitam. Konsol tengah terpampang paparan skrin sentuh TFT 9.2 inci dengan ciri aplikasi konektiviti dan navigasi terbina dalam, termasuk pemain DVD dan slot kad memori SD. Lebih menarik, bahagian belakang kerusi depan tersedia meja boleh lipat untuk kegunaan penumpang belakang untuk meletakkan barang.

Demi keselamatan penumpang, Tiguan 2.0 R-Line Black Edition didatangkan dengan enam beg udara, Program Stabiliti Elektronik (ESP), Sistem Brek Anti-Kunci (ABS), Bantuan Brek (BA), Regulator Anti-Slip (ASR), Kunci Diferensial Elektronik (EDL), Kawalan Tork Drag Enjin (EDTC), bantuan parkir, Kawalan Jelajah Adaptif (ACC), dan pautan kerusi kanak-kanak ISOFIX.

GALERI

Filed Under: Roda4 Tagged With: Kenderaan Utiliti Sukan (SUV), Pameran Motor Singapura 2019, Singapore Autoshow 2019, SMS 2019, SUV, Tiguan 2.0 R-Line Black Edition, Volkswagen, Volkswagen Singapura, volkswagen tiguan, Volkswagen Tiguan 2.0 R-Line Black Edition

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CARIAN AUTO

Facebook

Pilihan Ramai

  • 5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)5 Motosikal Kuasa Tinggi Praktikal dengan Bajet Myvi 2018 (RM45k)
  • Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?Siapakah Memandai Buat Syarat Lampu Signal Capang? Kerajaankah, Freemasonkah?
  • #ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal#ApaNakBuat: Tip Mudah Penjagaan Rantai dan Sproket Motosikal
  • #TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?#TahukahAnda: Warna Manakah Sesuai untuk Lampu Kabus Depan, Putih atau Kuning?
  • FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)FAQ: 13 Soalan Paling Banyak Ditanya Mengenai Proton Saga (2019)

PANDU UJI

Proton 1 Tank Adventure [SIRI 2]: Taktikal Lebih Ekstrem, Jimat Macam Kereta Hibrid!

ARTIKEL Siri 1 dulu, kami berkongsi kepada anda, tidak kira model atau … [Baca Lagi...]

#PanduUji: Kia Grand Carnival 2.2L Turbo Diesel, MPV Paling Sedap di Malaysia?

 PERCAYA atau tidak, Kia Grand Cranival 2.2L Turbo Diesel ini … [Baca Lagi...]

2014 - 2019 © PanduLaju.com.my