Close Menu
PanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
Facebook Instagram YouTube TikTok Threads
  • UTAMA
  • EDITORIAL
  • PENGIKLANAN
  • HUBUNGI KAMI
  • DriveFast.com.my (English)
TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
PanduLaju.com.myPanduLaju.com.my
  • Auto Terkini
  • Roda4
  • Roda2
  • Pandu Uji
  • Bikin Auto
  • Autotainment
  • Sembang Deras
  • Aksesori
  • PR NEWSWIRE
PanduLaju.com.my
Home»Pandu Uji»#PanduUji: Toyota Fortuner 2.4 VRZ AT 4×4 Diesel yang Seronok Dipandu
Pandu Uji

#PanduUji: Toyota Fortuner 2.4 VRZ AT 4×4 Diesel yang Seronok Dipandu

Admin PanduLajuBy Admin PanduLaju05/06/20182 Comments
Facebook Twitter Telegram Threads
Share
Facebook Twitter Telegram Threads


TOYOTA Fortuner dan pengguna Malaysia sudah lama akrab seawal generasi pertama (2005) dahulu. Selepas lebih sedekad di pasaran, kini tiba masa Toyota melakukan kitaran produk supaya kenderaan utiliti sukan (SUV) saiz pertengahan itu kekal segar dan relevan di pasaran massa.

Hasilnya, Fortuner generasi kedua tampil berbeza berbanding model lama. Apakah perbezaan dan pembaharuan yang ditampilkan itu? Teruskan membaca, pandu uji kami kali ini melibatkan Fortuner 2.4 VRZ 4×4, yakni versi diesel.

KABIN AURA MEWAH!

Memang sengaja menyarung kain batik lipat kipas di depan ketika mengambil Fortuner, Jumaat lalu. Mahu tahu sendiri, adakah mudah pemandu wanita seperti saya dengan baju kurung atau berkain dapat mudah melangkah masuk ke dalam kabin Fortuner yang tinggi dengan jarak kelegaan tanah 279mm.

Awalnya sedikit susah, tetapi selepas tahu teknik betul, sebenarnya mudah saja tanpa kain tersingkap hingga menampakkan betis. Cukup tangan kiri memegang hendal pada pilar A, dan kaki menghenjut pemijak kaki, langsung boleh duduk di kerusi drebar. Cuma perlu tundukkan kepala sedikit kerana bingkai pintu rendah.

BACA >>> Toyota Corolla Hatchback (2019) dengan Enjin 2.0L Baharu

Sebaik duduk, posisi memandu tinggi dan pandangan depan nampak luas menghala jalan raya. Material kerusi lembut dan ruang sisi luas memberikan sokongan padu untuk menampung pelbagai saiz badan pemandu. Antara kriteria penting ketika mahu melenjan Fortuner ini di laluan off-road.

Kemasan kabin Fortuner tampak mewah dan halus dengan padanan kemasan panel kayu dan lekukan papan pemuka daripada material berkualiti tinggi. Stereng kulit dengan material kayu sedap digenggam dan tidaklah begitu licin, terutama ketika tersentuh bahagian kayu ketika memulas stereng. Trim sulaman juga asli dan bukan fake.

Di tengah papan pemuka terhidang skrin audio besar yang memudahkan akses mencari maklumat dan berhibur. Cuma sayang, penyaman udara bukan  jenis dual-zon. Seperkara yang lambat saya perasan ialah indikator Sistem Maklumat Titik Buta (BLIS) pada pilar-A yang bersaiz kecil dan seakan pelekat ditampal. Jika terlalu fokus ke jalan raya, dan hanya memandang cermin sisi, anda mudah tidak sedar tentang indikator BLIS kerana ia cuma menyala tanpa sebarang bunyi.

JOM PANDU UJI!

Sebaik punat tekan mula dihidupkan, enjin terasa bergetar dalam keadaan lahu. Gegaran enjin rasa sampai ke kaki. Mungkin simptom biasa Fortuner diesel, tetapi saya rasa enjin Fortuner ini tidak semacam kereta diesel moden.

Ngauman enjin juga boleh didengar ke dalam kabin. Aspek redaman bunyi masih boleh ditambah baik supaya lebih tenang. Selepas menurunkan brek tangan dan memijak pendikit perlahan, pecutan kuasa daripada enjin 2.4L DOHC Intercooler VNT diesel terasa linear. Tidak terlalu kencang dan tidak pula perlahan. Maksudnya, tenaga Fortuner ini sedang-sedang saja seperti lagu dangdut Iwan.

Ketika memecut dalam rev 4,000rpm ke atas, Fortuner seakan kehilangan impak turbo. Tetapi jika menginjak pedal rapat ke dalam, SUV ini mampu memberikan kuasa dengan cepat dan amat sesuai dalam situasi trafik henti-mula, terutama dalam bandar.

Prestasi enjin dibantu transmisi automatik 6-kelajuan dengan pedal syif. Transmisi baru ini memiliki karakter lebih halus. Jika mahu mendapat kuasa lebih cepat, cukup saja memilih mod Power, manakala mod Eco untuk mendapatan lebih penjimatan bahan bakar.

BACA >>> #TahukahAnda: Kenapa Toyota 86 dan Subaru BRZ Tiada Pengecas Turbo?

Suspensi keras masih boleh diterima untuk menjaga olengan badan kereta. Masih OK untuk bahagian depan tetapi ketika bahagian belakang terlanggar lubang atau jalan tidak rata, tahap kekerasan suspensi begitu terasa. Kerasnya itu seperti tidak diperhalusi. Apabila memandu di jalan beralun pula, badan jentera akan bergoyang.

Biasalah, membelok SUV yang dibina atas frem ladder dan saiz badan tinggi membuatkan kita rasa seperti dalam kapal, bergoyang-goyang. Memang karakter frem ladder begitu yang agak sukar mendapatkan keselesaan pemanduan optimum seperti casis monokok.

Seperkara lagi, saya perlu bekerja sedikit keras dan penat kerana stereng rasa berat dalam kelajuan perlahan dan ketika mahu memarkir kenderaan. Maklumlah perempuan. Oh ya,  Fortuner ini masih menggunakan sistem stereng hidraulik. Sedikit sukar buat kaum hawa memandu dalam bandar tanpa cemas. Tetapi sekurang-kurangya dapatlah juga membina otot bahagian lengan. 😛

Tetapi yang bagusnya, pada kelajuan tinggi stereng tidak kosong atau ringan. Ini memberikan pengendalian mantap kerana dapat merasa respon tayar menggigit jalan. Hal positif lain, stereng jenis ini mudah dan murah disenggara berbanding stereng kuasa elektrik (EPS).

KESIMPULAN


Saya suka Fortuner 2.4 VRZ 4×4 kerana nampak cantik luar dan dalam, serta lebih mewah. Selain sesuai untuk pemanduan urban, SUV ini juga ideal kepada mereka yang tercari-cari kenderaan versatil dengan kemampuan tugasan berat dan dan pada masa sama dapat tampil elegan. Malah dibangunkan dalam sistem pemanduan pacuan empat roda (4×4) yang pastinya cukup lasak dan kuat.

Walaupun bukan bintang dalam kelas dari segi prestasi, tetapi saya jamin inilah antara SUV diesel yang seronok dipandu. Saiz besar dan bagak membuatkan sesiapa saja yang memandu SUV ini rasa seperti raja atas jalan raya.

GALERI
Fortuner 2.4 VRZ 4×4 Pandu uji Toyota Toyota Fortuner Toyota Fortuner 2.4 VRZ 4x4 Toyota Fortuner diesel UMW Toyota Motor
Admin PanduLaju

    Artikel Berkaitan

    Sukan Permotoran

    TGR Vios Challenge 2026: Aksi Sengit Di Sepang, Perebutan Kejuaraan Makin Terbuka

    23/06/2026
    Auto Terkini

    Toyota Alphard Spacious Lounge 2026 Dilengkapi Yamaha Performance Damper

    11/06/2026
    Roda4

    Toyota Alphard, Vellfire 2026 Diperkenal di Jepun dengan Varian Baharu, Harga Mula RM141k

    11/06/2026
    Toyota GR86 Thunder 2027 | Kredit Joseph Ivan Faller
    Roda4

    Toyota GR86 2027 dengan Kawalan Pemanduan, Kabin dan Keselamatan Dipertingkat

    03/06/2026

    2 Comments

    1. Suhardi on 17/11/2018 07:14

      Harganya macamana?

      Reply
      • AO on 17/11/2018 13:36

        Boleh semak laman web Toyota Malaysia. Harga dalam RM170k-RM185k

        Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    • Facebook401K
    • Instagram194K
    • YouTube593K
    • TikTok1000K
    • Threads46.6K
    Pilihan Ramai Minggu Ini
    Auto Terkini

    Tiada Lagi Sekatan Jalan Raya, JPJ Akan Guna Kamera 360 Darjah dan Teknologi ANPR

    By Syafie19/06/2026
    Auto Terkini

    Loke: Pasang ‘Sunshade’ Memang Satu Kesalahan, Tapi…

    By Syafie19/06/2026
    Roda2

    SYM Husky 200 Rasmi Di Malaysia – Skuter Adventure 175cc, Harga RM10,988

    By Shazwan Hisam21/06/2026
    GWM bangunkan teknologi hibrid pintar Hi4
    Elektrifikasi

    Hibrid Hanya untuk Jimat Minyak? GWM Hi4 Buktikan Sebaliknya

    By Han Othman26/06/2026
    MotoGP

    #MotoGP: 850cc “Lebih Seperti Motosikal Sebenar” – Augusto Fernandez

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Autotainment

    Protected: Nak Pakai EV Tapi Risau Nak Cas? Inilah Cara GWM Hi4 Selesaikan Masalah ‘Range Anxiety’

    By Han Othman28/06/2026
    Tahukah Anda

    #TahukahAnda: Apa Fungsi ‘Red Carpet’ di Jalan Raya Malaysia?

    By Shazwan Hisam26/06/2026
    Roda4

    Mitsubishi Outlander PHEV 2026 Terbaru di Jepun, SUV 7 Tempat Duduk Yang Belum Masuk ASEAN

    By Abang Hirata25/06/2026
    PanduLaju.com.my
    TikTok YouTube Facebook Instagram Threads
    • Auto Terkini
    • Roda4
    • Roda2
    • Pandu Uji
    • Bikin Auto
    • Autotainment
    • Sembang Deras
    • Aksesori
    • PR NEWSWIRE
    © 2026 PanduLaju.com.my · GYL Media Services Sdn Bhd (1257406-V)
    designXCII TECH

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.